Monday, 3 May 2010

~Ayah & Mak Terhebat~







bertemu lagi kita..agak lama tak bersiaran..terima kasih atas ingatan kawan2 yang bertanya khabar..n3 yang di backdated..

bulan Mei banyak tarikh2 penting untuk kuingati sepanjang hayat..bermula awal bulan hari istimewa ayah tersayang..

3 Mei 2010
selamat hari ulang tahun ayah!!!..
biarpun ceq tak pulang untuk menyambut hari ayah..just want you to know that I really really love you..walaupun kata2 sayang tidak selalu diucapkan..ceq nak ayah tahu bahawa anak ayah ni sentiasa mengingati ayah..ceq doakan moga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik pada ayah..

ayah amat kusanjung..memberikanku pelajaran berguna dunia akhirat..masihku ingat lagi..kalau ayah ajaq mengaji atau matematik..selalunya airmata jatuh berguguran..sebab ayah garang..ayah mahu anak2nya cemerlang dalam pelajaran..kini ketegasan dalam ayah mendidik anak2 membuktikan bahawa anak2nya sekarang boleh berjaya dalam kerjaya masing2..terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan..tanpa ayah..kami takan menjadi insan seperti sekarang..




pic ayah & arwah mak di atas membuatkan ku sebak..arwah mak & ayah berkongsi bulan kelahiran yang sama..sebab tu Mei begitu istimewa..biarpun mak telah meninggalkan kita..



saya doakan moga ayah terus bahagia dalam kehidupan sekarang..
saya doakan yang terbaik buat ayah..
buat mama..sayangilah sepenuh hati ayah yg amat kusayang ini......


itulah coretan buat ayah yang tersayang...

peluk cium dari anakmu yang jauh..





No comments:

Post a Comment

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..