Wednesday 30 March 2011

~Sis Rina Crochet's GA~




السلام عليكم
salam pagi rabu..





firstly thanks pada kak rina @ primerose touch kerana menjemput saya join GA ni..baru berkesempatan nak buat n3..kak rina saya kenal masa mencari2 crochet untuk dijadikan doily..kalau kawan-kawan perasan, doily yang selalu saya gunakan untuk shooting my PML guna doily hasil kerja tangan kak rina lah yer..memang kemas dan harganya memang berbaloi..boleh tengok pic di bawah..



dan hadiah untuk GA ini adalah..
CROCHET
kak rina belum decide lagi nak bagi apa...yang pasti, belum ada dalam blog ni dan dalam order...yang baru dan 'fresh from the oven' gitu...


jom kita tengok syarat2nya..


1) Mesti jadi follower blog saya
http://primrosetouch.blogspot.com (dah lama follow..)
http://musbarina.blogspot.com (yang ni baru follow..hehehe..)

2) Linkkan blog nie dalam blog anda
done

3) Buat entry ringkas tentang GA ni dalam blog anda
done

4) Utk yang tiada blog tetapi ada FB, sharekan link GA ni kat wall anda..bolehlah tagkan pada kengkawan yang tak kisah kene tag..he3
NA

5) Sila tinggalkan link anda dalam comment yer...mintak sgt2 jangan guna shoutbox..tq
done

6) Komen anda tentang blog nie..
menarik dan tertarik..suka sangat tengok koleksi crochet kak rina..memang plan nak tempah lagi..hehehe..

7)alamat di Malaysia sahaja
layak..

jom yer kawan2 kita join!!!!

tarikh tutup:
31 Mac 2011

salam sayang,





Monday 28 March 2011

~What's one thing you've always wanted in your life??..Almari Lauk!!~



السلام عليكم
salam tengahari isnin..



It has been years for me to have this almari lauk.. semasa menziarahi sanak saudara, mata akan meneropong ke dapur untuk melihat kelibat almari lauk ini..yang kadang2 yang diletakkan di luar rumah sahaja..tak bernilai almari lauk ini di mata2 yang tidak meminatinya..ayah & cik abang saya pun paham betapa kemaruknya saya pada almari lauk...hehehe..kalau ler dekat & ada pick-up pastinya saya akan hangkut balik ke rumah..



gumbira tak terkata bila zulkis hantar almari ni ke rumah..kalau ikutkan list nama saya masih ke bawah..tapi orang2 yang terdahulu tak minat nak memiliki almari lauk ini, maka berhijrahlah sudah ke teratakku..alhamdulillah rezeki..harganya amat berbaloi jika dibandingkan dengan usaha zulkis make-over & sekali penghantaran..terima kasih tak terhingga buat zulkis..


salam sayang,




Sunday 27 March 2011

~Tureen Maniac~



السلام عليكم
salam senja nan jingga..



penat sangat minggu ni..weekend pun ada workshop di hotel area PJ..tapi yang bestnya dekat2 ngan amcorp mall..hehehe..lunch time ajer berlari ke sana cuci2 mata..sempat ler bertemu dengan geng2 PML walaupun cuma seketika..percaya atau tidak, dalam masa 3 hari workshop, saya boleh berjumpa dan terjumpa kak fitty, abang anuar, nyonya lawa, abang baharin, zefa dan seller2 antik di amcorp mall..



dengan bateri yang boleh dikatakan dah blink blink..saya snap juga lagi satu tureen yang saya miliki..saya pun sebenarnya dah lupa mana saya dapat tureen ni..tapi yang pastinya dah lama dapat..tahun ni boleh kira dengan sebelah tangan apa yang dibeli..(maksudnya ada pengurangan..so oklah tu kan..hehehe..)..biarpun dah banyak tureen kita miliki, saya pasti geng2 PML kalau jumpa tureen yang berpatutan dan cun mesti akan rembat jugak..betul kan kan kann??.. ;-)


sampai bertemu lagi..

salam sayang,




Thursday 24 March 2011

~Otai Taj...My Sifu!~




السلام عليكم

salam malam jumaat..



Taj saya kenal melalui majalah apartmen..dulu selalu bersoksek ngan cik mat tentang kehebatan koleksi taj..dari situ jua, saya menghulurkan perkenalan dengan taj via ym..tak kekok berbicara dengannya walaupun pertama kali bertegur sapa..banyak sungguh menolongku mendapatkan koleksi2 PML yang sangat berharga..tak lokek berkongsi ilmu dan sangat kuat berceloteh seperti yang dapat kita lihat di blognya..info2 di n3nya pun banyak membuka mata collector2 PML tentang sejarah dan keistimewaan sesuatu koleksi PML..oleh itu tak keterlaluan jika saya katakan, taj memang sifu saya dalam PML ni..

saya memang suka membaca impiana dan anjung seri..saban bulan tak jemu saya mendapatkannya..pagi tadi selepas membeli isu terkini, teruja dan bangga sekali melihat rumah sahabat kita ini menghiasi majalah kegemaranku..lalu kubadikan di blog ini buat tatapan semua..




ruang tamu taj..cantiknyaaa....


pic ni saya close-up dari pic di atas..
bergegar jantungku melihat tureen2 poojaan hatiku..

siap ada email lagi..
sape2 nak kenal2 tu..apalagi..hehehe..



tengok tu..koleksi2 england mali..marbeless kan esp JB..huhu..


lagi koleksi ngancam jiwa dan raga..


susun atur pun memukau..


setting di meja makan..
kat atas ni koleksi apa yer taj?..ceq kenan..hehehe..



geng2 bakul nyonya..amacam??..meleleh??...hehehe..


bilik beradu..katil besi tinggi uolss..i likeee..


pengsan kan kalau ke dapur taj?..hehehe..


adusss..jiwaku kacau.. ;D


nak baca ulasan dengan lebih lanjut..
dapatkan impiana isu bulan april 2011


ramai2 kita serbu kedai mamak!!..
dapatkan sebelum kehabisan.. ;-)

sampai bertemu lagi..

salam sayang,





Monday 21 March 2011

~Pareek Johnson Bros Coffeeset~





السلام عليكم

salam isnin..


selalunya balik dah nak gelap..hari ni balik awal sikit..so sempatlah snap apa yang patut..dah lama jugak tak buat n3 PML kan..arini melepaskan rindu posing PMLku yang tersayang..

set 1950s Pareek JB ni cuma ada satu coffeepot, sugar creamer dan 4 set cawan..dari mana saya dapat set ni?..dari nora barangUK..dulu saya selalu beli dari ebay melalui nora..harganya memang berpatutan jika dibandingkan dengan harga di pasaran kita sekarang..

designnya klasik kan.
.


cawan ciliknya..



open sugar bowl & creamer jug..



coffeepot..




seperti biasa..cop mohornya..


sebelum mengundurkan diri, sekadar sesi luahan perasaan..
ada berita kedengaran ada yang tak suka masuk blog saya sebab selalu dok citer mana sumber saya dapat PML..bagi saya, blog saya..so suka hatilah saya nak citer apa pun..susah kan jika ada di antara kita ni ada phd..ada jer yang tak senang duduk..pada yang tak suka masuk blog saya tu>>tekan jer x kat atas tu..

dari melayan email yang bertanyakan di mana saya mendapatkan koleksi saya..adalah lebih baik jika saya terus menyatakan di mana saya perolehi PML di blog saya..sekadar panduan pada collector2 yang baru berjinak2 dalam koleksi PML..

kesimpulannya, sesungguhnya, kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak, selagi kita ni semua bernama manusia..


sampai bertemu lagi di lain masa..

salam sayang,





Sunday 20 March 2011

~Fraser's Hill~


السلام عليكم

salam ahad..



cuti sekolah dah berakhir..tiada percutian istimewa pada kali ni..hanya membawa anak2 berjalan2 ke bukit fraser..dari KL ke bukit fraser mengambil masa hanya 2 jam perjalanan..hampir 9 tahun tak menjejakkan kaki ke sini..dulu datang berdua..sekarang dah berlima..hehehe..

dalam perjalanan ke bukit fraser..akan melalui empangan sungai selangor yang cantik..



di kaki bukit fraser sementara menunggu untuk naik..kitorang makan2 dulu, solat..sempat jugaklah 3 hero tu merembat belon ultraman..


so kalau nak ke sana, timing elok2 time nak naik or nak turun..


dari kaki bukit ke bukit fraser hanya mengambil masa 20 minit..



sampai ajer di atas terus bergambar di trademark bukit fraser..menara jam besar dan pejabat pos bukit fraser..cantik sekali kan..




my precious three..


golf course..


balai polis 1919..cantik dan sangat colonial..


sesungguhnya teringin nak bermalam di sini..the smokehouse..lain kali nak booking awal2..


di taman awam..bermain2 di playground sambil bermain bubble..



menghabiskan waktu yang terluang..
di sini ada aktiviti memanah dan menunggang kuda..


ke medan memanah..
papa menunjukkan skill..



mama pula menunggang kuda dengan fariq..mula2 fariq yang takut..pastu dia pulak yang terlebih excited..


farihin yang berani naik sorang2..abang faris pulak yang penakut..tetiba nak beli tiket abang faris kata..mama..malas ler nak naik.. (alasan ler tu..faris takut sebenarnya..hehehe..)


tak banyak aktiviti menarik di sini..hanya permandangan yang cantik dan tempat ni amat sesuai untuk sesiapa yang hendak berbulan madu..sejuk, nyaman, tenang dan aman..


tiada apa yang dibawa balik..hanya seketui mug tanda kenangan..


salam sayang,