salam pagi ahad..


Casa dela Rosa adalah salah sebuah hotel di Cameron Highlands..antara kenangan saya berbulan madu di sana 7 tahun lepas..hehe..
Casa dela Rosa bermaksud
House of Roses..hari nie bukan nak bercerita tentang fantasia bulan madu kitorang..tapi nak share ngan kawan2 koleksi
J&G Meakin Rosa..yang indah "berbunga" di rumahku..hehehe..padaku set meakin rosa warnanya amat romantis..sesuai sekali untuk digunakan sambil menikmati bulan madu yang sungguh
lovey-dovey ..
J&G meakin rosa actually ada ada jenis..rosa pink & rosa hitam..yang membezakannya adalah cop mohornya dan kelim karipap pada pada pinggan mangkuk rosa pink..sepertimana kita tahu, rosa pink lebih lemah gemalai & halus buatannya..walaupun polos tapi masih cantik berseni..si tasha antik menggelarkan rosa pink CINDERELLA..
~ROSA PINK~
cop mohor rosa pink yang berwarna "pink"
teko rosa pink memang menawan..saya ada 2 ketui..lagi seketui takde penutupnya..

creamer rosa pink dari wan penang..

6 ketui piring rosa pink..
cawannya ada 4 ketui yg padan dengan rosa black..

inilah keluarga rosa pink..

~ROSA BLACK~ 
cop mohor rosa black berwarna "black"
teko gebabss bulat nie saya ada 3 ketui..cuma seketui yang dapat elok dengan penutupnya dari kedai antik taliban, seketui dari tasha tanpa penutup & akhirnya saya berjaya dapatkan seketui teko rosa tanpa penutup di apekss!!..walaupun takde penutup, harusku rembat..mana dik non ooi nak cari teko meakin kat apekss!..hehehe..(yang dua teko tu saya pinjamkan dengan penutup bukan meakin..)

coffeepot gebabss tanpa tutup juga jumpa di apekss..adusss..sape tak gumbira bila melihat coffeepot rosa yang rare nie tergolek di apekss..hehehe..


ketiga2 bentuk rosa black..

yang depan tu teko mini rosa gebabss dari kak bonnie amcorp..cuba tengok tombol penutup juga lain sikit..suak sangat teko mini nie..comeyyy jer..lebih kurang saiz creamer tu jer kan..

saya cuma 3 set cawan rosa black..
lagi 3 ketui menjandass..

dua creamer jug rosa black..dua saiz yang berlainan..
rasanya dari kak bonnie kot..lupa pulak..

tureen rosa dari mrsnor..cereal bowl dari apekss..

pelbagai pinggan rosa yang hanya saya beli serba satu di apekss..
oval platter 14", dinnerplate 10", piring leper 9", 8", 7" & 6"

that's all for romantic sunday morning..

~Hugs & Kisses~
