Thursday, 13 October 2011

~Ros Mekar Sekuntum~





السلام عليكم
salam khamis..



jarang saya nak buat n3 di hari kerja..sambil tengok soffiya ilyas sambil menaip n3..sebab dah janji pada budak comot di opis..so tunaikan ajerlah kan..hehehe..ni lah dia cawan yang "dimaksudkan"..harap mengerti..hehehe..



cantik kannn..thanks banyak2 pada bro shariff..packagingnya selalu tidak menghampakan..meletopsss!!..





teko ni lama dapat..dari nassir..tahun 2009 you!..tak lupa piring2 kuih 6pcs tu dari kak mas johor..lama tak dengar khabar kawan2 kita ni..



tak sangka kan..akhirnya dapat kembar 5 express..jika diperhatikan..bunga pada cawan adalah bunga yang di"simplified"kan..kita boleh bandingkan pada bahagian belakang teko..



set ni terus guna buat minum petang tadi..hehe..



jemput makan..goreng pisang sg. penchala..peberet nihh!!..




sesi flash-back..semasa teko2 ni masih bujang..hehe..
boleh tengok n3 tahun 2009 {di sini}..penantian itu indah..hehe..



sampai bertemu lagi..

salam sayang,






Monday, 3 October 2011

~Cinta Pantai Merdeka~




السلام عليكم
salam isnin



pantai merdeka kujejaki lagi setelah bertahun lamanya ditinggalkan..masih teringat pantai merdeka antara lokasi pilihan berkelah selain di batu feringghi..memang boleh dikatakan dulu masa saya kecik2, kerap juga kami berkelah..kadangkala sepanjang hari menghabiskan masa di pantai..memang seronok!..dan tak lupa ayah sentias standby jala di dalam kereta..pemancing ikan ler katakan..hehe..





banyak juga perubahan..lebih teratur dan bersih berbanding dahulu..
tenang dan damai mendengar desiran ombak di pantai..



tetiba teringat lagu ni..

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

gunung di belakang itulah gunung jerai dan tanjung dawai..
boleh menaiki bot ke seberang sana..





tak lupa mengabadikan kenangan tokwan bersama cucunya..







sampai bertemu lagi..

salam sayang,





Sunday, 2 October 2011

~Selera Mak Labu~





السلام عليكم
salam ahad nan mendung..



cuaca mendung di pagi ahad..perut berkeroncong awal..tekak mak labu terasa nak makan labu..hehe..maka bersilat lebih awal di dapur..hasilnya labu masak lemak..cadangan awal nak di campurkan sekali dengan bayam..malangnya takde di kedai runcit yang terdekat..



yang speselnya labu yang diimport khas dari kebun ayah yang tersayang..inilah rupanya masa dipetik..




maka dua biji labu berhijrah ke KL..hehe..



sampai bertemu lagi..

salam sayang,




Saturday, 1 October 2011

~Chicken Pox Attack!







bertemu lagi..



kesian si fariq..mendahului carta mendapat chicken pox..moga2 tidak berjangkit pada abang2nya yang belum pernah kena..hehe..



penuh di muka & di badan..



seimbas nampak macam si kecil ni ada jerawat cam mama pulak kan..
(kan acik wawa kann..hehe..)



cepatlah sembuh sayang..moga isnin mama boleh kerja kembali..



Salam sayang,



~Kisah Kopi & Kopitiam~




السلام عليكم
salam petang sabtu..




melihat pada cawan kopitiam dahulukala membuatkanku teringat kisah yang diceritakan oleh arwah tok & mak kesayanganku masa mak di bangku sekolah..tok & tokwan pernah meniaga kecil-kecilan di stesen bas lama di sungai korok jitra..masa tu menu hanyalah nasi lemak, laksa, kuih muih & minuman panas & sejuk termasuk kopi o panas..arwah mak & mak ngahku yang dipertanggungjawabkan untuk membasuh pinggan mangkuk & cawan selepas waktu sekolah..kalau cawan kopitiam yang dibasuh mencecah 100 tu maka larislah perniagaan pada hari tersebut..saya memang pendengar setia jika arwah mak & tok bercerita zaman dolu2..asyik saya mendengar tanpa jemu walaupun berulang kali..

nak tengok tinggalan arwah tok dahulu?..saya jumpa di luar rumah tok..hanya ini satu2nya yang tinggal..saya masih ingat di luar rumah dulu ada bangsal yang berisi pinggan mangkuk kedai kopi tersebut..masa tu saya masih kecil..kalau tak dah lama saya simpan kesemuanya..hehe..



keadaannya yang sumbing hanya sesuai dijadikan hiasan sahaja..kenangan kedai kopi tok teh & tok wan md saman.. ;-)




jika di bandingkan dengan cawan kopitiam sekarang dah agak kusam, tak bermaya..saya beli set cawan kopitiam ini di kedai chong kluang..masa awal2 saya gila hunting..sangat murah RM2.50 sepasang..cawan ni memang saya gunakan sebagai basahan..



setelah agak lama dibiarkan mereka tidak beribu..terbukak hati nak merembat teko ala2 kopitiam hijau ni dari kak ain zuryn..cantik & antik kan rupanya..




close-up bunganya..padan ler jugak dengan cawan2 kopitiam tu kan..



then bercerita tentang kopi pulak..selain kenangan bersama arwah tok & tok wan..saya juga dibesarkan di penang dengan kehadiran tok menakan iaitu tok tam..tok tam sangat pandai masak & pandai sungguh bancuh kopi..saya masih ingat, saya sangat suka kopi o toktam..hatta balik sekolah dapat hirup kopi o sejuk yang toktam bancuh pun dah suka sangat..

alhamdulillah tok tam masih ada walaupun sudah uzur..setiap kali menziarahinya di jitra, tok tam selalu hidangkan kami anak beranak dengan kopi cap gantang..kopi yang direkemenkan oleh toktamku sekian lama ni keluaran baling kedah..maka raya tempohari saya beli stok untuk diri sendiri..hehehe..



betul2 ho liao.. ;-)



sekian kisah kopi & kopitiam..itulah penangan PML..setiap detik kenangan bersama orang-orang tersayang dahulu sentiasa bermain di kotak minda & tetap bersemadi di hati..al-fatihah buat semua yang tersayang yang telah mengadap Ilahi..

sampai bertemu lagi..


Salam sayang,





Sunday, 28 August 2011

~Salam Lebaran 1432H~





السلام عليكم
salam lebaran 1432H




syawal makin menghampiri..ramadhan yang mulia makin berlalu..saya masih di KL..insyaAllah lepas asar baru bertolak balik ke kampung cik abg di kluang..bukan sahaja beraya di selatan, kampungku di utara juga bakal dijejaki..

di kesempatan ini saya memohon jutaan kemaafan buat semua sahabat handai, geng PML dan juga kaum keluarga yang dikasihi andai ada salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan..

ramadhan kali ni paling kurang saya bergurau senda dengan kawan2 PML..saya alah/muntah dek "buatan orang"..hehehe..kali ni kami beraya berlima..tahun depan insyaAllah beraya berenam..atas ketidaksihatan inilah membuatku menyepi seketika dari aktif berblogging mahupun di facebook..rezeki di bulan ramadhan..harap kawan2 tidak salahertikan "kehilangan" saya buat seketika..saya akan kembali bila semuanya normal seperti sediakala..

sesi flashback ecard di yatt's precious..
3 ecard bermakna dah hampir 3 tahun saya berblogging..

tahun 2009


tahun 2010..


ecard terbaru 2011..




selamat berhari raya
&
safe journey

salam sayang,