Saturday 10 December 2011

~Lovely Two Roses~




السلام عليكم
salam sabtu yang cerah..


cerah sunggh pagi sabtu ni..bagai menanti gerhana bulan pada malam ini..sebenarnya banyak kerja rumah menunggu..sebelum kita all-out dengan rutin harian, n3 jangan dilupakan, terapi mata saya yang sememangnya suka PML..


hari ni saya nak share lagi satu set bunga two roses japan yang sungguh cun melecun..tidak seglemer yang lain, tapi tetap meruntun jiwa..

dah lama rasanya dapat teko ni..dalam tahun 2009 gitu..


close-up bunganya..


dah lama sebenarnya usha cawan2nya..kak nur salam dulu penah share koleksi cawan ni..malangnya time tu kak nur belum tergerak hati nak letgo..


tak disangka2 selepas beberapa bulan selepas itu, kak nur open for sale..tapi masa tu terlambat nak meminang, dah dibooked orang..walaupun dah putus harapan & cawan sudah dipinang orang, masih mencuba lagi merisik kot2 ada yang tak jadi..nak dijadikan cerita, sebulan selepas itu cawan ini akhirnya selamat menjadi hak milikku..makanya cawan2 yang cantik ini berhijrah merentasi laut china selatan..itulah dia..kata orang tua2..kalau rezeki tak ke mana ;-)


cawannya cantik sekali..imitate dari design cinderella meakin..di dasar cawan ada kelim karipap yang tidak begitu jelas kelihatan..


ini pula piringnya..nampak kan ada kelim2 karipap..


memang bahagia apabila idaman hati dah di depan mata..
syukur alhamdulillah..



sampai bertemu lagi..
jangan lupa solat sunat gerhana bulan pada yang berkesempatan..

Sumber Info {Falak Online}..

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.




salam sayang,




No comments:

Post a Comment

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..