Tuesday 4 January 2011

~Farihin's First Day School~





السلام عليكم
salam pagi selasa..



semalam merupakan hari yang cukup memenatkan..menguruskan persekolahan 2 orang anakku yang baru melangkah ke sekolah/tadika baru..dari pagi sampai ke petang terkejar2 ke sana ke sini..

kalau hari tu dah citer pasal hari pertama sekolah faris..tak acilah kalau takde pula citer pasal farihin pula..hehehe..semalam 3 januari 2011, merupakan hari pertama tadika 5 tahun untuk si farihin..walaupun farihin baru menjangkau umur 4 tahun disember lepas..saya setia memilih tadika hasanah di pinggir TTDI..tadika faris dahulu..


farihin belum dapat uniformnya..tapi disebabkan ingin menaikkan semangat pertama kali bersekolah, saya pakaikan baju faris yang lepas..ternyata berjaya..cikgu tadikanya memaklumkan si farihin langsung tidak meragam..


secara fizikal memang nampak farihin kecil sedikit..namun berhati waja..tak serupa macam abangnya faris yang pertama kali ke tadika..langsung farihin tidak menangis mahupun merengek..respek betul ngan si farihin..disebabkan farihin cool & steady, dengan senang hatinya saya tinggalkan farihin dan pegi usha2 abangnya pula di SKTTDI2..


seimbas dah nampak sama saiz farihin dengan fariq kan..lagi 2 tahun giliran adiknya pula di sini yer..insyaAllah..


belajar rajin2 yer farihin..
jangan nakal2 & jangan malas2 nak baca buku..

salam sayang,




No comments:

Post a Comment

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..