Showing posts with label almari antik. Show all posts
Showing posts with label almari antik. Show all posts

Sunday, 29 November 2015

~Almari Cermin dan Penyangkut Kot/Topi Antik ~




Assalamualaikum...
salam pagi ahad..



ceria sungguh pagi ahad yang tenang...saya ingin berkongsi kegembiraan mendapat almari kecil berukuran 2 kaki lebar yang mempunyai cermin dan yang menariknya beserta dengan jubin antik..gembira tidak terkata!!!


di atasnya terdapat besi penyangkut untuk diletakkan kot..katau rajin google..di Indonesia dipanggil kapstok kuno/antik ataupun juga lepas diterjemahkan juga melalui google translate sebagai penyangkut kot..hehehe..ia adalah simbol status dan keagungan pemilik kolonial yang menjajah..

juga dipanggil 'Antique Hall Stand'
  a tall piece of furniture with a mirror, several pegs or arms for hats and other articles of clothing (eg:coat), a rack for umbrellas, and a compartment for storage



bagi saya, almari cukup cantik dihiasi cermin hiasan berwarna hijau di kiri dan kanan cermin..ditambah pula dengan jubin yang senada..just perfect!..ditokok tambah pula dengan set Johnson Bros yang juga berwarna hijau..hehehe..



mengikut kata penjual ia merupakan milik seorang kerabat diraja Kedah..saat penjual meletakkan almari ini untuk dijual, terus saya pm..ternyata rezeki saya memiliki almari yang sungguh cantik ini..harga yang ditawarkan juga agak munasabah dengan kondisi almari ni..masih cantik dan terjaga..



saya pernah melihat almari seakan ini di rumah seorang kenalan dan dia mengatakan dia mendapatkannya dari sebuah kedai antik di Jonker Street dengan harga yang amat lumayan..sejak dari saat itu, saya menyimpan niat untuk mendapatkan almari ni..omputih kata by hook or by crook saya nak juga cari yang sama..hehe..alhamdulillah terlaksana..


ini adalah jubin/tiles antik pada cermin tersebut..gambar ini saya penah simpan sejak dari dulu untuk rujukan..hehe..bukan pic saya ye..dari hasil carian google.. 



lastly, terima kasih buat penjual yang bersusah payah menghantar ke rumah..jazakallah..






Monday, 19 August 2013

~My Antique Sideboard~




 salam isnin..


sebenarnya dah lama sideboard antik ni bertapa di sini..
baru berkesempatan nak share di blog..
restoration yang superb!


sedari dulu mengidam cenggini..
alhamdulillah tertunai..


yang specialnya dapat sempena hari tuaku yang lepas..hehe..



p/s: dalam proses nak re-decorate blog..jadi masih tunggang langgang..tuan empunya blog pun dah fening..akan disambung cuti hujung minggu ni..sementara tu, harap bersabar ya kawan2..kihkih..




Monday, 28 March 2011

~What's one thing you've always wanted in your life??..Almari Lauk!!~



السلام عليكم
salam tengahari isnin..



It has been years for me to have this almari lauk.. semasa menziarahi sanak saudara, mata akan meneropong ke dapur untuk melihat kelibat almari lauk ini..yang kadang2 yang diletakkan di luar rumah sahaja..tak bernilai almari lauk ini di mata2 yang tidak meminatinya..ayah & cik abang saya pun paham betapa kemaruknya saya pada almari lauk...hehehe..kalau ler dekat & ada pick-up pastinya saya akan hangkut balik ke rumah..



gumbira tak terkata bila zulkis hantar almari ni ke rumah..kalau ikutkan list nama saya masih ke bawah..tapi orang2 yang terdahulu tak minat nak memiliki almari lauk ini, maka berhijrahlah sudah ke teratakku..alhamdulillah rezeki..harganya amat berbaloi jika dibandingkan dengan usaha zulkis make-over & sekali penghantaran..terima kasih tak terhingga buat zulkis..


salam sayang,




Tuesday, 15 June 2010

~Edisi Cuci Mata~




salam petang selasa..




seperti yang dijanjikan pada semua kengkawanku yang tersayang..baru terpanggil nak buat n3 almari antikku yang kedua..biasa2 ajer..yang menarik hatiku adalah kaki almari jenis "pencil cut"..kalau digandingkan dengan meja kopi bro sharif & juga kerusi retro kak azzah memang meletopss..menurut kata bijak pandai..almari nie adalah almari jati keluaran tahun 1960an..jauh datangnya dari singapura..

pics adalah pics lama..kedudukan pun dah banyak berubah sekarang..nie masa awal2 sampai dua bulan yang lepas..dalam masa setengah jam jer saya berjaya penuhkan dengan my precious..hehe..

bahagian atas..
atas lemari tu saya letak tiffin biruku..
bawahnya adalah jenis kaca sliding..
buruk skit pandangannya sebab guna stand yg besar dari plates tu..
almaklumlahh..kes tak sabar2 nak susun..hehe..


harta karun di tengah



rak paling bawah


keseluruhan isi dalam..


ini pulak pics yang sempat dirakamkan dalam filem bujang lapok..terperasan almari antik dalam rumah zaiton kekasih hati sudin..kalau dah namanya kaki antik..mata tu alert ajer..hehehe..



yang nyata pencarianku masih belum selesai..kena kumpul duit beli showcase yang besar kalau nak display semua koleksiku..moga impianku tercapai suatu hari nanti..

salam sayang..





Tuesday, 9 March 2010

~Yang DiTunggu Telah Tiba~





salam selasa..


n3 khas nie adalah untuk en.zulkis teratak rimbun..
sebagai tanda penghargaanku padanya yang bersusah payah mencari dan menghantar almari antik/lama nie..mesti dah tak surprise sangat kan..sebab mesti korang dah cuci mata kat blog en.zul..hehehe..

en.zul telah menghantar almari nie pada hari ahad yang lepas..yang kelakarnya kan..anak saya si farihin..sampai2 ajer almari tu..dia pegi susun koleksi mainan dia..especially favourite dia ultraman & kamen riders..dengan kereta2 formula one dia pun..cantikk jer dia susun..hehe..pastu siap kata..nie farihin punya sebab saiznya yang comeyy..

almari antik/lama nie adalah hasil penat jerihnya mencari sana sini..dan ini merupakan almari keempat yang telah berjaya beliau dapatkan..sebelum nie kita dah tengok kat blog kak azzah, kak chemp & kak roha..boleh cuci2 mata di sana..semua cun2..hehe..

pic sebelum dimake-over..
mintak halal ye zul.. ;)


menurut kata en.zul..almari nie adalah buatan sekitar tahun 1960an..designnya ala2 'art deco'..almari nie boleh juga diklasifikasikan sebagai almari lama atau antik..kalau nak baca tentang penggunaan istilah antik/lama..boleh merujuk pada artikel tulisan aryani antik..
boleh klik
{di sini}..

untuk almari antik/lama yang julung2 kali saya dapat nie..saya tempatkan koleksi J&G Meakin..memang kalau diikutkan hati nak letak koleksi kangkung atau bunga hitam..tapi yang lain2 sudah ada rumah masing2..malas nak menunggah sana sini..so sya amik keputusan untuk menyumbat semua koleksi meakin sunshine yang bercampur dengan teko2 gumuks seakan2 meakin dari japan..

ruang yang atas pun tak saya sia2kan..

almari nie tak sama dengan kawan2ku yang lain..di mana lacinya berada di bahagian atas..oleh yang demikian..saya tempatkan piring2 dodolku..


yang paling menarik rasanya almari nie datang sekali dengan kunci yang asal..masih boleh digunakan lagi..bagus2..ciri keselamatan tu amat sesuai dengan rumahku yang dihuni oleh 3 hero kecik..hehe..tengok kunci tu..nampak rustic kan..



rak yang pertama..

rak yang kedua

rak yang paling bawah..


pemandangan yang paling serabut..
akan kususun semula..

secara keseluruhan..saya amat berpuas hati dengan almari antik/lama sulungku nie..sekali lagi buat en.zul..terima kasih daun keladi..kalau boleh nak lagi ye..hehe..

itulah sahaja kisah almariku..sekarang saya pulak menunggu dengan setia kisah almari kawan2ku yang lain.. ;)
that's all for today..
tata..