Sunday 11 October 2009

~Floral Footed Tureens~




salam ahad semua..

petang2 ahad nie pulak nak share tureen yang sedikit berkaki..saya cuma ada 2 ketui untuk bentuk tureen sebegini..yang roses tu datangnya dari kak ajmah..manakala yang lagi satu yang berbunga sakura dari man kampar..pada mata saya memang cantik sekali..yang pastinya kedua2nya tak ternilai buat pengumpul setia seperti saya..hehe..

bagi kawan2 yang belum berkesempatan nak tengok secara live..saya detailkan ukuran tureen yang agak besar & menyerlah nie..diameter 9" & tinggi lebih kurang 7"..memang nampak gagah perkasa di kalangan tureen2 yang lain..

bentuk kedua2 tureen adalah sama kerana mempunyai cop mohornya yang sama yang bertulis "Nanyo Shoko"..for sure from japan kan..

terima kasih daun keladi buat kedua2 trader nie kerana sudi melepaskan tureen yang cantik2 nie..tanpa bantuan kalian..mustahil nak dapat tureen..dah berpuluh2 kedai apek kujejaki..tapi belum pernah bersua tureen berbunga2 camnie..hehe..

that's all for now..
tata..




1 comment:

  1. saya ada juga tureen berkaki ni 3 biji. dapat dari ibu mertuaku. masa tu baru kahwin so dia bagi je la kat menantu baru ni. sukanya aku masa tu. terus letak dalam almari sebab masa di rumah mertua tureen ni dok dalam stor.

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..