Friday 30 December 2011

~Tirai 2011 akan berlabuh..mengharap sinar 2012~





السلام عليكم
salam pagi jumaat yang mulia..



beberapa jam lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya..terpaksa saya n3 awal sebab akan pulang ke kampung..dengan menginjak ke tahun baru, bertambah lagi usia kita..saya tidak mengharapkan apa2 azam baru..cukuplah sekadar menyemat hasrat di dada untuk menjadi hamba, isteri, anak, ibu & pekerja yang lebih cemerlang di tahun 2012..



begitu juga dengan hobiku..moga dapat berkurangan dan hanya melengkapkan set yang ada..namun PML terus terpahat di dada..teko aladin wet roses simbolik penghijrahan 2011 ke 2012..dulu berseorang..sekarang dah berdua ;-)



selamat tinggal 2011..
selamat datang 2012..

salam sayang,



Sunday 25 December 2011

~Si Cilik Anggur~





السلام عليكم
salam petang ahad..



masih dalam mood bermalas2an di rumah..tangan gatal lagi untuk membelek PML dalam lemari..lalu kukeluarkan set grapes untuk tatapan..



set cilik lagi comey dari wan penang lamaaaaaaa dahulu..



sugar creamer..




cawannya pun cilik..



paling geram tang tekonya..katik..hehehe..



6 biji piring kuih pula rembatan cik tasha dolu2..susah rasanya nak dapat gini..



kesayangan juga nihhh..





kalau nak tengok set grapes saiz biasa boleh klik {di sini}..

sampai bertemu lagi di lain masa..

salam sayang,





~My Ultimate Wexford Catch~





السلام عليكم
salam ahad..



tak semua sukakan koleksi lama..pasti ada kenangan di sebaliknya yang membawa kepada pencarian tegar seseorang yang bernama collector..begitu juga dengan koleksi wexford..hanya orang2 yang tertentu menggemarinya termasuk saya atas dasar imbasan kenangan pada kisah silam..

memang saya mencari cruet wexford ni..alhamdulillah dapat juga akhirnya..




apa itu cruet?..dari cik wiki..

A cruet also called a caster is a small flat-bottomed vessel with a narrow neck. Cruets often have an integral lip or spout, and may also have a handle. A cruet has a stopper, lid, or phoedelia. Cruets are normally made from glass, ceramic, or stainless steel.Cruets today typically serve a culinary function, holding liquid condiments such as olive oil and balsamic vinegar

2 biji cruet wexford dari kak bonnie amcorp..harga berbaloi-baloi..



tinggi berukuran 7 1/2 inci..



dengan ini saya mengisytiharkan pencarian wexford ditamatkan..hehe..boleh klik label di bahagian label [wexford] untuk melihat koleksi wexford saya yang lain..




sampai bertemu lagi..

salam sayang,




Sunday 18 December 2011

~Ahad yang mendamaikan....~






السلام عليكم
salam pagi ahad..



setelah beberapa hari mendengar hiruk pikuk 8 heroes di rumahku, terasa hari ahad ini cukup mendamaikan..lebih2 lagi pabila melihat keindahan tureen ini..anak2ku cukup seronok setelah beberapa hati menghabiskan masa dengan sepupu2nya..yang tinggal kini cuma gelak tawa, tangisan & cakaran2 hero2ku di rumah..hehehe..



cuba kita lihat bunganya~mendamaikan kan??



rembatan tureen berkaki ni dari kak amy stadium shah alam..



pemegang di penutupnya..



ayu sekali..



lebih kurang dengan tureenku yang terdahulu..cuma tureen di bawah ini lebih jelas & besar..boleh klik {di sini}..



sampai bertemu lagi..
selamat beristirehat..

salam sayang,




Thursday 15 December 2011

~Colourful Peonies~




السلام عليكم
salam tengahari khamis..



semenjak dua ni sibuk sangat..plus penat badan, penat minda..so arini nak menghabiskan sisa2 cuti tahunan yang masih berbaki..sedang menunggu juga ketibaan sepupu2 kesayangan si faris petang ni..hehe..


sambil mengemas rumah, sambil mengemas PML jua..kali ini set peonies yang berwarna warni dikeluarkan..seronok rasanya dapat cukupkan set japan ni..teko ni dah lama..saya sendiri pun dah lupa dari siapa..samada tasha or eis' antique..



then saya menambah anak2nya..dalam pic tak nampak kecunnannya..dah sampai, mak ooiiii..lawaaa sungguh!..terima kasih buat Abang Ibrahim Nazmi @ Iraif Gallery.. ;-)



bentuknya lebih kurang dengan cawan yang saya baru post kan n3..bentuk ala2 cawan JB..berat dan besar..




puas hatilah dapat melihat bunga PML yang jarang2 kelihatan..



sambil dok posing, si fariq suh masukkan angry birdnya sekali..sabar ajerlah..



bersatu sudah ibu & anak2nya..bunga di cawan sama besarnya dengan di teko..




sampai bertemu lagi..



salam sayang,




Saturday 10 December 2011

~Aladin & MJ Padi~




السلام عليكم
salam tengahari sabtu yang masih cerah..



dah abis seround kemas rumah..rehat jap ambil nafas..hehe..so play2 with my PML lah..hehe..baru teringat pada cawan MJ padi ni..keluarlah ia untuk posing2 di sini..dah lama dapat dari sorang seller di amcorp..dah lupa dari siapa, yang pastinya bukan dari seller2 yang biasa deal..kebetulan terserempak, rembat ajerlah..




tak sah si aladin kalau bukan anak2nya si MJ..



sajer2 padankan dengan sugar creamer jenis mrspot..




agak rare nak dapat padi jenis MJ ni..






sampai bertemu lagi..

salam sayang,




~Lovely Two Roses~




السلام عليكم
salam sabtu yang cerah..


cerah sunggh pagi sabtu ni..bagai menanti gerhana bulan pada malam ini..sebenarnya banyak kerja rumah menunggu..sebelum kita all-out dengan rutin harian, n3 jangan dilupakan, terapi mata saya yang sememangnya suka PML..


hari ni saya nak share lagi satu set bunga two roses japan yang sungguh cun melecun..tidak seglemer yang lain, tapi tetap meruntun jiwa..

dah lama rasanya dapat teko ni..dalam tahun 2009 gitu..


close-up bunganya..


dah lama sebenarnya usha cawan2nya..kak nur salam dulu penah share koleksi cawan ni..malangnya time tu kak nur belum tergerak hati nak letgo..


tak disangka2 selepas beberapa bulan selepas itu, kak nur open for sale..tapi masa tu terlambat nak meminang, dah dibooked orang..walaupun dah putus harapan & cawan sudah dipinang orang, masih mencuba lagi merisik kot2 ada yang tak jadi..nak dijadikan cerita, sebulan selepas itu cawan ini akhirnya selamat menjadi hak milikku..makanya cawan2 yang cantik ini berhijrah merentasi laut china selatan..itulah dia..kata orang tua2..kalau rezeki tak ke mana ;-)


cawannya cantik sekali..imitate dari design cinderella meakin..di dasar cawan ada kelim karipap yang tidak begitu jelas kelihatan..


ini pula piringnya..nampak kan ada kelim2 karipap..


memang bahagia apabila idaman hati dah di depan mata..
syukur alhamdulillah..



sampai bertemu lagi..
jangan lupa solat sunat gerhana bulan pada yang berkesempatan..

Sumber Info {Falak Online}..

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.




salam sayang,