Tuesday, 27 July 2010

~Piring Dodol/Wajik~



السلام عليكم
salam nisfu syaaban..



ramai yang dah buat n3 piring dodol..saya baru terkedek2 n3..hehe..
♫ la ♫ la ♫ la ♫ la ♫ la ♫ la ♫
sebenarnya saya amat teruja & gumbira mendapat piring dodol bintang/bunga lawang yang telah lama diimpikan minggu lepas..jadi agak cepat saya buat n3..rekod ler jugak..selalunya saya peram buat pekasam dulu..hehe..

piring dodol berwarna warni juga dikategorikan sebagai depression glass..ada peminatnya yang tersendiri..saya masih ingat n3 yang penah kawan2 tunjukkan sebelum ni..termasuklah kak azura, ezany, kak ca, kak inna merah samar dll..




selain bintang light pink, kesemua piring dodol leper saya dapat dari bro shariff @ D'CT HomeMade..saya amat berpuas hati dengan cara pembungkusan & keadaan piring tip top dan masih bersinar2 dari bro shariff..thanks ye bro..saya beli..


piring dodol bintang dua light pink dari cik mat..


piring dodol bintang 3 jernih..
mangkuk mungkum jernih dari adik ezany..


jika digandingkan dengan mangkuk mungkum pattern yang sama boleh dijadikan mangkuk basuh tangan..sungguh cantik!!..cukuplah dapat satu set..lebih dari puas hati.. ;-)


bintang 3 hijau..


bintang 3 biru..


bintang tiga amber..


kesemua piring dodol bintang/lawangku..



selain dari bentuk bintang/lawang..saya jugak ada menyimpan koleksi piring dodol beropol pelbagai warna..ada di antaranya hadiah dari cik mat, rembatan dari kak fuziah & juga kedai antik beranang..yang peliknya sekali pun saya tak penah jumpa piring2 dodol di apekss..kesian kan??..hehehe..

seperti kita sedia maklum..saiz piring beropol ada 2 jenis..walaupun seimbas tak nampak sangat perbezaannya..kiri lebih besar jika dibandingkan dengan yang kanan..


ropol jernih ada 7 ketui besar & 6 ketui kecil..


ropol peach cuma ada seketui besar & 5 ketui saiz kecil..


ropol biru 3 ketui saiz besar & 6 ketui kecil..


ropol hijau 1 ketui besar & 5 ketui kecil..



last but not least..
piring dodol berkerawang..cuma ada seketui kaler jernih..
hadiah dari tasha antik..
thanks yer..i likeeeee..


sekianlah sudah n3 piring dodolku..


jumpa lagi di lain masa..
tata..

salam sayang..





Saturday, 24 July 2010

~Kekwa Biru~


السلام عليكم
salam petang sabtu..



hari nie nak share koleksi kekwa biru yang baru mendapat anak2nya..dulu kak aina @ warisan nenek ada n3 koleksi kekwa biru..kak aina ada sugar creamernya..boleh klik {di sini}..

cawan 6 set beli dari eija @ ulat pelita..



teko aladin saya jumpa di apekss..



yang special tentang teko aladin nie..
tentunya pada penutupnya yang juga berbunga..



cake plate kanan hasil geledah apekss..
kiri pemberian ikhlas kak shas..
thanks ye akak..dah lama buat pekasam..hehe..


sugar bowl dari family aladin nie saya jumpa di apekss..
disebabkan dia cacat sebelah telinga..so dapat ler FOC..



kaum kerabat kekwa berdaun hijau..

kekwa kuning..


kekwa pink..belum bertemu tekonya..
kak shas ada teko bulat..rasa2 nak letgo habaq naaa.. ;-)


that's all for today..
tata..

salam sayang..



~Sis Ayu Little Cottage's Giveaway~




السلام عليكم
salam petang sabtu..





nak join GA meletopss kak ayu @ Ayu Little Cottage sempena birthday & ulang tahun perkahwinan kak ayu yang ke15 yang bakal menjelma tak lama lagi..

thanks yer kak ayu sebab susah2 jemput..

Hadiah terdiri daripada:-
~ Quilt bag (sweet roses)
~ 2 pieces my handmade deco plate
~A big Lavender cup n saucer
( including flower on top)
~ 6 triangle doilies


nak tau details boleh klik {di sini}..

Syarat-syarat GA...

~Sapa-sapa boleh join
ok roger!

~ Link http://ayulittlecottage.blogspot.com/ di blog anda
ok done!

~ Tag kengkawan untuk join GA ini
yg BELUM buat lagi silakan...
kak fitty
kak azura
kak hanim
kak sue antik
kak yon/rose
kak nor64
kak aida mn
kak rafidah
kak shas
kak rohas
kak chah
kak nannie
kak aina
kak norbie
kak welly
dll


~ Leave a comment in this n3
ok done!

~ Jawab soalan nih dalam comment anda :~
Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?(what kind of question???)

GA bermula 23RD JULY 2010 till 20TH AUGUST 2010
(wed anniversary)

Kak Ayu's Hubby will choose the champion!!!...)

salam sayang..




Friday, 23 July 2010

~Mixed Feelings~




السلام عليكم

salam jumaat..




bertemu lagi kita..actually malas sungguh nak update..banyak n3 tertangguh..nak start enjin punyalah liat..so masuk gear satu dulu..kita mulakan dengan set Johnson Bros Old Chelsea..



sebenarnya set nie adalah hasil barter dengan sorang rakan blogger antik..demi mendapatkan set JB nie, saya harus melepaskan antara set kesayangan saya..yang mana satu biarlah rahsia..hehehe..set yang tak cukup lengkap yang saya miliki sebelum ini betul2 diperlukan oleh rakan saya yang sorang nie untuk melengkapkan set yang beliau cari selama ini..beliau ada kaum kerabatnya yang lain & lebih memerlukan kehadiran set saya tu..demi tak menghampakannya..saya lepaskan..moga set itu tenang di sana di bawah jagaan tuan barunya..

jarang sekali saya setuju berbarter sekiranya saya hanya ada satu dalam simpanan..nie kes yang pertama..namun yang demikian..saya redha & bersyukur set itu akan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tuan baru yang mahu dirahsiakan identitinya..bak kata orang..you win some, you lose some..jadi set JB cantik lagi rare nie yang sekarang menghuni rumahku yang serba kekurangan..sebab tu bila memandang set nie..ada semacam perasan bercampur baur..gembira melihatnya tetapi pada masa yang sama sedih mengenangkan set lama saya yang sudah selamat berhijrah di sana..jaga baik2 yer wahai sahabatku.. ;-)

dulu saya ada set yang lebih kurang sama..boleh klik {di sini}..


untuk hasil barter kali nie..hanya ada satu coffeepot & 2 set cawan..

coffeepot yang menawan..


penutup teko..
tiga tompok motif bunga yang berlainan warna..


close-up motif..



set cawan..
cuma ada 2 set..


si cilik yang tak jemu2 mengganggu sesi shooting..hehe..


akhir kalam..terima kasih buat sahabatku yang sudi berbarter..ada rezeki kita berbesan lagi..hehehe..

sekian..
jumpa lagi di lain waktu..

salam sayang..





Sunday, 18 July 2010

~18 Julai~




السلام عليكم
salam ahad..



18 Julai datang lagi..

genap 7 tahun ibu tercinta meninggalkan dunia yang fana ini..masih segar di ingatan saat mak bertarung nyawa di pangkuanku..pemergian mak bermakna tamatlah penderitaan kesakitan jasad tubuh yang mak tanggung selama ini..moga Allah memaafkan segala dosanya & ditempatkan di kalangan orang yang beriman..aminn...hanya doa yang tak putus2 mengiringimu di alam sana..

you are always in my heart...always!!!...




sekadar renungan...

(artikel sumber azzariyat.com)

sakit itu merupakan satu ujian dari Allah.

Allah mahu menguji sejauh manakah tahap keimanan kita.

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ [Al-Baqarah, 2:214]

Lebih tinggi tahap keimanan kita, lebih hebat kita diuji. Lihatlah sahaja ujian yang diturunkan kepada para Rasul. Jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan ujian yang ditimpakan kepada orang awam seperti kita. Kita hanya perlu yakin bahawa pertolongan dari Allah itu adalah pasti tetapi sejauh manakah tahap kesabaran kita? Kadangkala kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Bukannya sengaja Allah menurunkan ujian kepada kita tetapi dengan bertujuan, bukan sahaja untuk menguji keimanan kita malahan untuk mengajar kita erti sabar;

‘Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab’ [ Az-Zumar, 39:10].

Bukan sahaja Allah menguji bahkan Allah juga mengajar malah memberikan kita ganjaran yang amat besar supaya kita terselamat di akhirat kelak.

Allah juga boleh mendatangkan ujian kepada hambanya sebagai satu qisas(pembalasan) ke atas dosa yang kita lakukan. Setiap dosa yang kita lakukan pasti akan dibalas sama ada di dunia ataupun di akhirat yang kekal abadi melainkan kita bertaubat sehingga Allah mengampunkan dosa tersebut. Kerana kasihnya Allah terhadap hambanya, Allah telah menghukum kita dengan mendatangkan kita kesakitan, kesusahan dan sebagainya. Selagi kita bersabar, ganjaran bakal menanti. Sebaliknya sekiranya kita mengeluh, hanya dosa yang menimbun. Begitulah kasihnya Allah Yang Maha Pengasih terhadap hambanya. Allah tidak mahu hambanya dihukum di akhirat yang berkali lebih dahsyat dari penderitaan di dunia. Dengan hukuman Allah di dunia kita sepatutnya sedar dan bersyukur terhadap nikmat yang telah Allah berikan kerana apabila kita kembali ke akhirat nanti kita bersih dari sebarang dosa.

Begitulah rasa kasih dan sayangnya Allah kepada hambanya. Bukan sengaja Allah menurunkan ujian terhadap hambanya, tetapi ujiannya di penuhi dengan 1001 hikmah yang tidak dapat dirungkaikan.

Abu al-Laithi menyatakan yang ia telah melawat Rasulullah s.a.w. ketika baginda sakit kuat. Ia telah menyentuh tubuh baginda dan berkata yang bermaksud: Panas badan tuan amat kuat. Baginda menjawab: Benar. Panas bagaikan panas dua orang daripada kamu. Lalu dijawab oleh Ab al-Laithi: Ini kerana tuan mendapat pahala dua kali ganda. Mendengarkan kata-kata itu baginda bersabda yang bermaksud: Benar. Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya, tidak ada seorang Islam di muka bumi ini ditimpa sakit atau lain-lain bala melainkan dihapuskan dosa-dosanya seumpama pohon yang digugurkan daunnya.

Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa.

Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Rintihan orang yang sakit adalah merupakan tasbih, jeritannya sebagai tahlil dan kegelisahannya daripada satu bahagian itu ke bahagian lain adalah jihad di jalan Allah dan akan dicatatkan baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan ketika sihat dahulu.

Hadis ini menjelaskan bahawa penderitaan sakit yang dialami oleh seseorang itu diberi ganjaran oleh Allah selain menebus dosa yang dilakukan sebelum itu. Terlalu besar ganjaran Allah kepada orang yang menderita kesakitan berdasarkan keterangan hadis tadi.

Kepada mereka yang telah sakit, sedang sakit, mahupun pernah merasa kesakitan, ingatlah, sakit itu adalah satu ujian daripada Allah. Hebatnya ujian yang diturunkan oleh Allah menunjukkan betapa sayangnya Dia kepada kita.

moga kita beroleh manfaat dari artikel ini..