السلام عليكم
salam 10 Ramadhan..
lama tak bersiaran..masing2 takde mood nak bercerita pasal pinggan mangkuk kan..hehe..masing2 dok terjah blog2 resepi masakan di bulan ramadhan yang mulia ini..so demi tak membiarkan rumahku bersawang, saya nak ceritakan memori buah melaka semasa kecik2 dulu..buah melaka panggilan orang utara..kalau bahasa standard onde-onde melaka..pembuatannya begitu ringkas..dah namanya kuih tradisi, haruslah kuletakkan di dalam pinggan nostalgia gitu..apalagi kalau bukan bunga kangkung..tu bukan kuih tunjuk yer..hehe..saya buat untuk santapan berbuka tak lama lagi..
semasa saya kecik2 dulu, kuih inilah yang seringkali dibuat oleh arwah ibu & juga arwah tok tersayang..saya tak ketinggalan membantu apa yang patut..selalunya saya yang akan disuruh ke kedai runcit berhampiran (kedai pak hussain..hehe..masihku ingat).. untuk membeli parut kelapa..takpun beli kelapa dan parut sendiri menggunakan kukur kelapa.. setelah adunan tepung pulut tersedia, saya & adik beradik yang lain sudah bersedia memulakan projek..masing2 menggentel & mem"bola"kannya setelah memasukkan sepotong dadu gula melaka ke dalamnya..ada yang besar, ada yang kecik ada yang terburai..lepas tu masing2 bersaing melihat buah melaka siapa yang paling comeyy, tidak sememeh & kemas..dialah juara..hehe..
dan saya masih ingat, buah2 melaka yang telah siap akan diletakkan dalam talam enamel sebelum ia dimasak/direbus..dan paling seronok tentunya bila nampak buah melaka ini timbul dari rebusan air panas menandakan ia telah masak & sedia dikaut keluar..setelah itu dilumurkan dengan parutan kelapa..maka kuih itulah yang akan dijamah oleh kami adik beradik sehingga ke malam selepas tarawih..
itulah sedikit sebanyak memori ramadhan bersama keluarga tersayang..sungguh syahdu & sering terkenang2 sehingga sekarang..
kalau ada rezeki, saya tunjukkan lagi hidangan yang selalu saya makan semasa kecik2 dahulu..indah sungguhhh kenangan silam..
selamat berbuka!!...
salam sayang..
No comments:
Post a Comment
Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..