Monday, 31 August 2009

~Underneath Pokok Klapak...~




salam merdeka yg ke 52 semua..

this time round i wanna follow my other frens' postings about pokok klapak @ pokok nyiok @ coconut tree (bukan cik coco noo..hehe)..

kak chemp, kak shas, kak sue, kak azah, kak khaty, tasha..
here they are..enjoy!..

i only have 3 cups & 1 saucer..i also bought another pokok klapak creamer jug a month ago from md iwan penang...but im afraid i cannot show here because it's still in penang..hehe..

the teacups are not in mint condition..have cracks and chips here and there but i still lurve them all..
i found them at my fave apek in kluang..

together with these teacups, i match them with the teapot which was a gift from kak welly laling..thank you soo much sis!..


lastly, let me finish the song..
underneath pokok klapak..i wait for another pieces of klapak..
i will buy and buy until i kopak..hehe..


that's all for now..
another n3 coming up..
tata..


Sunday, 30 August 2009

~Blue Floral Motif Teaset~




.:: pls click the picture to enlarge ::.

salam ahad semua..

tengah buat apa tu kakak2 & abang2?..saya arini memerap di rumah saja..malas pulak nak buat n3 panjang2..this is a very short n3..nak berkongsi ngan uols china teaset kaler baby blue nie..set nie saya dapat dari apek..masih elok tersimpan dalam kotak yang lusuh..sayangnya cuma ada 4 set cawan..atau mungkin juga set nie untuk 4 orang..apapun memang sweet je kaler motif bunga yang tak dapat dipastikan kali nie..hehe..

set nie saya gandingkan dengan piring leper celeste meakin sebagai penyeri teaset nie yang sedikit dull sekiranya dihidangkan begitu saja..setelah dikawinkan barulah terserlah keseriannya..


that's all for today..
selamat meyambut hari kemerdekaan esok..
tata..



Saturday, 29 August 2009

~Kangkung Tureens....My Dreams Came True!!..~






salam semua..

bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang mulia nie..alhamdulillah..baju raya anak2 dah beli..sehari dua nie sibuk soping raya..sebab tu jarang online..kalau online pun kejap je..sebab letih sangat soping & melayan kerenah anak2..tapi kiranya betul2 "shopping till you drop"lah..sebab penat sangat..hehe..

hari nie nak kongsi ngan uols..koleksi tureen kangkung..dah lama saya tercari2 ngan tureen kangkung nie..penah gak tanya otai kak fuziah & kak ajmah..tapi menurut kata diorang susah nak jumpa..tanpa kenal erti jemu..saya terus mencari..akhirnya dapat seperti yang diidamkan..oleh yang demikian..semua koleksi tureen kangkung nie akan kusimpan untuk warisan keluargaku...cheeewahh!!...

kalau yang tak minat kangkung for sure tak dapat melihat perbezaanya kan..oleh itu..meh saya perincikan..secara amnya..mangkuk tureen kangkung nie ada dua saiz..


yang nie mangkuk kangkung berdiameter 7" & berpenutup 7.5"


mangkuk kangkung berdiameter 7" & berpenutup 7.5"..
mangkuk dia lain sikit dari di atas..berlekuk di bahagian atas rim & sedikit sompek..


mangkuk kangkung berdiameter 6"& berpenutup 6.5..
bunga sedikit pudar..


mangkuk 4 seasons berdiameter 6"& berpenutup 6.5"...
yang nie lagi lama..bunga sungguh terang dan menyerlah.
.


sebagai sampingan..dua pelita penyeri set kangkung..
warna hijau memikat yang tingginya lebih kurang 7"..

yang nie agak lama..dah berkarat..


yang nie pulak keluaran baru..
amik gak sebab berbentuk unik seperti "root beer mug"..


that's all for today..
selamat berpuasa & selamat bershopping..
tata...


Wednesday, 26 August 2009

~Alhamdulillah..Missing Mums Found..~






salam semua..

amacam kawan2..dah tarawikh malam nie?..saya dok rumah saje melayan anak2..nampak gayanya bertarawikh sendiri ajer di rumah sementara anak2 masih kecil..teringat zaman bujang2 dulu..selalu ikut mak & ayah bertarawikh di masjid bagan..

malam nie nak show uols koleksi peonies..dulu saya pernah buat n3 pasal peonies nie tapi masa tu belum bertemu mak2 teko yang besar..sila klik {DI SINI}..so untuk tayangan perdana malam nie..secara eksklusif..saya akan memperkenalkan mak2 baru dalam famili nie..hehe..(psst kak sue..akhirnya tak meleleh lagi tengok teko peonies akak tu..sbb dapat juga saya miliki mak2 teko yang susah nak jumpa nie kan akak..)


nie gambar anak2 tergolek sebelum kedatangan mak baru..


mak teko yang ditunggu2 telah tiba..mak teko datang dari nogori 9..

anak2 berkepit ngan mak baru..hehe..

sekarang kita berkenalan dengan famili cina pula..nape famili cina?..sebab hanya orang cina yang kerapkali menggunakan teko & cawan berbentuk seperti di bawah..

anak2 cina 2 ketui dijumpai di apek..


then terjumpa mak teko cina peonies di kedai kak aj..
terus ym kak aj..hehe..


maka bersatulah anak2 ngan mak baru diorang nie setelah lama jejak kasih..


teko cinonet (one-cup teapot) nie pulak saya gandingkan dengan mangkuk lompang yang comel gak..


kalau koleksi pinggan pulak..saya cuma ada 2 keping piring leper 7" , 6 keping piring leper 8" dan beberapa keping pinggan makan mungkum 9" ...

tak ketinggalan oval bowls yang telah saya tunjukkan sebelum nie..



lastly..mangkuk berlarik2 & berliku2 yang saya jumpa di apek & digandingkan dengan sudu yang sepadan..kalau makan cendol or ABC guna mangkuk & sudu nie best gak kan..



kalau jumpa teko aladin kan meletopss..boleh digandingkan dengan cawan mulut lebar tanpa piring nie..so apalagi tasha..kalau jumpa jangan lupa calling2 k..



that's all for tonite..
selamat bersahur pada esok pagi..
jangan terbabas dah..hehe..
tata..


Sunday, 23 August 2009

~All Time Fave...Kekwa Pink~





teaset kekwa saiz kecil

salam ahad semua..

kekwa pink nie memang menjadi kegemaran & kegilaan ramai penggemar pinggan mangkuk lama..begitu juga dengan saya yang amat sukakan warna & design bunga kekwa yang klasik..sebab tu hari ni saya buat journal panjang lebar nie untuk rujukan saya kemudian hari..hehe..

sepertimana yang selalu kita tengok..kekwa pink nie mempunyai pelbagai rupabentuk & tona warna..


type 1

yang paling menarik perhatianku & paling femes..
sudah tentu type 1 (selalu refer term nie bila berchat ngan cik mat..hehe..)..untuk type 1 nie..saya mempunyai 1 teko bulat saiz besar & 1 teko bulat saiz kecil..manakala cawan mulut lebar cuma satu ketui..dan juga 4 piring leper 9" & 1 piring leper 8"..



kekwa pink type 1 : teko bulat besar & kecil


kekwa pink type 1 : cawan mulut lebar

yang paling sentimental value..tentunya piring leper 8" kerana saya amik dari kampung yang juga merupakan koleksi dari arwah tok.. saya jumpa di bawah sink & pernah dijadikan piring letak lilin..sayangnya pada kekwa pink nie saya pun kikis & buang selaput lilin yang menebal..


kekwa pink type 1 : piring 8" kepunyaan tok & piring 9"



Type 2

manakala type 2 saya ada mangkuk sedang, oval platter 12", teko bulat besar, teko aladin & 6 set cawan kecil & 3 set cawan mulut lebar..




kekwa pink type 2 : teko aladin


kekwa pink type 2 : teko bulat



kekwa pink type 2 : cawan kecil & mulut lebar


kekwa pink type 2 : oval platter 12"

last but not least..teko cina yang datangnya dari kak anim laling..bunga kekwa dia pun lain skit..kombinasi bunga kekwa & rose pink..(tasha yang perasan..sebab dia ada jual platter kekwa nie kat blog dia..hehehe..)
kekwa nie boleh le saya panggil type 3 pulak..hehe..tak penah lagi jumpa teko tu kat sini..sebab tu memberanikan diri meminang jauh nun di singapura..




kekwa pink type 3 : teko cina

that's all for kekwa pink i guess..hehe..see u when i see u..
selamat berpuasa my dear frens....
tata..



Friday, 21 August 2009

~Buat Semua Pengunjung Yatt's Precious....~




salam ramadhan semua..

bermula esok umat islam akan menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan yang penuh keberkatan & kemuliaan..
oleh yang demikian..
semua pengunjung Yatt's Precious dijemput untuk membawa pulang custom made eCard khusus untuk anda semua..

tak lupa jua eCard2 nie datangnya dari teman blogger sebagai tanda ingatan& ukhwah yang terjalin di alam maya nie.
terima kasih kepada teman2 yang menghulurkan kad nie..

kad pertama nie dari kak intan..
kad kedua pula terbang jauh dari negeri di bawah bayu..kak azah..

kad ketiga pula datangya dari kak chempaqa..

kad keempat pulak dr insan kreatif..suesafia..
kedua2 kad nie pula dari kak nannie..

kad seterusnya dari kak shas..
titipan dari kak ina kl..

nie pula datangnya dari intan saniah yg jauh di perantauan..

lastest from kak casa..thanks yea akak..
kartu tomey dari kak welly laling....

Tazqirah sempena menyambut ramadhan yang bakal menjelma..sama2 kita renungkan..


Adab berpuasa dan solat terawih
Oleh NAZMI AIDARUS

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.