Tuesday 31 August 2010

~Laungan Merdeka!!!~






السلام عليكم
salam merdeka
31 Ogos 2010


MERDEKA!!
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

jom kita dalami bait2 ayat Bapa Kemerdekaan kita..

Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(1957 - 1970)

"....Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.."

SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53..

salam sayang..



Monday 30 August 2010

~Tureen Old English~





السلام عليكم
salam 20 Ramadhan..


bertemu lagi kita di bulan ramadhan..mesti ramai yang dok soping2 untuk raya & ada yang sibuk dok buat kuih2 raya..saya seperti tahun sebelum2 nie..kuih2 tunjuk ajer..hehe..actually saya baru balik bercuti dari kluang..berbuka di kampung..nanti ada kesempatan saya balas komen & mesej kawan2 sekalian yer..

hari ni saya kongsikan pulak bunga OE yang lain..pun dari kak mona @ englishvintages..saya snap sekali dengan OE n3 yang lepas..

untuk bunga OE ni cuma ada seketui tureen cun..


dan 6 ketui cereal bowls..



dok terbayang2..kalau buat bubur hidang dalam set ni cun kan..hehe..


itu sahaja n3 ringkas hari ni..
bertemu lagi di lain waktu..

salam sayang..





Friday 27 August 2010

~Johnson Bros Old English from England~




السلام عليكم
salam Jumaat Nuzul Quran yang mulia..


sedar tak sedar dah 17 Ramadhan..cepatnya masa berlalu..moga2 ibadah dipertingkatkan lebih2 lagi pada 10 akhir ramadhan..hari ni nak berkongsi set old english (OE)..dulu saya penah n3 set old english berwarna hijau yang saya perolehi di pasaran tempatan..boleh klik {di sini}..kali ni set OE yang lain yang diimport khas dari bumi England..tak lain tak bukan dari
Kak Mona
@Englishvintages..

set OE ni memang saya request kak mona carikan..tak sangka dalam masa terdekat kak mona berjaya mendapat apa yang saya hajati selama ini..walaupun tak cukup lengkap dan bercampur2..saya amat sukakannya..cantik & manis sangat2 bunganya..cik mat gebu pun ada set ni..boleh klik {di sini} untuk melihat perbezaanya..


coffeepot yang cun melecun..



cawan jumbo..cukup 6 set trios..sama kan designnya dengan set hijau OE saya dulu..bunga di tengah piring & juga di dalam cawan..




cawan mini..cuma ada 4 cawan & 6 piring..



cuba bandingkan saiz kedua2nya..


covered sugarpot yang xtra besar..padan dengan cawan jumbo tu..cantik sebab ada bunga di dalam pot tu..



yang ni pulak creamer yang padan dengan cawan comeyy lote..




my precious & lovely OE..


jumpa lagi di lain masa..

salam sayang..




Sunday 22 August 2010

~Never Get Enuf~




السلام عليكم
salam 12 Ramadhan..


mesti dok sibuk bersilat lagi di dapur kan..hehe..hari ni saya lepak jer..dapur tak berasap sebab barang basah dah habis dong..nak tunggu waktu berbuka ajer sekarang..cik abang pun dah beli nasi beriyani kambing & ayam..tu sahaja santapan untuk berbuka di samping sedikit kuih muih tunjuk..masih ada waktu untuk bern3..hehe..

just nak share kaum kerabat baru dalam keluarga ros jepun..aladin ros jepun...cunn kannnn...maka hati pun tertawan dek rupamu yang menawan..akhirnya bagi mengelak diriku sawan dan juga di samping nafsuku tak terlawan, maka pinangan pun dihantar walaupun dirimu tidak bercawan..hehe..tapi terus terang saya katakan, saya masih mengidam aka kempunan aladin cabbage seperti kak sueantik & cik mat..hehe..akan kuusahakan sehingga dapat..insyaAllah..


close-up bunga bahagian hadapan..


bahagian belakang yang lebih simple..


tak lupa platter 12"..cun kann..bunga di tengah2..


sesi flashback..boleh baca pada n3 yang lepas..boleh klik {di sini}..



selamat berbuka
&
selamat bertarawih..


sampai jumpa lagi di lain waktu..


salam sayang..



Friday 20 August 2010

~Buah Melaka~




السلام عليكم
salam 10 Ramadhan..


lama tak bersiaran..masing2 takde mood nak bercerita pasal pinggan mangkuk kan..hehe..masing2 dok terjah blog2 resepi masakan di bulan ramadhan yang mulia ini..so demi tak membiarkan rumahku bersawang, saya nak ceritakan memori buah melaka semasa kecik2 dulu..buah melaka panggilan orang utara..kalau bahasa standard onde-onde melaka..pembuatannya begitu ringkas..dah namanya kuih tradisi, haruslah kuletakkan di dalam pinggan nostalgia gitu..apalagi kalau bukan bunga kangkung..tu bukan kuih tunjuk yer..hehe..saya buat untuk santapan berbuka tak lama lagi..



semasa saya kecik2 dulu, kuih inilah yang seringkali dibuat oleh arwah ibu & juga arwah tok tersayang..saya tak ketinggalan membantu apa yang patut..selalunya saya yang akan disuruh ke kedai runcit berhampiran (kedai pak hussain..hehe..masihku ingat).. untuk membeli parut kelapa..takpun beli kelapa dan parut sendiri menggunakan kukur kelapa.. setelah adunan tepung pulut tersedia, saya & adik beradik yang lain sudah bersedia memulakan projek..masing2 menggentel & mem"bola"kannya setelah memasukkan sepotong dadu gula melaka ke dalamnya..ada yang besar, ada yang kecik ada yang terburai..lepas tu masing2 bersaing melihat buah melaka siapa yang paling comeyy, tidak sememeh & kemas..dialah juara..hehe..

dan saya masih ingat, buah2 melaka yang telah siap akan diletakkan dalam talam enamel sebelum ia dimasak/direbus..dan paling seronok tentunya bila nampak buah melaka ini timbul dari rebusan air panas menandakan ia telah masak & sedia dikaut keluar..setelah itu dilumurkan dengan parutan kelapa..maka kuih itulah yang akan dijamah oleh kami adik beradik sehingga ke malam selepas tarawih..

itulah sedikit sebanyak memori ramadhan bersama keluarga tersayang..sungguh syahdu & sering terkenang2 sehingga sekarang..

kalau ada rezeki, saya tunjukkan lagi hidangan yang selalu saya makan semasa kecik2 dahulu..indah sungguhhh kenangan silam..



selamat berbuka!!...


salam sayang..




Monday 16 August 2010

~J&G Meakin Coffeepot ~




السلام عليكم

salam 6 Ramadhan...



dah tengahari di bulan puasa..mesti ada yang mengantuk & ada yang dah terkelepek..hehe..apakata kita segar2kan mata melihat keindahan teko lama..

teko kopi J&G Meakin saya rembat dari rakan antik seperjuangan jugak..kalau yang selalu dok round2 blog antik mesti tahu dari siapa kan..hehe..dalam banyak2 teko, teko nie yang paling tinggi..cuma ada seketui nie sahaja dalam simpanan..sebab tu saja saya gandingkan dengan cawan rosa sebagai peneman..kalau nak tengok platter & tureen motif yang sama boleh terjah blog MrsNor..nak cepat klik saja {di sini}..sama kannn??..



close-up motif..
motif bunga yang belum dapat dipastikan lagi..hehe..


salam satu trademark J&G Meakin..
seperti teko2 polos yang lain..tutupnya ala2 sirip ikan..di samping itu ada ciri tambahan iaitu lock di bahagian dalam seperti teko cinderella rosa..



cop mohor..



that's all folks!!..
tata..

salam sayang..




Sunday 15 August 2010

~Blue Geometry Set~




السلام عليكم

bertemu lagi..


kali ni saya nak merehatkan pandangan seketika dari bunga2an..kita tengok pulak set geometri biru laut yang saya beli dari kak zaitun ML hasil pertolongan adik ezany..terima kasih buat kalian..tak lupa juga buat insan yang banyak membantuku saudara taj..

saya pernah bercerita mengenai set ini dalam n3 yang lepas di mana set bentuk begini digunakan dalam filem madu tiga..boleh klik {di sini} untuk membaca n3 madu tiga..

coffeepot..


creamer jug..


sugar bowl tanpa penutup..



set trio 5 set..iaitu 5 set cawan piring & 5 piring kuih.
teringat kata2 saudara taj dahulu..hasil pemerhatiannya, ada sesetengah set dari japan yang asal2 hanya diperbuat untuk hidangan 5 orang..namun tak dapat dipastikan kenapa mesti untuk 5 bukan 6..sesape ada jawapannya?..


seperti biasa cop mohornya..


SPECIAL NOTE:
saya juga mengambil kesempatan menjawab pertanyaan kak tun pada ezany..kak tun tertanya2 kenapa saya tak penah singgah ke gerainya di memory lane (ML)..hehe..buat pengetahuan akak..saya pun belum penah sampai ke ML..belum ada rezeki & timing selalu tak kena kalau saya balik kampung..insyaAllah jika diizinkanNya dan cik abang.. ada kelapangan saya pasti akan singgah bertemu akak di sana..hehehe..




jumpa lagi di lain waktu..
tata..

salam sayang..



~Rona Roni Roses~



السلام عليكم
salam 5 Ramadhan..

n3 ringkas dari kesinambungan n3 semalam..ada saya mention pasal teko roses oren yang sama kan..hari ni saya terlebih rajin memandikan teko2 orenku lalu diposingkan di sini untuk tatapan semua..jom layannn rona warna roses yang ayu ini...

ORANGE vs PINK

teko bulat..


teko segi/kotak/petak



salam sayang..