Friday 26 February 2010

~Salam Maulidur Rasul~





Salam Maulidur Rasul 1431H


salah satu cara kita menunjukkan tanda cinta kita kepada baginda Rasulullah SAW adalah dengan memperbanyakkan salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW..selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam..

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".
(Surah Al-Ahzab: 56)


Sabda Nabi SAW :
“ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “
( Hadis Riwayat Thabarani )



Maksudnya:
"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


sekarang pulak saya menyusuri kenangan silam..
teringat lagu nasyid yang selalu dimainkan & dinyanyikan sewaktu kita sekolah rendah dulu..tahun 1980an..

Junjungan Mulia
(Al-Mizan)

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


semoga kita semua tergolong dalam umat yang mencintai Rasulullah SAW dan umat yang dicintai baginda..InsyaAllah..Selamat Bercuti!..







2 comments:

  1. salam Maulidur Rasul utk yatt sekeluarga juga!

    ReplyDelete
  2. kak ain..
    salam maulidur rasul buat akak jugak..thanks singgah sini.. ;)

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..