Sunday 29 December 2013

Barter❤Cantik❤PuasHati



السلام عليكم

salam petang ahad..



 gigih kubuat n3 di petang hari ini..begitu teruja untuk berkongsi hasil barter yang sekian lama diperam kerana masing2 sibuk dengan urusan masing2..hehe..akhirnya berjaya mengatur pertemuan dengan kakak manis di amcorp tengahari tadi..


amacam?..cantik tak teko gumuks kekwa merah ni..bukan calang2 untuk dibarter..yang dibarter dari saya juga teko gumuks yang kusayang..


 tidak kusangka, teko kekwa merah ni datang sekali dengan tiles antik yang bordernya berona coklat dengan ros ungu berdaun hijau di tengah..walaupun kakak manis berkali-kali mengatakan tiles ni tak berapa cantik, tetap nak saya war-warkan kat sini...cantik giler!!..
coklat-coklat ni memang kucukup suka...



 insyaAllah, akan kubingkaikan kemudian hari untuk menghiasi rumah baruku nanti..


untuk kakak manis 
kak ema merah jambu
terima kasih tak terhingga..moga Allah dapat membalas segala kebaikan dan kemurahan akak dari dulu sehingga sekarang..mmmuah!!
 

2 comments:

  1. salam yatt,,, cantik sangat teko gemuk tuu dan tiles coklat tuu,, bertuah badan yatt,,, tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak aina..tq tq..rezeki jangan ditolak..hihi..mana lagi nak cari tiles yg cantik2 kan akak..kalau nak jonker mau dah ratus2..huhu..

      Delete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..