Wednesday, 12 January 2011

~Colourful Floral Footed Tureen~




السلام عليكم
salam senja rabu..


bertemu lagi dalam edisi tureen..hasil rembatan eis' antique pada tahun lepas..asalnya tolong booking pada seorang geng antik..tapi beliau tak kenan..makanya saya menjadi penyimpan mohor2 besar tureen antik yang seterusnya..yang ke berapa?..hehehe..(maaf pada yang bertanya..tak dapat nak jawab buat masa sekarang.inventory dah lama tak update..)

cantik jugak kan tureen berbunga penuh ni..


close-up..






sampai bertemu lagi..

salam sayang,




Sunday, 9 January 2011

~Vintage Aynsley Coffeeset~





السلام عليكم
salam tengahari ahad..


n3 khas buat tatapan kak fitty..vintage aynsley coffeeset ni hasil rembatan onie..memang sangat cantik..berbaloi lah beli..hehehe..

takmo elaborate panjang2..let's the pics do the talking... ;-)






merujuk pada guides ebay {di sini}..cop mohornya ini dalam akhir tahun 1930an..lama jugak kan..tapi set ini masih cantik & tiptop condition..



salam sayang,




~Kejutan Kak Ryana~




السلام عليكم
salam ahad..



minggu ni tanpa disangka2 dapat parcel dari kak ryana @ my little house..setelah kotaknya dibuka, rupa2nya colander enamel yang dah lama kitorang deal dulu untuk barter2 PML..hehehe..


inilah dia colander enamel merah..cantik kannn..


close-up..


thanks ye kak ryana..dititipkan sekali barangan nescafe kegemaranku..
mug hijau sunshine actually kak ryana hadiahkan dua biji..tapi membernya terkorban dalam perjalanan..apapun syukur sangat dapat tengok mug hijau ni..betul2 surprise gift..


gelas sunshine merah nescafe & 2 sudu..semuanya saya suka bangettt..


lastly, terima kasih tak terhingga buat kak ryana atas ingatan..

salam sayang,




Saturday, 8 January 2011

~Lovely Climbing Roses~





السلام عليكم
salam senja sabtu..



hari ni nak share koleksi climbing roses..kalau seach tenet kita dapat lihat pelbagai species climbing roses..banyak sangat..kalau rajin sila compare namanya yer..yang pastinya bunga kecik berkelopak tu pun sejenis climbing roses iaitu altissimo..

dulu beli teko kotak cun ni dari cik tasha..tapi ada sedikit kecacatan..ada print defect..


tak lama kemudian eis offer teko kotak ni..sangat cun melecun..bunganya penuh..


dua teko kotak climbing roses..seimbas nampak sama..tapi sebenarnya susunannya berlainan sedikit..kak fitty pun ada kan teko kotak gini.. ;-)


tureen berkaki climbing roses ini pula dari kak amy stadium shah alam..penutup bunganya kaler oren tapi bunga pada mangkuknya warna pink..hentam sajerlah labu..asalkan lawa di pandangan mataku..hehehe..



sampai bertemu lagi..

pstttt kak fitty..
esok n3 yang saya janji yer..masih dalam kotak..hehehe..

salam sayang,




~Happy Birthday CMG!~



HAPPY BIRTHDAY CIK MAT!!!...



n3 khas yang sedikit terlewat buat sahabatku cik mat gebu di hari bahagianya..kitorang sebulan tapi tak sebintang..namun berkongsi minat yang sama..moga sahabatku terus dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan dimurahi rezeki di sepanjang tahun 2011 ini..aminn..

salam sayang,





Tuesday, 4 January 2011

~Sehari Bersekolah Bersama Faris~




السلام عليكم
salam selasa..


bertemu lagi dalam edisi ragam anak2ku ke sekolah..khas buat tokwan yang tersayang yang nak lihat cucu2nya..sama seperti farihin..faris bersemangat bangun awal2 pagi..

sempat skodeng aktiviti di dalam kelas..disebabkan terlambat dapat duduk di barisan ketiga..hehehe..


sesi perkenalkan diri..diapit ngan anak dara orang..hehehe..



sebelah petangnya pula sekolah rendah agama di masjid al-ghufran yang dinamakan sekolah rendah agama balai islam TTDI (serambi)..

(gambar ihsan google)

satu kelas darjah satu dalam 35 orang..sangat bising dengan hiruk pikuk murid2 baru..hehehe..kebanyakan di sini merupakan rakan2 setadika faris dulu..happy jer faris..



alhamdulillah semalam semuanya berjalan dengan lancar & seperti yang diharapkan..faris & farihin dua2 tiada masalah..mama papa pun boleh berkerja dengan aman..

salam sayang,




~Farihin's First Day School~





السلام عليكم
salam pagi selasa..



semalam merupakan hari yang cukup memenatkan..menguruskan persekolahan 2 orang anakku yang baru melangkah ke sekolah/tadika baru..dari pagi sampai ke petang terkejar2 ke sana ke sini..

kalau hari tu dah citer pasal hari pertama sekolah faris..tak acilah kalau takde pula citer pasal farihin pula..hehehe..semalam 3 januari 2011, merupakan hari pertama tadika 5 tahun untuk si farihin..walaupun farihin baru menjangkau umur 4 tahun disember lepas..saya setia memilih tadika hasanah di pinggir TTDI..tadika faris dahulu..


farihin belum dapat uniformnya..tapi disebabkan ingin menaikkan semangat pertama kali bersekolah, saya pakaikan baju faris yang lepas..ternyata berjaya..cikgu tadikanya memaklumkan si farihin langsung tidak meragam..


secara fizikal memang nampak farihin kecil sedikit..namun berhati waja..tak serupa macam abangnya faris yang pertama kali ke tadika..langsung farihin tidak menangis mahupun merengek..respek betul ngan si farihin..disebabkan farihin cool & steady, dengan senang hatinya saya tinggalkan farihin dan pegi usha2 abangnya pula di SKTTDI2..


seimbas dah nampak sama saiz farihin dengan fariq kan..lagi 2 tahun giliran adiknya pula di sini yer..insyaAllah..


belajar rajin2 yer farihin..
jangan nakal2 & jangan malas2 nak baca buku..

salam sayang,




Sunday, 2 January 2011

~The Old Mill JB Pink~



السلام عليكم
salam ahad..





koleksi pembukaan tahun 2011..koleksi the old mill johnson bros..sama seperti TOM coklat saya dulu..boleh klik {di sini}..

sangat suka koleksi JB..namun amat susah nak dijumpai dalam keadaan sempurna & lengkap..jalan mudah kita roger2 sahaja otai kita..saudara taj..hehehe..

teko cun..


cawannya..


creamer jug


open sugar bowl..


dah juga ingin menayang folk art yang ditempah dari Ira @ Pink Vintage..cun kann..berbaloi rasanya menunggu hampir setengah tahun..sangat sangat cantik!..





sampai bertemu lagi..

salam sayang,