Friday 23 October 2009

~Hibiscus Set~





salam pagi jumaat~penghulu segala hari..

hari nie pula nak berkongsi set bunga raya yang cun nie..memang begitu menawan sekali..set nie dibeli dari kak sue antik beberapa bulan dulu masa awal2 detik pertemuan kitorang..set nie termasuk 1 coffee pot, 1 sugar, 1 creamer, 6 set cawan..



walaupun body "mommy"nya masih cun melecun @ bergetah dengan topi yang dipakai yang sedondon..sayang seribu kali sayang, "cacat" pada tangkainya..menurut kata kak sue mommy nie dah memang cenggitu masa beliau beli kat kelantan..tapi dek berkenan punya pasal dengan set bunga raya nie saya rembat juga..hehe..

bodylicious mommy

tak lama selepas tu, ternampak anak dara yang berpotensi dijadikan peneman..bukan pengganti tau..hehe..jauh saya merisik..akhirnya pinangan menjadi..so berhijrah ler mommy baru dari sedenak (tersedak cik mat pagi2 nie..hehe..) mommy baru nie pendek & agak lebar..dengan motif bunga raya yang hampir sama..

sebelah kiri adalah cawan yang datang sekali dengan set nie..
manakala yang kanan hasil hunting di apeksss..


amacam anak2..ceq suka ka mak baru??..hehehe..
suka ler tu kot..posing baikkk punya..


tak lupa..sugar creamer yang superb!!!..


lastly, nak gak tunjuk pelita cun nie yang saya beli waktu bertandang ke rumah kak sue sempena open housenya yang lepas..





Info Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis).Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Bunga raya mempunyai 5 ranggi atau petal dan berwarna merah. Wana merah pada bunga raya melambangkan keberanan dan perpaduan rakyat Malaysia.Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

that's all for now..
nanti2 saya tunjuk hasil barter kitorang pulak k..
see you..tata..



13 comments:

  1. salam yatt,

    pagi2 lagi akak dah dapat cuci mata..bestnye...

    ReplyDelete
  2. salam adik manisss...
    wah yang ni memang cantik ..lain dr lain..kakyu tak pernah jumpa set yang bunga raya ni..
    suka tengok yatt dan kak sue dengan hobi antik terus kan mengumpul dan menambah koleksi...

    ReplyDelete
  3. salam yatt....memang cantik koleksi bunga raya yatt ni!! kopi pot tu pun cun abis wlupun x de tangkai!

    ReplyDelete
  4. salam yatt...cantik laa.. rasanya very rare kan nk dpt bunga mcm ni kan...

    ReplyDelete
  5. Cantik dan nampak "malaysia" kan....

    ReplyDelete
  6. salam yatt,

    cantiknyerrrr..bunge raya kaler pink...lovely

    ReplyDelete
  7. kak gee
    ~wsalam sis..thanks akak selalu singgah sini..yang mana saya takde saya cuci mata kat umah org lain pulak..hehe..

    kak yu
    ~wsalam kakak lesung pipit nan ayu..tu lahh akak..kalau kak sue antik tak letgo mana ntah nak pi korek bunga raya nie kan..
    thanks juga atas kata semangat tu..akan ku perjuangkan kolek pinggan mangkuk antik nie bersama2 collector2 yang lain..lagi seronok tengok kawan2 seperjuangan yg lain pakat dok tayang..hehehe

    ReplyDelete
  8. kak ain
    ~wsalam sis..tu lahh akak..saya berkenan sangat kat kopi pot tu ler..cacat2 pun tetap kurembat tanpa banyak bicara..hehe

    kak cda
    ~wsalam sis..yeap sis..very rare..this one china mali..saya penah nampak pattern bunga raya gak tapi meakin..tak beli sebab rege makk aii cam rege RA..hehehe..

    ReplyDelete
  9. cik mat
    ~yeappp..very malaysian kan..tak dapat bunga raya meakin..dapat bunga raya china pun dah ok bebangettt!!

    kak salmi
    ~tenkiu2..cantik kan akak..the one n only bunga raya set yg saya ada..pink kaler yg menggoda tu..hehe..apa kata akak buat Ribbon Embroidery pulak utk bunga raya..mesti cun melecun.. ;)

    ReplyDelete
  10. Yatt, cantiklah set Hibiscus ni... Kak Wa tak pernah tengok set ni. Ada kelainan sikit. Walaupun bunganya besar2 tapi tetap nampak sweet. agak2 kak sue antik tu ada tak lagi stok set ni. teringin nak beli...

    ReplyDelete
  11. kak wa
    ~baru tau nama panggilan ibu emy efy eqy..hehe.
    ~ye lah akak..memang cantik set bunga raya nie..saya pun masa awal2 tgk kat rumah kak sue terus berkenan..cuba akak tanya direct ke kak sue..mana tau dia ada lebih set nie..dulu teko lagi satu tu beli ngan cik mat gebu..cuba akak tanya cik mat gak..

    ReplyDelete
  12. Thanks Yatt. nanti akak tanya... memang dah lama minat koleksi pinggan mangkuk ni tapi belum ada koleksi lagi. bila lihat koleksi hibiscus Yatt ni terus teruja hati nak milikinya... kak shas ada cakap, "kumpullah...best bila lihat koleksi banyak2 ni".

    ReplyDelete
  13. kak wa
    ~you are welcome sis..lagi suka bertambah geng antik2 nie..hehe..apa yg kita takde boleh cuci mata kat blog yang lain..kalau terlebih sudah boleh kita barter2..
    so kak wa..welcome2.. ;)
    hibiscus nie mmg susah nak jumpa..rasanya kak sue beli kat kelantan..kalau kat area2 KL mmg tak penah jumpa..

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..