Showing posts with label hibiscus. Show all posts
Showing posts with label hibiscus. Show all posts

Friday, 23 October 2009

~Hibiscus Set~





salam pagi jumaat~penghulu segala hari..

hari nie pula nak berkongsi set bunga raya yang cun nie..memang begitu menawan sekali..set nie dibeli dari kak sue antik beberapa bulan dulu masa awal2 detik pertemuan kitorang..set nie termasuk 1 coffee pot, 1 sugar, 1 creamer, 6 set cawan..



walaupun body "mommy"nya masih cun melecun @ bergetah dengan topi yang dipakai yang sedondon..sayang seribu kali sayang, "cacat" pada tangkainya..menurut kata kak sue mommy nie dah memang cenggitu masa beliau beli kat kelantan..tapi dek berkenan punya pasal dengan set bunga raya nie saya rembat juga..hehe..

bodylicious mommy

tak lama selepas tu, ternampak anak dara yang berpotensi dijadikan peneman..bukan pengganti tau..hehe..jauh saya merisik..akhirnya pinangan menjadi..so berhijrah ler mommy baru dari sedenak (tersedak cik mat pagi2 nie..hehe..) mommy baru nie pendek & agak lebar..dengan motif bunga raya yang hampir sama..

sebelah kiri adalah cawan yang datang sekali dengan set nie..
manakala yang kanan hasil hunting di apeksss..


amacam anak2..ceq suka ka mak baru??..hehehe..
suka ler tu kot..posing baikkk punya..


tak lupa..sugar creamer yang superb!!!..


lastly, nak gak tunjuk pelita cun nie yang saya beli waktu bertandang ke rumah kak sue sempena open housenya yang lepas..





Info Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis).Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Bunga raya mempunyai 5 ranggi atau petal dan berwarna merah. Wana merah pada bunga raya melambangkan keberanan dan perpaduan rakyat Malaysia.Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

that's all for now..
nanti2 saya tunjuk hasil barter kitorang pulak k..
see you..tata..