Sunday, 10 April 2011

~From Farm to Table~





السلام عليكم
salam tengahari ahad..



n3 sebelum tu saya ada tunjukkan kawasan pernternakaan itik ayah saya..sehari lepas majlis perkahwinan adik saya, kami sekeluarga ada kenduri itik pula..pengantin dah takde sebab pegi berbulan madu di pulau..tajuk n3 di atas mencilok tajuk n3 ayah di fotopages..hehe..

hari itu, 4 ekor itik nila putih terakhir dikorbankan untuk anak dan cucu pak hussain..

tengok tu..fresh from the farm..


itik ditimbang dulu..purata dalam 4 kg..


tuan empunya yang menyembelih..



we olls yang membersihkan bulu2 dan memotong itik2 tersebut..yang bestnya, berkat ada adik2 ipar yang kedua2nya chef di sunway resort..maka menu hari tu disediakan oleh chef erul..hehehe...kakak2nya cuma datang merasa..

inilah menunya..ringkas tapi sodappp hingga menjilat jari..daging itik ni sangat marbeles...ayah cakap daging itik ini lagi sedap dari daging itik yang biasa..

kari itik dengan ubi mengala (kentang)..


goreng pun sodap..abis dikerjakan adik-beradikku..


berpiknik di belakang rumah..angin pun sepoi2 bahasa..sangat2 best..


ni lah chef of the day..erul..


aish makan dengan lahapnya..


sekian catatan ringkas sehari di ladang pemancing ikan..
enjoy & kenyang... ;-)

salam sayang,





~Kemuncup Biru in D' House~




السلام عليكم
salam pagi ahad..




dah lama saya kepingin teko kemuncup biru ni..zaza, kak aida, kak fitty pun tau kan..hehehe..walaupun designnya biasa2 ajer..tapi kesusahan mendapatkan teko ini membuatkan saya sangat2 menghargainya..sebelum ni asyik terlepas ajer..eis jual terlepas..kak yon jual pun terlepas..jodohku dengan teko kemuncup ni sangat2 lambat..hehehe..akhirnya jatuh ke tanganku..




awal2 dulu saya dapat dalam kotak yang lusuh..set of 4..4 pinggan makan leper, 4 piring kuih, 4 cereal bowl, 4 cawan dan 4 piring.



penantianku tidak sia2..akhirnya dapat teko ni dari kak zaitun loken..zany yang tolong ambilkan since forever takkan kusampai ke sana..hehehe..terima kasih yer dik..


tetiba ajer set ni berseri kan dengan kehadiran hot mommy ni..


pastu sugarpot mrspot dari cik tasha kot..


moral of the story..

sabar itu separuh dari imannnn... ;-)

salam sayang,




Saturday, 9 April 2011

~Terbaik dari Ladang Pak Hussain!~




السلام عليكم
salam petang sabtu..



ayahku baru sahaja pencen awal tahun ni..jadi di kelapangan yang ada, ayah mengusahakan ladang ternakan itik di belakang rumah..agak luas dan selesa buat itik2 itu..hehe..lagi selesa dari rumah atas angin anaknya yang dok KL..hehehe..

inilah ladang pak hussain..



terasa tenang, aman dan damai bila berada di sini..jika dibandingkan dengan hiruk pikuk kota..di belakangnya sawah padi yang terbentang luas..ada itik hitam, putih, angsa, ayam belanda berkluk kluk bila disergah..dulu ayah kata ada jugak ayam bela ayam tapi habis mati bila sekali banjir naik..itik2 survive sebab boleh berenang..


then nak dijadikan cerita di hari lawatan sambil belajar ke ladang/reban ayah, farihin telah "membunuh" seekor anak ayam belanda/ayam peru kesayangan..tengok2 dah terkulai layu..huhu..sorry ya ayah..cucu wan ni ganas rupanya..ada jer idea yang tidak disangka2.. :(



itik nila putih..bulu2nya sangat putih bersih cantik..


si blackie berenang dalam kumpulan..ada itik jenis brown, black, green head, white neck dan lain2..



arnab pun ada..



anak2 kota yang keriangan bermain2 di dalam kawasan itik2..mesti masing2 terbantut nak bertelur sebab budak2 ni buat bising..hehe..



sekarang heboh diperkatakan tentang telur tiruan..susah2 sangat saya import ajer telur2 dari sini..confirm telur organik!..hehe..ayah ada berseloroh, nanti bulan posa boleh jual telur masin..hehehe..selepas ni akan kukongsikan detik2 menuai hasil ternakan ladang itik pak hussain..

sampai bertemu lagi..

salam sayang,




~Sis Kinah Wedding Day~




السلام عليكم
salam pagi sabtu..



2 April yang lepas majlis perkahwinan adikku sakinah & andy..majlis kali ni di adakan secara sederhana..majlis akad nikah di masjid bagan ajam di sebelah pagi..


muka kakaknya wajib enterframe..hehehe..


anak perempuan terakhir yang mendirikan rumahtangga..tinggal yang adik lelaki jer yang belum selamat..hehehe..



dengan 2 kali lafaz, kinah selamat menjadi isteri andy..


daripada zaman kakak, saya, dan kedua2 adik perempuan saya semuanya mas kahwin ditetapkan oleh ayah..rm3636..

simbolik wang mas kahwin rm3636..
yassin adalah surah yang ke36 dan dalam ayat 36 dalam surah tersebut..
36. Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.


bersama ayah dan makcik..


sejurus selepas akad nikah terus ke dewan seri kenanga, bagan ajam..ada bacaan tahlil..

pengantin tiba dalam busana ungu yang menawan..


di meja makan beradab..


manakala sesi bergambar bersama kaum keluarga diadakan di rumah..


buat kinah & andy..
selamat melayari bahtera perkahwinan..
moga kekal ke akhir hayat..aminnnn..

sampai bertemu lagi..
salam sayang,




Friday, 8 April 2011

~Kak Ina Manjung's GA~









saya join lagi GA blogger..kali ni undangan dari kak ina manjung @ Terimalah Aku Seadanya dan blog terbarunya Di Sebalik Rahsia Hati..terima kasih yer kak ina..

agak lama juga saya kenal kak ina..di awal2 jadi blogger..penah berchit chat di alam maya..sangat kagum dengan kecekalan kak ina & cik abang mengusahakan blogshop mereka secara online..moga Allah merahmati & akak sekeluarga dimurahi rezeki..

enough bebeling..jom kita tengok pulak hadiah2nya dari tempat pertama hingga keempat..menarik bukan?..nak baca dengan lebih lanjut boleh klik {DI SINI}..


syarat2nya pula..saya kopipes..

1. KENA JADI FOLLOWER KE DI KEDUA-DUA BLOG SAYA-Terpulang jadi follower boleh tak nak pun boleh...tiada paksaan...

2. KENA LETAK LINK KEDUA-DUA BLOG KE - Juga terpulang kepada anda letak boleh tak nak pun tak mengapa..

3. KENA BUAT N3 TENTANG GIVE AWAY INI KE - Terpulang tiada paksaan...

4. KENA TINGGAL LINK ATAU ALAMAT EMAIL-(yang tidak mempunyai blog)..DI POST COMMENT...- SYARAT SAH PERNYERTAAN ANDA WAJIB MENINGGALKAN LINK/JEJAK DI POST KOMEN DI KEDUA-DUA BLOG SAYA.Terimalah aku seadanya dan Di sebalik Rahsia Hati sebagai syarat sah penyertaan...jika tinggal komen di post komen di satu blog saja bermakna tidak sah penyertaan anda.. sebarang komen di chat box tidak di kira sebagai penyertaan.

5. HADIAH MISTERI UNTUK FOLLOWER

6.. TARIKH PERNYERTAAN - 6/4/2011 sehingga 1/5/201


JOM RAMAI2 JOIN!!!...

salam sayang,






~Calling for Cawan Two Tones Pink Roses~




السلام عليكم
salam malam minggu..



setelah hampir 2 minggu sibuk dengan urusan kerja..kini tiba masanya hujung minggu menjelma..rasa nak update membuak2..nak marathon rasanya n3 esok dan lusa..hehehe..insyaAllah..

so n3 pembuka minggu ni just nak share teko2 two tones pink roses yang dah lama dapat..tapi sayangnya belum bertemu anak2nya..puas sudah menunggu..tapi kupercaya..kalau ada rezeki tak ke mana..percaturan dengan PML memang menuntut kesabaran yang tinggi..

seperti biasa..kalau ada seller2/runner2/geng2 PML nak jual cawannya,
sila roger2..

sampai bertemu lagi..
salam sayang,




Friday, 1 April 2011

~Sama Tidak Serupa~




السلام عليكم
salam pagi jumaat..




saya memang suka mengumpul teko bulat..especially teko bulat jepun yang kalerpul..dulu kalau terjumpa di apekss atau online bunga yang belum saya ada, pastinya saya rembat..so arini saya just share yang sempat saya snap yang mempunyai warna, bunga yang sama tapi susunan sahaja yang membezakannya..seimbas semua nampak sama sahaja kan..teko2 ni saya dapat dari eis' antique dan juga cik tasha..

yang ni paling saya suka..
sebab sama dengan teaset yang saya beli dengan taj dulu..




lebih kurang ajer kan..


yang ni lebih simple..


sampai bertemu lagi..
tidak online pada weekend ni..hari bahagia adikku.. ;-)

salam sayang,