Saturday 11 December 2010

~Set Bunga Sabun~



salam senja nan merah..



bertemu lagi kita..saya pernah juga beberapa kali membuat n3 bunga sabun..bolek klik {di sini}..dalam n3 yang lepas saya tunjukkan set yang hampir lengkap seperti pic di bawah..cukup 6 set mulut lebar, 6 piring kuih & satu cake plate..


hari ni saya kongsikan lagi tambahan pada set ini..

tapi sebelum itu, ingin saya jawab pertanyaan rakan2 yang bertanya mengenai bunga sabun..saya percaya, pada yang masih baru dalam dunia PML..mesti tertanya2..mengapa set ini dinamakan bunga sabun..ini adalah kerana ada cawan bunga ini pernah yang dijadikan hadiah percuma sekiranya dulu kita membeli sabun pada tahun 80an dan 90an..sabun apa saya tidak pasti..hehehe..

tadaaa..inilah dia hasil hunting di kedai runcit di bangi lama awal tahun lepas menemukan saya dengan cawan bunga sabun yang betul2 free gift items..hanya 2 set cawan bunga sabun..

ini adalah cop mohornya..berlainan dengan mulut lebar yang biasa bercop made in china hijau..


dah juga ingin berkongsi kegembiraan mendapat aladin rare species hasil pertolongan wan penang..tanpa bantuanya tak mungkin ku dapat melihat aladin yang cantik ini..tak boleh nak posing dengan yang lain2 atas faktor kemalasan..hehe..


kedua2 teko bunga sabun yang kukasihi..walaupun rupamu taraf biasa2 sahaja..tetap akan menjadi penghuni setia di yatt's precious..kerana...dikau sungguh precious & rare!!!..


terima kasih pada semua seller yang membantu..
kalau ada sugar creamernya roger2 saya yer..

salam sayang,



No comments:

Post a Comment

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..