Thursday, 1 April 2010

~ESSAY WRITING CONTEST~





..::STICKY MODE ENTRY::..


Salam Ukhwah
Salam Satu Malaysia


PENDAHULAN

Sebagai pencinta tureen vintage dan selaku penganjur pertandingan ini, saya ingin membuka peluang kepada semua blogger untuk meyertai pertandingan menulis esei yang julung2 kali diadakan.Idea ini tercetus daripada Mona@EnglishVintages dan memanjangkan hasratnya kepada saya. Setelah kata dipersetujui saya berpakat dengan seorang lagi pengumpul tegar kelengkapan hidangan lama/antik En.Taj Iskandar @pinggan mangkuk cawan teko untuk turut serta dan melantik beliau sebagai panel hakim yang bertauliah bersama-sama Mona EnglishVintages .Yang lebih menariknya DUA hadiah tureen (satu bagi setiap kategori) akan disediakan daripada panel hakim kita untuk direbuti sebagai ganjaran untuk pertandingan esei ini.

OBJEKTIF

Mengasah bakat terpendam dalam bidang penulisan dan di samping itu dapat mengisi masa lapang.

Mengeratkan tali silaturahim sesama blogger serta dapat menggerakkan aktiviti persatuan blogger antik/deco.

Berkongsi pendapat, ilmu dan informasi tentang sejarah berkaitan porselin lama

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Tema Esei:

Kisah Tureen

Terbahagi kepada 2 kategori (sila nyatakan kategori anda)

Colonial (J&G Meakin, Johnson Brothers, Wedgewood dll)

Oriental (Japan, China, Eitho dll)


setiap esei hendaklah memasukkan butir-butir berikut:

-sejarah tureen
-tahun keluaran tureen
-deskripsi motif/corak tureen
-gambar tureen (maksima 3 keping)

Sebagai panduan, untuk isi kandungan esei yang seterusnya semua bergantung pada daya kreativiti anda sendiri untuk mengekspresikannya. Anda bebas mengarang esei berkenaan tureen anda ataupun tureen idaman anda dari hasil penyelidikan anda di internet.Jangan lupa sertakan sekali nama penuh, nama pena dan link blog anda.



Terbuka kepada semua blogger.
(samada anda mempunyai tureen atau tidak)

Tiada had umur.

Peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan.

Setiap hasil karya mestilah asli (hasil ciptaan / tulisan sendiri) dan boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Penganjur mempunyai hak untuk menyiarkan esei yang dihantar oleh peserta di Yatt's Precious dan tiada tempoh had masa.

Panjang esei adalah tidak melebihi 300 patah perkataan.


Semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum 31 Mac 2010


Esei hendaklah ditulis secara bertaip huruf Arial bersaiz 12


emailkan esei anda ke:
yattbzgg@yahoo.com


Keputusan panel hakim adalah muktamad


KRITERIA-KRITERIA PEMARKAHAN
(oleh juri profesional)

Kriteria-kriteria pemarkahan yang akan digunakan:

Kreativiti 30%

Gaya Olahan 40%

Gaya berbahasa 20%

Gambar 5%

Ketepatan ejaan 5%


Setiap email yang dihantar ke saya akan saya rahsiakan identiti penulis esei.Seterusnya saya akan panjangkan esei2 tersebut kepada panel hakim.Panel hakim hanya akan memilih “Top 5” dari setiap kategori.

Seterusnya esei2 "Top 5" akan saya masukkan dalam entri dan para pembaca akan melakukan undian siapakah yang selayaknya merebut hadiah yang telah ditawarkan.Setelah pertandingan tamat, setiap peserta hendaklah memasukkan esei yang telah dihantar samada berjaya atau tidak di blog masing-masing.Akhirnya saya akan "link"kan setiap esei yang turut-serta dalam pertandingan ini.



sebarang pertanyaan/kemusykilan boleh diutarakan ke email saya atau di ruangan komen entri ini..jom ramai-ramai kita sertai pertandingan ini..




2 comments:

  1. sayangnya saya tak teror buat esei yatt.bestnye hadiah2 yg ditawarkan..

    ReplyDelete
  2. mumyshane..
    belum cuba belum tau sis..menarikk kan hadiah2 tu..kalau kita nak cari yang sama pun belum tentu kita dapat..jom cuba nasib..kot2 ada rezeki akan berpindah ke miri.. ;)
    anyway..thanks ye dik for your comment..

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..