Showing posts with label sunshine. Show all posts
Showing posts with label sunshine. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

J&G Meakin Queen's Rose Designed by Paul Granet




J&G Meakin Sunshine
Queen's Rose Designed by Paul Granet



Nun berada dihujung laman ,
sekuntum mawar menarik lirikanku,
kulihat segar dan indah berseri,
dengan kilauan cahaya suria mula bersemi,
terbias dengan titis embun pagi,
yag menumpang dikelopaknya itu.



Mawar itu penuh duri,
menjadi pelindung maruah dan kesuciannya,
dari tangan derhaka dan penuh gelora,
yang selalu menghambat ketika leka,
yang kelihatan sufi tetapi iri. 


Mawar itu penuh duri,
sengaja ku biarkan ia mekar di lamanku,
berayun lembut dihembus angin pagi,
meratib wirid dan zikir kasihnya,
untuk peciptanya sejak azali,
Hanya mengharap Nur Ilahi panduan diri.  






Mawar itu penuh duri,
kulihat lesu dan mula layu,
lantas ku hadirnya padanya dengan pekerti,
menyiraminya dengan keikhlasan,
membajainya dengan budi,
menjulangnya dengan tiang seri hatiku ini
agar mawar berduri itu sentiasa teguh
dalam menyantuni ajaran Tuhannya,
dengan sepenuh jiwa raganya.
dengan semurni bersih di hatinya....






Sajak nukilan Zulman





Sunday, 18 August 2013

~J&G Meakin Sunshine~







set ni pun dah lama dapat..asal2 dari geng PML juga..dapat secara berperingkat..ada yang beli ada yang hadiah..serba tak lengkap tapi nampak cantik jua di mataku..


for me set ni ada keistimewaannya yang tersendiri..
kombinasi warnanya sangat saya suka
+ tekonya yang menggiurkan..

..







salam sayang,






Saturday, 19 November 2011

~Rezeki Sunshine Masih Ada~





السلام عليكم
salam sabtu..



dalam n3 morning sunshine jun yang lepas, saya ada share set teko sugar creamer seperti pic di bawah..



tak lama selepas n3 tu, halim junker ada offer pinggan2 & badan tureen tanpa penutupnya..suka punya pasal kurembat jua dengan harapan menggunung tutupnya dijumpai kemudian..tanpa diduga doaku dikabulkan..alhamdulillah..berjaya juga halim mendapatkan tutup tureen kesayangan hamba itu..maka bersatulah di sini..





tanpa jemu membelek bunganya..




terima kasih tak terhingga pada halim & juga iwan penang..tanpa kalian tidak ku merasa keindahan J&G Meakin Sunshine yang tidak bernama khusus ini..



sekiranya rezeki sunshine ini masih berpanjangan, ingin sekali bertemu anak2nya..pasti ibunya gumbira seceria sunshine...aminnnn

sampai bertemu lagi..

salam sayang,



Saturday, 25 June 2011

~I ♥ J&G Meakin Sunshine~






السلام عليكم
pagi sabtu lagi..




bertemu lagi dalam edisi sunshine meakin..tekonya dah lama beli dari otai taj..boleh tengok pada n3 tahun lepas..sila klik {di sini}..

cawannya pulak disedekahkan saja oleh taj yang baik hati ni..huhu..tak terkata pabila melihat depan mata..sangat2 cantik bila dah bertemu anak2 walaupun tanpa piring..



bahagian belakang cawannya sama motifnya dengan penutup teko tersebut..



5 saudara berpindah milik dari ruan empunya asal yang baik hati..



bunganya penuh sampai ke bawah..puas mata memandang..



dunno what else to say..


♥i am so sooo happyyyy ♥





sampai bertemu lagi..
happy weekend!..

salam sayang,






Sunday, 19 June 2011

~Sunshine @ Sunday Afternoon!~





السلام عليكم
tengahari ahad..



ok ok..last n3 for today..dah nak keluar..arini ada jemputan makan2 di rumah sepupu..sebelum keluar layan pic teko sunshine meakin lagi yer..juga dari otai taj..seimbas nampak sama jer kan dengan teko sunshine pada n3 sebelumnya disebabkan kalernya yang kecoklatan..

motif apa ni ya?..saya kurang pasti..
buahnya seolah2 buah zaitun @ olive..



yang menarik tentang teko ni adalan lock di bahagian dalam teko bagi mengelakkan penutupnya jatuh masa air dituangkan..satu teknologi yang sungguh bagus pada ketika itu..



bahagian belakang teko..





that's all for this week..
tata..

salam sayang,




~Sunshine @ Sunday Morning!~




السلام عليكم
salam pagi ahad..



seronoknya pagi ahad..tidak perlu rushing..tidak perlu meredah jam..tidak perlu bersusah payah mengejutkan si faris ke sekolah..ohhh heaven!..alangkah bestnya hari2 hari ahad..hehehe..

arini masih ada mood nak kongsikan teko sunshine meakin..saya kalau nampak teko meakin memang sangat2 teruja..maybe susah nak dapat kot..sekali dah dapat memang senyum sampai ke telinga tidak kiralah apa pun motifnya..hehe..

actually dah lama juga dapat teko ni..saya beli dari otai taj..cuma ini sahaja yang ada..pernah nampak kak khaty jual mangkuknya dulu..




close-up motif bunga raya pada badan teko ni..
penuh dan sangat cantik!..



tutupnya..



sampai bertemu lagi..
salam sayang,


Saturday, 18 June 2011

~Morning Sunshine!~




السلام عليكم
salam sabtu..



seceria pagi sabtu nan indah..tengok dok plan2 nak jalan2..tapi belum tau ke mana..dok suggest big boss nak ke kuala selangor..but direject..jauh katanya..huhu..so kengkawan yang dok pesan mentarang berkilo2 & beronok2 tu lupakan ajerlahh..hehehe..

set ni asal2nya dapat OP, sugar creamer dari wan penang penghujung tahun 2009..mula2 tu teragak2 gak nak beli sebab hanya itu ajer yang ada..mesti susah nak dapatkan anak beranaknya..ni pic lama yang saya penah upload {di sini}..





seperti biasa..cop mohornya..


tanpa diduga eis' antique ada jual teko & creamernya..so saya pun beli teko & zany beli creamernya sebelum musibah yang terjadi pada zany..terus terpadam hasrat nak n3 teko ni sebab masa tu zany tengah bersedih..moga zany bila terbaca n3 ni jangan sedih2 ya..insyaAllah ada lagi rezeki yang lebih besar untukmu dik..



bunga pada tutupnya..



gimana nak melepaskannya jika bunganya terlalu menggoda??..



inilah sahaja yang ada..
kalau ada seller yang terjumpa anak2nya sila jual pada saya..



sampai bertemu lagi..

salam sayang,