Sunday 30 October 2011

~Farihin's First Love~





farihin suka kak yati!..



itu pengakuan ikhlas anak bujangku yang berumur 5 tahun..hehe..kecik2 dah pandai suka anak dara orang..kak yati adalah sepupunya..anak kepada kakak kepada cik abangku..beza yati dengan farihin 12 tahun..hehe..

farihin mula2 suka pada kak yati masa awal tahun ni..



ni pic raya aidilfitri tempohari..
cuba tengok cara farihin senyum..orang utara cakap..senyum gatai!..hehe..


kalau ke rumah kak yati, farihin akan malu2 kucing tapi at the same time mata nak skodeng jer anak dara tu..entah apa yang menariknya pun tak dapat dikenalpasti..first time farihin berperangai begini..hehe..




ni pula pic masa nak berpisah raya aidilfitri yang lepas..farihin menangis..hehe..



ni pic terbaru masa balik kluang minggu lepas..hehe..seronok tak terkata dapat bergambar dengan kak yati..




farihin ooooo farihin...




~Roses Lagi.....~





السلام عليكم
salam pagi ahad..




hari ni baru rasa sihat skit..semalam rasanya terbaring jer..tetiba jer demam selsema plus sakit kaki..ni mesti penangan virus2 cinta dari adik opis..hehe..

so pagi ni terasa nak buat n3 simple pabila terpandang cawan2 cun dari geng APC iaitu Rieza Ry..saya ada tekonya..dulu beli dari Eis' Antique..memang ngam2 ho..cuma bezanya warna pada bunga ros kuning pada teko ada selitan rona2 pink jika dibandingkan dengan cawan2 ni dan juga kedudukan kedua2 bunga ros kuning & pink ni berlawan arah..



jarang kita nak tengok motif ros ni kan..memang saya suka collect teko2 bulat yang saya rasakan amat susah nak dapat anak2nya..memang agak thrilled nak cukupkan set..tu yang syoknya bila mengumpul PML..



cop mohornya made in china..



selingan breakfast arini..lebihan satay semalam..hehe..



sampai bertemu lagi..

pssttt: pesanan dari penaja utk rieza..
kalau jumpa lagi cawan2 ni please roger2 me ye..hehe..tqvm

salam sayang,





Wednesday 26 October 2011

~Cuti2 Dok Rumah~





السلام عليكم
salam rabu..



happy diwali buat semua kawan2 yang beragama Hindu..

arini tak buat pape..big boss keje..so di kesempatan yang ada menyelongkar khazanah di stor..maka terjumpa set ros comey lote ni..children set sebenarnya..sebelum posing2 tu hero2 tu dah buat main masak2..hehe..

set ni dah agak lama beli, tahun lepas dari sis may..juga dalam kategori PML juga..jarang nak jumpe bunga gini..cop mohornya tiada..




memang sweet jer kombinasi kalernya..




sampai bertemu lagi..
selamat merehatkan diri..


salam sayang,




Sunday 16 October 2011

~Lipton Yellow Label Tea~




السلام عليكم
salam pagi ahad..



pagi ni cuaca mendung..mentari malu menunjukkan diri..berselindung di sebalik awan yang kelabu..pic pun kelabu2 asap..pagi2 perut sudah berkeroncong minta diisikan..maka gorenglah cucur ikan bilis lagi..



pekena dengan secawan teh lipton..




teko lipton dari bro shariff



datang sekali dengan teapot warmer..



close-up label lipton yang gah..



sampai bertemu lagi..

salam sayang,



~The Versatile Award TQ KS~




salam pagi ahad..



dah lama tak dapat award ni..dulu awal2 berblogging award & tag silih berganti..hehe..actually dah agak lama dapat..tapi nak menyusun ayat tu membuatkanku terbantut..hehe..sorry yer ks..lagipun tiada yang menarik untuk dikongsikan..

There are rules to this award....
1. Thank and link back to the person who gave you the award.
terima kasih diucapkan pada kak shima or ks atas ingatan..

2. Share seven things about yourself on the post.
  • suka pinggan mangkuk lama (PML)..ni semua tahu kot..hehe..
  • suka jugak barangan england..
  • suka rumah2, perabot2, & barang2 lama..my other half pulak tak suka..
  • suka flash back kenangan silam esp masa kecik2..
  • dah ada 3 precious kids..expecting another one..insyaAllah..
  • kalau kerja rumah tak suka lipat baju..bayangkan timbunan baju 3 heroes tu..
  • lately suka dok rumah sahaja..recharge badan setelah penat berkerja..

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
geng2 PML meh ler amik..ikhlas buat semua..

Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.


salam sayang,




Thursday 13 October 2011

~Ros Mekar Sekuntum~





السلام عليكم
salam khamis..



jarang saya nak buat n3 di hari kerja..sambil tengok soffiya ilyas sambil menaip n3..sebab dah janji pada budak comot di opis..so tunaikan ajerlah kan..hehehe..ni lah dia cawan yang "dimaksudkan"..harap mengerti..hehehe..



cantik kannn..thanks banyak2 pada bro shariff..packagingnya selalu tidak menghampakan..meletopsss!!..





teko ni lama dapat..dari nassir..tahun 2009 you!..tak lupa piring2 kuih 6pcs tu dari kak mas johor..lama tak dengar khabar kawan2 kita ni..



tak sangka kan..akhirnya dapat kembar 5 express..jika diperhatikan..bunga pada cawan adalah bunga yang di"simplified"kan..kita boleh bandingkan pada bahagian belakang teko..



set ni terus guna buat minum petang tadi..hehe..



jemput makan..goreng pisang sg. penchala..peberet nihh!!..




sesi flash-back..semasa teko2 ni masih bujang..hehe..
boleh tengok n3 tahun 2009 {di sini}..penantian itu indah..hehe..



sampai bertemu lagi..

salam sayang,






Monday 3 October 2011

~Cinta Pantai Merdeka~




السلام عليكم
salam isnin



pantai merdeka kujejaki lagi setelah bertahun lamanya ditinggalkan..masih teringat pantai merdeka antara lokasi pilihan berkelah selain di batu feringghi..memang boleh dikatakan dulu masa saya kecik2, kerap juga kami berkelah..kadangkala sepanjang hari menghabiskan masa di pantai..memang seronok!..dan tak lupa ayah sentias standby jala di dalam kereta..pemancing ikan ler katakan..hehe..





banyak juga perubahan..lebih teratur dan bersih berbanding dahulu..
tenang dan damai mendengar desiran ombak di pantai..



tetiba teringat lagu ni..

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

gunung di belakang itulah gunung jerai dan tanjung dawai..
boleh menaiki bot ke seberang sana..





tak lupa mengabadikan kenangan tokwan bersama cucunya..







sampai bertemu lagi..

salam sayang,