Saturday 9 April 2011

~Sis Kinah Wedding Day~




السلام عليكم
salam pagi sabtu..



2 April yang lepas majlis perkahwinan adikku sakinah & andy..majlis kali ni di adakan secara sederhana..majlis akad nikah di masjid bagan ajam di sebelah pagi..


muka kakaknya wajib enterframe..hehehe..


anak perempuan terakhir yang mendirikan rumahtangga..tinggal yang adik lelaki jer yang belum selamat..hehehe..



dengan 2 kali lafaz, kinah selamat menjadi isteri andy..


daripada zaman kakak, saya, dan kedua2 adik perempuan saya semuanya mas kahwin ditetapkan oleh ayah..rm3636..

simbolik wang mas kahwin rm3636..
yassin adalah surah yang ke36 dan dalam ayat 36 dalam surah tersebut..
36. Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.


bersama ayah dan makcik..


sejurus selepas akad nikah terus ke dewan seri kenanga, bagan ajam..ada bacaan tahlil..

pengantin tiba dalam busana ungu yang menawan..


di meja makan beradab..


manakala sesi bergambar bersama kaum keluarga diadakan di rumah..


buat kinah & andy..
selamat melayari bahtera perkahwinan..
moga kekal ke akhir hayat..aminnnn..

sampai bertemu lagi..
salam sayang,




1 comment:

  1. Tahniah pd sis yatt ya..muga berbahagia disamping suami tercinta & dpt menikmati kerukunan rumah tangga selamanya & mendapat zuriat soleh/solehah. amin.

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..