Saturday 1 October 2011

~Kisah Kopi & Kopitiam~




السلام عليكم
salam petang sabtu..




melihat pada cawan kopitiam dahulukala membuatkanku teringat kisah yang diceritakan oleh arwah tok & mak kesayanganku masa mak di bangku sekolah..tok & tokwan pernah meniaga kecil-kecilan di stesen bas lama di sungai korok jitra..masa tu menu hanyalah nasi lemak, laksa, kuih muih & minuman panas & sejuk termasuk kopi o panas..arwah mak & mak ngahku yang dipertanggungjawabkan untuk membasuh pinggan mangkuk & cawan selepas waktu sekolah..kalau cawan kopitiam yang dibasuh mencecah 100 tu maka larislah perniagaan pada hari tersebut..saya memang pendengar setia jika arwah mak & tok bercerita zaman dolu2..asyik saya mendengar tanpa jemu walaupun berulang kali..

nak tengok tinggalan arwah tok dahulu?..saya jumpa di luar rumah tok..hanya ini satu2nya yang tinggal..saya masih ingat di luar rumah dulu ada bangsal yang berisi pinggan mangkuk kedai kopi tersebut..masa tu saya masih kecil..kalau tak dah lama saya simpan kesemuanya..hehe..



keadaannya yang sumbing hanya sesuai dijadikan hiasan sahaja..kenangan kedai kopi tok teh & tok wan md saman.. ;-)




jika di bandingkan dengan cawan kopitiam sekarang dah agak kusam, tak bermaya..saya beli set cawan kopitiam ini di kedai chong kluang..masa awal2 saya gila hunting..sangat murah RM2.50 sepasang..cawan ni memang saya gunakan sebagai basahan..



setelah agak lama dibiarkan mereka tidak beribu..terbukak hati nak merembat teko ala2 kopitiam hijau ni dari kak ain zuryn..cantik & antik kan rupanya..




close-up bunganya..padan ler jugak dengan cawan2 kopitiam tu kan..



then bercerita tentang kopi pulak..selain kenangan bersama arwah tok & tok wan..saya juga dibesarkan di penang dengan kehadiran tok menakan iaitu tok tam..tok tam sangat pandai masak & pandai sungguh bancuh kopi..saya masih ingat, saya sangat suka kopi o toktam..hatta balik sekolah dapat hirup kopi o sejuk yang toktam bancuh pun dah suka sangat..

alhamdulillah tok tam masih ada walaupun sudah uzur..setiap kali menziarahinya di jitra, tok tam selalu hidangkan kami anak beranak dengan kopi cap gantang..kopi yang direkemenkan oleh toktamku sekian lama ni keluaran baling kedah..maka raya tempohari saya beli stok untuk diri sendiri..hehehe..



betul2 ho liao.. ;-)



sekian kisah kopi & kopitiam..itulah penangan PML..setiap detik kenangan bersama orang-orang tersayang dahulu sentiasa bermain di kotak minda & tetap bersemadi di hati..al-fatihah buat semua yang tersayang yang telah mengadap Ilahi..

sampai bertemu lagi..


Salam sayang,





2 comments:

  1. Assalamualaikum , ada jual ke cawan ni

    ReplyDelete
  2. salam, saya berminat nak beli cawan kopi yg classic macam ni, akak tau ke mane boleh beli?
    -yusuf-

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..