Friday 22 January 2010

~a Year Older but a Year Wiser~




salam jumaat 22 januari 2010...



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!



tanggal 22 januari 2.24 pagi tiba lagi..syukur alhamdulillah masih berdiri dan bernafas di muka bumi Allah..sape yang tak happy di hari yang hanya datang sekali setahun..hehe..sekiranya ibu masih ada..sudah tentunya ibu yang melahirkan diraikan sempena kelahiran kita..bukannya anak yang dilahirkan..betapa susah payah ibu bertarung nyawa melahirkanku 31 tahun yang dahulu..moga arwah ibuku dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

pic kat atas tu masa saya berumur 1 tahun di kampungku di jitra..di mana asal mak & ayah dibesarkan..tengok kan..kecik2 dah bergelumang dengan koleksi pinggan mangkuk..hehe..kalau kawan2 nak tau..yang kat belakang tu adalah koleksi wexford clear by anchor hocking cryst..pattern yang telah discontinued dari USA..kat kampung masih tersimpan elok, punch set, vase, butter dish & pinggan mangkuk yang lain..

di hari lahirku ini, terasa nak flash back memori2 indah zaman lampau..hehehe..zaman kecik2 adalah antara zaman yang paling seronok dalam hidup kita..lebih2 lagi dikelilingi oleh orang2 yang tersayang..

pics kat bawah nie nampak retro kan..
dikelilingi perabot2 lama, tv pun lama..kuda kayu pun lama..

bersama2 insan2 tersayang..yang telah pergi...
arwah mak, tok teh, tok chah, tokwan din..

pic ayah tak banyak dalam simpanan..sbb ayah kan official photographer untuk family pak hussain..hehe..pic nie ayah bersama adikku kienah..

beautiful bouquet of red roses from cik tasha...
mmuahh muaahhhhss..sebab ingat kat kiter..hehehe..
bunga roses pink yang romantis & marbeles dari kak intan..thanks sis.. ;)
kalau dapat real cenggini mesti happy tak terkata..
(dok bagi hint2 kat "sesorang"..hehehe..)

tak lupa buat bonda cik mat~Pn.Jamaliah yang menyambut hari kelahiran yang sama denganku..selamat hari lahir ye aunty the voque..moga sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi kesihatan yang sebaiknya..

sekian catatan di hari penuh bermakna.. ;)





25 comments:

  1. happy birthday yatt....moga sukses selalu....
    p/s erm..mizah penah amsuk hosp ijitra,hosp alor setar dan kedah medical center...'power' kan..pernah warded 4 kali rasanya dia tu..skrg ni lasak bukan main....

    ReplyDelete
  2. Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari. Semoga adikku Yatt sentiasa sihat walafiat dan dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah swt sepanjang hidupmu. Semoga murah rezeki dan gembira selalu...
    Amin.

    ReplyDelete
  3. SELAMAT ULANG TAHUN....SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEBAHGIAN YANG BERPANJANGAN...AMIN..

    ReplyDelete
  4. salam yatt.. happy birthday.. semuga panjang umur, sihat selalu dan murah rezeki utk yatt & family. Amin

    ReplyDelete
  5. salam yatt,

    Happy Birthday and May Allah SWT Bless You. I thought your birthday falls on the 21st. Rupa2nye 22 January. Semoga panjang umur dan dan dimurahkan rezeki (boleh beli pinggan mangkuk lagi, kot..hehehe).

    ReplyDelete
  6. Happy bday yatt!!! semoga sentiasa dlm rahmat Allah!!! semoga kekal bahagia di dunia dan di akhirat!!!

    ReplyDelete
  7. Dearest Yatt ,

    Happy birthday Selamat menyambut hari kelahiran , moga Yatt dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik selamat hayat dikandung badan serta di beri kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak , Amin . Malam ni gi candle light dinner la dengan geng kocik tu la sekali baru la meriah hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam Kelahiran Buat Yatt,220110-31 adalah satu angka bermakna buat kamu,suami & anak2. Muga dimuatkan kesihatan yg baik & diteruskan usia yg gemilang.Gapai kecemerlangan dimasa mendatang nie.
    "HAPPY BIRTHDAY" dah tua lum ?

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut ulang tahun yg ke 31 yatt yg tersayang.


    semoga yatt diberikan umur yg panjang di dalam keberkatan dan semoga dipermudahkan segala urusan.Amin

    ReplyDelete
  10. salam yatt..happy birthday to you...bagi petua camna boleh awet muda.
    semuga di limpahkan rezeki dan di panjangkan jodoh bersama suamit tercinta ...semuga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  11. SEMOGA YATT DIBERKATINYA DAN DIPANJANGKAN UMUR..HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAR !

    ReplyDelete
  12. salam yatt,
    hepi bestday... semoga dirahmati Allah selalu... comel la gambar yatt..yg kelakar dengan keliling pinggan mangkuk tu... terbawa sampai sekarang kan...

    ReplyDelete
  13. salam yatt..selamat hari lahir..semoga Allah sentiasa memberkati Yatt & keluarga..

    ReplyDelete
  14. salam yatt..epi besday moga sentiasa dalam rakmat dan nikmat Allah.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari lahir ke-31 untuk yatt, moga sihat sejahtera hendaknya, dimurahkan rezeki, panjang usia dan dilindungi Allah swt..terima kasih juga atas ucapan selamat hari lahir untuk "binda" aka "bonda" saya yeaa..hehehehe

    ReplyDelete
  16. hai kak yatt..
    selamat ulangtahun klahiran ke 31..semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati oleh-Nya...
    bes tgk pic akak masa kecik..dan al-fatihah buat semua kaum keluarga akak yang dah pergi...

    ReplyDelete
  17. Salam ulangtahun kelahiran buat Adik Yatt...juga kepada insan2 yg menyambutnyer pada hari ini...moga tercapai apa yg diimpikan yea Yatt...semoga diberikan kesihatan dan kebahagiaan..Amin.

    ReplyDelete
  18. salam d pagi mulia...

    happy birthday..semuga di panjangkan umur,,di murahkan rezeki..semuga kehidupan keluarga di penuhi nikmat yg mencurah dan semuga di beri kesihatan sepanjang hayat
    amin

    ReplyDelete
  19. salam yatt,
    selamat hari lahir...semuga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu...amin.

    bestnya yatt masih ada gambar2 kenangan lama...

    ReplyDelete
  20. Salam Yatt..
    Happy birthday to you...kak dah wish awal sehari kat FB hehe...anyway, kat sinipun nak wish sekali lg...happy selalu, murah rezeki, diberikan kesihatan terbaik & sentiasa berada dibawah lindunganNya...amin

    ReplyDelete
  21. salam yatt...
    hapy birtday buat yatt semuga beroleh lebih keberkatan di thn ini dan beroleh kebahagian dunia dan akhirat...btw kuda tu kalau ada lagi boleh buat decaupage...

    ReplyDelete
  22. Salam yatt..kak N dtg nak ucap selamat harilahir semoga diberkati sepanjang usia dan dimurahkan rezeki lagi untuk menambah koleksi antik tu...

    Pst : tgok pic yg mula tu dikelilingi mangkuk dan cawan..patut la sampai la ni jadi collector pinggan mangkuk..hehehe..

    ReplyDelete
  23. salam yatt..sorry akak dtg lewat sikit..hari ni bdn tak sihat sgt..anyway selamat hari lahir ke 31, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dikekalkan kesihatan yang baik...patutlah jadi ratu antik, kecik2 lagi dah dikelilingi barang2 antik..heheh

    ReplyDelete
  24. salam yatt
    maaf lewat ucapan..selamat hari lahir ke 31 semoga bahagia sentiasa mengiringi dan beroleh kesejahteraan berpanjangan..

    ReplyDelete
  25. salam yatt....

    hepi besday utk tokey antik ni.... kecik2 dh mewah ngan pinggan mangkuk.... mana x tumpahnyer kuah kalo tak ke pinggan kan... hehehe

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..