Saturday 11 April 2015

~Set Aladin Ros Hitam Jambatan~




السلام عليكم

 coretan peminat pinggan mangkuk lama..


sang suami selalu bertanya...tak cukup ke dengan koleksi yang sedia ada sekarang..pml memenuhi ruang sana sini ternyata menyesakkannya..si isteri tidak menidakkan mahupun mengiyakan kenyataannya..tetapi bila minat si isteri mengatasi segalanya..akan tetap diusahakan tempat di mana sahaja waima hanya tersimpan kemas di dalam kotak..

masanya akan tiba wahai sang suami..


si isteri leka melihat kecantikan pml..


kecantikannya ternyata menjadi pengubat penat sang isteri yang penat pabila pulang dari mencari rezeki..


maka bersabarlah sang suami melayan minat si isteri



tinggal DUA (2)  sahaja lagi idaman hati..rayu si isteri..


mudah-mudahan si isteri akan menutup segala bab buku pml dengan segera..dan sang suami akan tersenyum gumbira...

I Love You Sang Suami