Thursday 14 January 2010

~Selamat Minoem Hexagon Teapots~




salam semua...


pagi2 blog walking ternampak n3 mukhriz dari pinggan mangkuk cawan teko berkenaan n3 cawan selamat minoes..so saya terpanggil nak buat n3 koleksi teko kotak saya yang serupa wordings tapi sedikit berbeza..ucapan selamatnya bukan SELAMAT MINOES tapi SELAMAT MINOEM..sepupu sepapat dia ler kot kan..mengenai sejarahnya boleh rujuk pada n3 beliau..

yang membuatkan saya begitu teruja dengan blog mukhriz nie adalah berkaitan dengan sejarah & asal-usul porcelain daripada jepun dan eropah..menarik bukan?..so lepas nie boleh kita tanya pakar rujuk mukhriz yang telah lama berkecimpung dalam hobi mengumpul pinggan mangkuk lama nie sejak tahun 90an lagi....dah lama pegawai pemantau nie mengintai2 tanpa meninggalkan jejak di blog2 collector2 pinggan mangkuk teko cawan lama..hehehe..

saya ada dua teko kotak yang mempunyai ucapan selamat nie..dua2 dari sumber yang sama..cik tasha antik..penah jumpe teko bulat selamat minoem dari seller chinese di amcorp mall..tapi tak terbeli..hehehe..saya suka teko nie kerana bagi saya unik dan terserlah keantikkannya..

yang nie standard size..pandangan hadapan..
wording dia slamat minoem..

pandangan belakang..

close-up..

yang nie pulak satu2nya teko kotak mini dalam simpanan..
wording dia selamat minoem..

pandangan hadapan..bahagian belakang plain jer..
close-up..

that's all for now..
tata..







12 comments:

  1. yatt, actually mmg tulisan dia selamat mineom tp cawan saya tu mungkin tersalah tulis atau saya salah baca......coz maklum la tulisan dia ni italic wording jadi kecil pulak...mata pun dah almost kabur dek kerana tingkatan usia...hehehe....saya bukan pakar dalam hal ini...cuma kebetulan saya suka mengkaji...dgn berblog ini saya akan dapat info maklumat yang lebih banyak....secara am nya...info melalui lisan agak goyah dan majority info saya dr sumber lisan...

    ReplyDelete
  2. selamat minoem ni bahasa nyoya baba kalau tak silap.untung 2

    ReplyDelete
  3. salaam yatt, teko nie shape dia biasa gak mcm teko2 kotak lain, yang buat dia precious tu umur dia yang dah berusia tu..dari mana dia datang..dan paling penting..slamat minoem iteww..lain dari yang lain..you are so lucky dear to own that teapot..jelesss tahap naga dah nie..muahhaaaa..

    ReplyDelete
  4. slm yatt...nak tanya made in indon ke...sebab spellingnya tu...

    ReplyDelete
  5. selamat minoem adalah ejaan bagi cina peranakan yang terdapat di singapura,melaka,pulau pinang, bandung dan batavia/jakarta.....mungkin juga bunyi lenggok bahasa ini terhasil oleh pergaulan seharain....seperti kita maklum....dari segi material mungkin cina peranakan di tanah seberang lebih mewah lantaran ladang2 kopi, cengkih dan rempah ratus melata di seluruh tanah jawa membuatkan mereka lebih berkuasa mempengaruhi cina peranakan di tanah melayu....melalui kebendaan....mereka mungkin menempah mengikut lenggok bahasa setempat dan ia kemudian di miliki oleh cina peranakan tanah melayu untuk menyama tarafkan kedudukan mereka.....cuma pandangan peribadi saya. mungkin ada yang lebih arif mengenai soal lingua franka ini....

    ReplyDelete
  6. salam yatt....tuu dia, teko "jin" sudah keluar:-)

    DARI PEKAN KE TANJUNG PINANG,
    BAWAK TEKO BUKAN KEPALANG,
    ADA YANG BUNGA ADA YANG BELANG
    SESUAI DIBUAT MINUM PETANG.

    ReplyDelete
  7. taj..
    hehe..iyer ke..sebab tu sy try nak zoom..tapi tak bape clear..berkenaan dengan sumber lisan tu masih boleh diambil-kira..kita penah belajar dulu bahawa asal-usul sejarah adalah dari yg bertulis mahupun lisan..walaupun secara lisan tapi ada kepentingannya..usaha taj tu amat berguna pada generasi akan datang..

    saya C&P dr website UKM..

    KEPENTINGAN SEJARAH LISAN
    Di Malaysia, serupa juga di negara-negara lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman lampau akan lenyap dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, email atau bertemu muka, tradisi menulis surat-surat yang panjang, penyimpanan catatan-catatan harian dan persediaan memo yang lengkap sudah menjadi kurang mustahak. Dalam keadaan seperti ini, Sejarah Lisan boleh menentukan supaya tidak semua perkembangan-perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah.

    Satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah negeri-negeri Melayu. Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi itupun hanya terhadap kepada kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius kerana di Malaysia tidak terdapat satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah Lisan boleh memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber yang ada untuk Sejarah Malaysia di abad ini.

    Di dalam usaha untuk memajukan penulisan sejarah Malaysia tidak semestinya penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu zaman. Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat biasa. Maka tajuk-tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu diberi tempat yang sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi bertulis berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang utnuk merakamkan warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.

    Penggunaan Sejarah Lisan sebagai satu alat pengajaran belum digunakan dengan sepatutnya. Sejarah Lisan berdasarkan kepada kenang-kenangan seseorang yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa yang penting dan maklumat-maklumat ini sungguh bernlai di dalam memahami perisitwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas. Sejarah Lisan adalah unitk kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. Pita rakaman dan transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan cara mengajar di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi lain. Muzium misalnya memberikan gambaran tambahan kepada penuntut-penuntut melalui pameran, bahan-bahan yang dipetik dari buku-buku dan filem-filem. Cara ini tidak dinafikan sebagai satu cara pengajaran yang berguna di dalam kelas. Walau bagaimanapun, nilainya terhad kepada keadaan pameran yang statik. Di sebaliknya pita-pita rakaman wawancara dengan tokoh-tokoh tertentu yang pernah memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat boleh memberi suatu gambaran yang berkesan untuk memahami masa yang lalu itu. Rakaman-rakaman ini boleh menggambarkan perkara-perkara bersejarah yang telah berlaku di samping ianya dapat menggambarkan aspek-aspek masyarakat yang sukar untuk dipamerkan.

    ReplyDelete
  8. haizul..
    hehe..thanks komen sini..saya pun masih belajar..kalau benar apa yg dikatakan..saya memang untung..hehe..

    ReplyDelete
  9. kak salmi..
    hehe akak..masa saya beli tu kan..saya rembat jer tanpa banyak soal sebab dia teko kotak..walaupun masa tu tak bape endah sejarah & usianya..sekarang dah ramai otai2 yang pandai pasal pingga mangkuk cawan teko antik..so kita boleh selalu refer kan..apapun memang untung..hehe..jangan jeless akak..boleh dpt lagi tu kat amcorp..hehe.. ;)

    ReplyDelete
  10. kak nor..
    wsalam akak..tu taj dah detailkan..tapi saya rasa dicustom made oleh orang peranakan tapi asal buatan diimport dari jepun berdasarkan cop mohornya..

    ReplyDelete
  11. taj..
    mungkin ramalanmu benar belaka..lagipun dah lama taj buat kajian kan..saya percaya & yakin apa yg diperkatakan..tapi saya nak balas komen di sini pun kurang arif..takut pulak nanti terajar ajaran sesat..hehe..

    dulu arwah mak cikgu sejarah spm & stpm..kalau dulu berputik minat, mesti boleh rujuk pada yang lebih arif..tapi buku2 sejarah arwah melambak2 kat kampung..nanti saya try baca yg berkaitan & share di sini yea.. ;)

    ReplyDelete
  12. cik mat..
    wsalam..meh saya beli pantunnya..hehe..

    DARI PEKAN KE TANJUNG PINANG,
    BAWAK TEKO BUKAN KEPALANG,
    ADA YANG BUNGA ADA YANG BELANG
    SESUAI DIBUAT MINUM PETANG.

    selamat minoem nama diberi
    tertera indah di teko segi
    alangkah indah juadah petang
    dihidangkan dengan mee maggi.. (hahaha..)

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..