السلام عليكم
salam selasa..
kali ni taknak bercerita pasal pinggan sahaja..sebab semua tau kan mana nak dapat pinggan2 spode buatan malaysia ni..
kali ni saya nak citer pasal warna biru..sedari kecik..saya tak bape sukakan kaler biru..jarang sekali saya nak pilih pakaian harian atau baju raya berona biru ini..lain pulanya dengan kakak saya saya amat gemarkan kaler biru..saya masih ingat..sejak saya sekolah rendah pada tahun 80an..tiba waktunya di bulan puasa..kami adik beradik akan dibawa ke bazaar di penang atau lebih dikenali sebagai chowrasta penang..kami akan menyusuri setiap kedai kain di situ dari pagi hingga ke petang untuk membelek2 baju raya..kakak dengan baju birunya & saya lebih ke arah warna2 pink & kusam...
masa & ketika berlalu..sehingga sekarang biru masih tidak mendapat perhatian sepenuhnya dariku..
namun sedikit sebanyak pengaruh persekitaran membuatkan hati sedikit terbuka..
untuk menerima si biru..
apalagi sejak bergelar collector PML..
celeste meakin menjadi salah satu koleksi yang diburu..
membuatkan sedikit sebanyak hatiku sedikit tertarik menerima si biru..
itulah serba sedikit kisah zaman kanak2ku & juga koleksi si biru-biruan ini....
salam sayang,
