Sunday 20 February 2011

~Nikmat Sihat~




السلام عليكم

salam semua..

seumur hidupku ini..ini kali kedua saya telah jatuh sakit dalam masa yang agak panjang..semua call, sms, komen tidak dibalas..kerana saya benar2 sakit..EL & MC dalam tempoh 2 minggu selepas anak2 saya campak..hari ni saya mula boleh menguruskan diri & anak2 dan juga rumah..doakan saya moga saya cepat sembuh..terima kasih pada teman2 yang bertanya khabar..

terbaca artikel yang sangat mengesankan ke lubuk hatiku....saya copy paste dari sumber {di sini}..sama2 kita ambil iktibar..

Apabila Allah ingin menarik sesuatu nikmat daripada kita, sekejap sahaja nikmat itu akan ditarik daripada kita, dan kita tidak lagi dapat lagi merasai dan menikmati apa yang telah Allah kurniakan sebagaimana sebelumnya. Dan di saat nikmat itu telah hilang, barulah kita mengakui betapa besarnya nikmat tersebut, yang mungkin selama ini tidak pernah kita sedari dan syukuri.


Tidak perlu pergi jauh-jauh, lihat dan renung sahaja nikmat kesihatan yang Allah berikan pada kita saat ini. Dengan adanya nikmat tersebut, kita boleh belajar, bekerja,makan, bersukan, dan melakukan semua perkara yang diingini. Kita mampu bergerak cergas ke mana sahaja tanpa halangan kesihatan.

Tetapi andai nikmat kesihatan ditarik, semua aktiviti lain akan turut terganggu. Kita hilang fokus pada pelajaran dan kerja, hilang selera makan, tidak boleh beribadah dengan sempurna, tidak mampu tidur nyenyak, lesu, pergerakan yang terbatas dan kita mungkin hanya mampu terlantar di atas katil. Malah, kita mungkin tidak mampu menguruskan diri sendiri dan perlu kepada bantuan orang lain.

Di saat ini, barulah disedari betapa bernilainya nikmat kesihatan yang telah Allah berikan kepada kita yang hanya dipandang remeh selama ini. Kita hanya mensyukuri nikmat yang terzahir di mata: wang, rumah, kereta, keluarga, syarikat, tanah, kebun, dan sebagainya tetapi melupakan nikmat yang satu ini; yang jika ditarik Allah, nikmat-nikmat lain tidak lagi akan memberi apa-apa erti buat diri kita.

Di saat ini, barulah disedari betapa lemahnya kita, seorang manusia. Walau siapa pun kita, sekuat dan sepandai mana pun kita, kita boleh ‘dilumpuhkan’ oleh makhluk-makhluk seni dan ‘senjata’ ciptaan Allah. Dengan segala vaksin, supplement dan ubat-ubatan yang ada sekarang, kita yakin tubuh badan kita mampu menangkis segala bentuk serangan penyakit. Tetapi kadang-kadang kita lupa siapa yang berkuasa di sebalik semua ini. Allah sahaja yang Maha Berkuasa mendatangkan penyakit, dan Dia juga yang Maha Berkuasa menyembuhkannya.

Di saat ini, barulah jiwa seorang hamba terasa ingin kembali kepada Penciptanya yang selama ini dilupakan dan diingkari. Barulah terbayang segala dosa yang telah dilakukan. Barulah perasan sedikitnya amalan soleh yang dibuat. Barulah terasa ingin beribadah dan memanjatkan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Tetapi apakan daya, di saat jiwa ingin kembali kepada-Nya, halangan kesihatan membantutkan hajat kita. Lalu terbit sesalan di hati,

“Kenapalah aku tak buat semua ni masa tengah sihat dulu..”

Sesungguhnya, pada setiap penyakit yang Allah datangkan kepada kita, ada peringatan yang Allah ingin sampaikan, ada hikmah yang Allah ingin kita ambil pengajaran, dan ada kebaikan dan pahala yang Allah ingin berikan kepada kita.

Dan selalulah memperingatkan diri bahawa sekelip mata sahaja nikmat sihat boleh ditarik daripada diri kita. Syukuri nikmat tersebut dengan menggunakannya pada jalan ibadah dan menghambakan diri kepada-Nya. Nabi SAW sendiri telah memperingatkan kita dalam sabda baginda,

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, yaitu kesihatan dan waktu lapang.”

(HR. Al-Bukhari no. 6412)

Sama-sama kita mengambil pengajarannya, insya Allah




Wednesday 9 February 2011

~Old Enamel Tiffin Carriers~





السلام عليكم
salam rabu..



cantik kan bekas sia ayan lama yang kalerpul ni..saya tak pasti keluaran tahun bape..yang penting ia memang lama..kena tanya abang pojai & kak ell..hehehe..depa pandai bab2 sia2 lama ni..hasil rembatan kak ema kajang..ada yang bertanya samada kak ema menjual atau tidak..jawapannya kak ema baru mula2 nak letgo barangnya..boleh bertanya pada kak ema sendiri di fb beliau>>Antik Ros Merahjambu..sia ni pun kak ema letgo sebab bukan ros..kalau ros jangan haraplah yer..hehehe..

tiffin kuning keorenan yang paling tinggi 4 tingkat..sama jer saiz setiap tingkat..


tengok tutupnya..mmg jenis lama


yang ni rendah sikit ajer dari yang atas..masih berpenutup & tangkai yang sama..cuma sikit beza..pastu kalau perasan, di tingkat paling bawah paling besar..untuk isi nasi putih atau lauk berkuah memang sesuai kot kan dolu2..



hat ni yang paling cute..cuma 3 tingkat..tangkainya besi keseluruhannya..tapi pada penutupnya pun ada motif bunga..



ketiga2 tiffin enamelku..


pada yang tertinjau2 di belakangnya..sesi ulangtayang..
porcelain tiffins..semuanya dari haizul..



saya masih cuti arini, menjaga dan melayan karenah dua beradik yg dikuarantinkan.. si kecik pun dah terjangkit..ni pics dua beradik yang sedang kegatal-gatalan dan garu-mengaru antara satu sama lain..hehehe..pic sebelum mandi..dalam pic tak nampak pulak measles..


sampai bertemu lagi..
tata..

salam sayang,






Tuesday 8 February 2011

~Roses Everywhere!~





السلام عليكم
salam selasa..


arini coti2 dok rumah sebab anak keduaku farihin demam campak..berjangkit dengan abangnya yang kena minggu lepas..harap2 cepat yer baik anakku sayang..sebab nak simpan cuti untuk raya nanti..hehehe..

sementelah kuberada di rumah..membawa keluar rete karun yang tersimpan untuk dikongsi di sini..semuanya dah lama dalam simpanan..baru berkesempatan nak snap..tak banyak barang baru yang dirembat sekarang disebabkan masalah penempatan..

bavarian chocolate pot jauh datangnya..rembatan aris shabby shaq..sampai bulan puasa yang lepas..cik abangku dah rasmi bancuh teh di dalamnya masa waktu berbuka di kedainya..sampai 3-4 hari jugak..saya ada gak tanya..katanya belum sampai ..nak dijadikan cerita, kuternampak pic diorang berbuka puasa di fb..huh!..rupanya diorang dok guna kat kedai..angin ler kejap..best kata diorang sebab besarrr punya choc pot ni..puas bancuh air teh di dalamnya..huhu..sabo ajerlah..


kejadian choc pot ini sungguh indah..jadilah dapat seketui pun..



tureen bulat ni dari wan penang..dah lama juga rasanya wan tak dapat tureen kan..gamaknya tureen dah pupus dek hunter PML yang mengganas sekarang..hehehe..


pinggan mungkum di belakangnya pula adalah hadiah dari kawan abangku..johnson bros..sangat cantik!..psssttt taj..u penah jumpe ke teaset bunga nihh??..sangat sangat cun!..


tureen bujur ni yang saya dapat waktu awal2 kolek si tureen berbunga2..dari madam teh amcorp di pertengahan tahun 2009..

dua tureen bujur & bulat..sama bunganya tapi tak serupa..

tak lupa..
selamat hari lahir buat adikku sakinah hussain..
sampai bertemu lagi

salam sayang,





Sunday 6 February 2011

~Gracious White Swan Lake~




السلام عليكم
salam pagi ahad..




alang2 snap set hitam semalam, kucapai teko kotak berona sama untuk kukongsikan di sini..teko kotak ni juga dapat dah lama..dari tahun 2009 dari cik tasha antik..jarang kan nak lihat teko2 bercorak permandangan gini pada teko kotak..

close-up motif..kelihatan seekor angsa putih sedang berenang2 dengan gemalainya di tasik bersendirian..berlatar belakangkan pepohon yang rendang dan belukar di tepian tasik..


dan juga kelihatan burung2 berterbangan di angkasa..


di penutupnya pula kepulan awan seperti di badan teko..



ini sahaja yang ada..belum penah bertemu sedara maranya..


sampai bertemu lagi..

salam sayang,




Saturday 5 February 2011

~Ros Hitam Nan Ayu~



السلام عليكم
salam sabtu..



dah selalu sangat n3 bunga2an kaler pinkish..so arini kita jamu mata tengok design PML bunga ros yang berona hitam putih tapi sangat menarik hati..set ni saya beli dari qamarul aka bang long..anak sulung kepada makjah..sangat berbaloi harganya walaupun merentasi laut china selatan..dah lama set ni sampai tapi baru hari ni terpanggil nak buat n3..




awal2 dulu masa berkecimpung dalam dunia PML..piring2 ni memang banyak di apekss pudu..kalau yang biasa ke sana dah tau, apekss sana kalau boleh nak ajer clearkan rak & stor dia..tapi seperti biasa saya selalunya ambil sedikit sahaja untuk kegunaan sendiri..sempat le rembat 6 ketui piring kuih ni..



cawan cilik..


coffeepot..


cute kan sugar creamer..


children set


sampai bertemu lagi..

salam sayang,





Friday 4 February 2011

~Sadler England Teapot~




السلام عليكم
salam jumat..




tengah nak warm-up..baru balik bercuti dari johor..tak dapat ke kampung cik abang di kampung bentong kluang sebab banjir..so menumpang tido di rumah makcik..nanti2 nak share catatan perjalanan bertemu rakan2 PML..so arini just nak share teko sadler england..tu jer emboss di montot..



sekali sekala beralih angin ke benua sana pulak..harganya pun sama ngan harga teko kangkung sekarang..so peluang jangan dilepaskan..


cantik kannn..seakan garland dikeliling teko..


kejadian teko yang penuh seni..


kakinya..


tak lupa nak khabarkan..
ini hasil rembatan Fa @ Beautiful Pottery..



sampai bertemu lagi..
tata..

salam sayang,





~Sis Aida's CNY Giveaway~





السلام عليكم
salam 1 Malaysia..

belum terlambat nak ucapkan GONG XI FA CHAI buat semua penganut agama Budha..sempena CNY juga kak aida @ al kesah mengadakan GA julung2 kali diadakan..GA ini adalah penghargaan kepada kengkawan yang sama-sama mencorakkan dunia PML dan semoga persahabatan kak aida dan kengkawan di alam maya dan realiti berpanjangan hendaknya..

Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Mestilah jadi follower aida dulu ye..done
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda..done
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment..done
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye
(Postage purposes)..done

HADIAH PERTAMA
set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum


HADIAH KEDUA
Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring


jom ramai2 kita join yer..
esok tarikh tutup penyertaan..
sabtu 5 feb 2011


salam sayang,