Monday, 28 September 2009

~Catatan Aidlfitri 1430H~



~Salam Aidilfiri~


aidilfitri kali nie telah termaktub balik penang dulu sebelum beraya ke johor..so malam raya tu sempat saya berbuka puasa ngan ayah tersayang & family..berselera sungguh makan sebab mak cik masak sungguh spesel & banyak sekali..selepas selesai takbir kitorang sempat lagi soping last minute di kailan kepala batas..

sama seperti orang lain, pagi2 setelah solat raya..kitorang berkumpul & aktiviti biasa dilakukan..
salam bersalaman & makan2..

actually kan..masa pagi raya nie baru saya perasan yang kamera saya bateri dia kong abis..memang tensen..so dengan muka tak malunya saya pinjam kamera ayah..nasib baik ada xtra..hehe..so gambar raya kali nie adalah hasil ihsan kamera ayah yang tersayang..hehe..

nie gambar satu famili besar saya..ayah & mak cik mahani (mak baru) bersama anak2nya seramai 5 orang merangkap adik beradik tiri saya..manakala belah saya pula 6 beradik..tapi raya kali nie terasa kurang kemeriahannya kerana belah saya tak cukup korum..pengantin baru berbulan madu & beraya di london manakala adik perempuan & hubby beraya di rumah mertua..

nie famili kakak saya yang sulung..terselit sekali gambar adik2 saya kienah & syimi yang masih bujang..


nie pula gambar my nucleus family..baby tak bergambar sekali sebab meragam nak tido..so pics kat bawah mostly cuma 4 of us..tu pun susah nak dapat shot terbaik..

nie gambar baby fariq..his first raya..

nie pula gambar 3 my heroes plus another 3 heroes from my sis..fening fening..hehe..
dalam ramai2 anak buah termasuk sebelah hubby nielah kazen kesayangan anak2ku..
berkepit jer diorang especially faris & syauqi..

oleh kerana kali nie guna kamera pinjam saya tak ghairah mengambil gambar seperti raya yang sebelumnya..rasa malas jer nak tangkap gambar..gambar kat rumah ayah ajer yang banyak..dan semasa beraya rumah sedara malas pula nak ambil gambar..rugi pulak rasanya..

that's all for raya celebration sebelah penang..
tunggukan kenangan bersama cik mat & kak casaoma..
tata..




4 comments:

  1. salam yatt..meriahnya raya ramai2..nnt akak email yatt pasal pelita tu

    ReplyDelete
  2. salam yatt.geramnya tgk si fariq tu,come...dah 3 hero,boleh ganti KRU ni.

    ReplyDelete
  3. kak ita
    ~wsalam akak..bukan ramai sangat pun sedara ktorang cuma hiruk pikuk budak2 yang memeriahkan raya..hehe..

    kak azah
    ~wsalam akak..nanti kita roger2 k..

    kak shas
    ~wsalam akak..si fariq comey tapi kurus tapi si adib lagi comey..cam nak cubit2 jer pipi gebus dia..hehe..

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..