السلام عليكم
salam ahad..
18 Julai datang lagi..
genap 7 tahun ibu tercinta meninggalkan dunia yang fana ini..masih segar di ingatan saat mak bertarung nyawa di pangkuanku..pemergian mak bermakna tamatlah penderitaan kesakitan jasad tubuh yang mak tanggung selama ini..moga Allah memaafkan segala dosanya & ditempatkan di kalangan orang yang beriman..aminn...hanya doa yang tak putus2 mengiringimu di alam sana..
you are always in my heart...always!!!...
sekadar renungan...
(artikel sumber azzariyat.com)
sakit itu merupakan satu ujian dari Allah.
Allah mahu menguji sejauh manakah tahap keimanan kita.
‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ [Al-Baqarah, 2:214]
Lebih tinggi tahap keimanan kita, lebih hebat kita diuji. Lihatlah sahaja ujian yang diturunkan kepada para Rasul. Jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan ujian yang ditimpakan kepada orang awam seperti kita. Kita hanya perlu yakin bahawa pertolongan dari Allah itu adalah pasti tetapi sejauh manakah tahap kesabaran kita? Kadangkala kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Bukannya sengaja Allah menurunkan ujian kepada kita tetapi dengan bertujuan, bukan sahaja untuk menguji keimanan kita malahan untuk mengajar kita erti sabar;
‘Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab’ [ Az-Zumar, 39:10].
Bukan sahaja Allah menguji bahkan Allah juga mengajar malah memberikan kita ganjaran yang amat besar supaya kita terselamat di akhirat kelak.
Allah juga boleh mendatangkan ujian kepada hambanya sebagai satu qisas(pembalasan) ke atas dosa yang kita lakukan. Setiap dosa yang kita lakukan pasti akan dibalas sama ada di dunia ataupun di akhirat yang kekal abadi melainkan kita bertaubat sehingga Allah mengampunkan dosa tersebut. Kerana kasihnya Allah terhadap hambanya, Allah telah menghukum kita dengan mendatangkan kita kesakitan, kesusahan dan sebagainya. Selagi kita bersabar, ganjaran bakal menanti. Sebaliknya sekiranya kita mengeluh, hanya dosa yang menimbun. Begitulah kasihnya Allah Yang Maha Pengasih terhadap hambanya. Allah tidak mahu hambanya dihukum di akhirat yang berkali lebih dahsyat dari penderitaan di dunia. Dengan hukuman Allah di dunia kita sepatutnya sedar dan bersyukur terhadap nikmat yang telah Allah berikan kerana apabila kita kembali ke akhirat nanti kita bersih dari sebarang dosa.
Begitulah rasa kasih dan sayangnya Allah kepada hambanya. Bukan sengaja Allah menurunkan ujian terhadap hambanya, tetapi ujiannya di penuhi dengan 1001 hikmah yang tidak dapat dirungkaikan.
Abu al-Laithi menyatakan yang ia telah melawat Rasulullah s.a.w. ketika baginda sakit kuat. Ia telah menyentuh tubuh baginda dan berkata yang bermaksud: Panas badan tuan amat kuat. Baginda menjawab: Benar. Panas bagaikan panas dua orang daripada kamu. Lalu dijawab oleh Ab al-Laithi: Ini kerana tuan mendapat pahala dua kali ganda. Mendengarkan kata-kata itu baginda bersabda yang bermaksud: Benar. Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya, tidak ada seorang Islam di muka bumi ini ditimpa sakit atau lain-lain bala melainkan dihapuskan dosa-dosanya seumpama pohon yang digugurkan daunnya.
Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa.
Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Rintihan orang yang sakit adalah merupakan tasbih, jeritannya sebagai tahlil dan kegelisahannya daripada satu bahagian itu ke bahagian lain adalah jihad di jalan Allah dan akan dicatatkan baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan ketika sihat dahulu.
Hadis ini menjelaskan bahawa penderitaan sakit yang dialami oleh seseorang itu diberi ganjaran oleh Allah selain menebus dosa yang dilakukan sebelum itu. Terlalu besar ganjaran Allah kepada orang yang menderita kesakitan berdasarkan keterangan hadis tadi.
Kepada mereka yang telah sakit, sedang sakit, mahupun pernah merasa kesakitan, ingatlah, sakit itu adalah satu ujian daripada Allah. Hebatnya ujian yang diturunkan oleh Allah menunjukkan betapa sayangnya Dia kepada kita.
moga kita beroleh manfaat dari artikel ini..
salam hujung minggu yatt...
ReplyDeleteAl-fatihah juga ukt arwah bonda Yatt, moga rohnya dicucuri rahmat...kematian pasti akan dtg cuma kita tak pasti. Kita ni kalau boleh, nak sampai tua masih beribu, berayah..tapi itu hanya ketentuan Ilahi...
salam yatt
ReplyDeleteALFATIHAT..buat arwah bonda tercinta..smoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman...AMIN..
Salaam yatt, alfatihah buat bonda yatt..sesungguhnya doa anak yang solleh tu adalah satu daripada 3 perkara yang tak akan putus apabila anak adam itu meninggal dunia. Sakit itu merupakan salah satu ujian dan tanda allah sayang kepada kita. Sering kali kita lalai dan terleka dek godaan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Moga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman dan Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik :-). take care!
ReplyDeletesalam yatt..sama2 kita sedekah al-fatihah buat bonda tercinta Yatt.Muga dicucuri rahmat keatasnya. Amin. (Shariff pun kehilangan bonda tercinta 7 tahun yg lalu-3 mac,2003)
ReplyDeletesalam yatt,,semoga roh bonda yatt ditempatkan di kalangan org2 mukmin,,amin,,
ReplyDeleteal fatihah utk arwah mak..
ReplyDeletemak akak pun dah nak masuk 3 thn meninggalkan kami semua...tp masih tengiang ngiang...pesanan dia ...
salam yatt, alfatihah untuk arwah ibu. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang dirahmati dan dikasihi.Amin..
ReplyDeletesalam kak yatt....
ReplyDeleteAl-Fatihah buat bonda akak...semoga rohnya di cucuri rahmat dan aman di sana..
sy faham, kehilangan org yg tersayang adalah perkara yg amat perit utk kita hadapi....7 thn dah berlalu...tetapi jika kita kehilangan org tersayang walau 7 thn lamanya tetapi bg diri kita mcm baru 7 hari die pergi....al-fatihah
Salam Yatt,
ReplyDeleteAl-fatihah untuk mak Yatt semoga rohnya dicucuri rahmat , amin .
Mak akak pun dah lama meninggal 21 tahun yang lalu tapi sampai sekarang akak masih boleh ingat suara dan senyuman mak , rindu sangat...
salam ukhwah buat...
ReplyDeletecik mat, kak chemp, kak salmi, bro shariff, kak mona, kak zaa, mamayana, ezany & kak nannie...
terima kasih tak terhingga atas doa kalian..saya amat menghargainya..moga roh orang tua kita yang telah mengadap ilahi dicucuri rahmat..sama2 kita doakan kesejahteraan mereka di alam sana..pada yang masih berkesempatan bermanja..gunakanlah waktu sebaik mungkin untuk membalas segala jasa mereka...