Saturday, 16 January 2010

~Vintage Electric Porcelain Teapot & Coffeepot~





salam pagi sabtu semua...



actually mommy2 nie dah catwalk dulu..cuma hari nie nak detailkan electric "kettle" yang ada dalam simpanan..kedua2nya saya rembat dari kak hanim laling tanpa electric power cord..(akhirnya kakak lalingku dah keluar dari bertapa..hehe..)

suka sangat dengan electric "kettle" nie..kalau ada lagi nak jer nak menambah..hehe..tapi tak pasti samada "kettle" ni masih boleh digunakan atau tidak...jom layannnn...


electric teapot yang petama nie sama bunganya dengan teko malang kak sue antik dulu..sama juga bunganya dengan teaset mukhriz @ taj yang complete..harap2 ada rezeki meminang teaset tu..hehe..cop mohor kat montot dia cuma bertulis japan 220v 350w (powernya)..

pandangan hadapan..
close-up bunga cinta lestari..hehe..

pandangan belakang.. male inlet..


electric coffeepot 4-5 roses nie pun cun gak..

pandangan hadapan..

pandangan belakang..

male inlet di bawah tangkainya..

that's all for now..
tata..
selamat hunting yea kawan2 sekalian.. ;)






~MrsNor's Giveaway~




salam semua..


just nak war2kan give away sorang blogger tersohor..dari mrsnor kita..takde syarat penyertaan..cuma tinggalkan komen di giveaway n3 beliau..hadiahnya barangan deco seperti di atas..
tarikh tutup 29 Januari 2010..
JOM JOM JOM..





Thursday, 14 January 2010

~Selamat Minoem Hexagon Teapots~




salam semua...


pagi2 blog walking ternampak n3 mukhriz dari pinggan mangkuk cawan teko berkenaan n3 cawan selamat minoes..so saya terpanggil nak buat n3 koleksi teko kotak saya yang serupa wordings tapi sedikit berbeza..ucapan selamatnya bukan SELAMAT MINOES tapi SELAMAT MINOEM..sepupu sepapat dia ler kot kan..mengenai sejarahnya boleh rujuk pada n3 beliau..

yang membuatkan saya begitu teruja dengan blog mukhriz nie adalah berkaitan dengan sejarah & asal-usul porcelain daripada jepun dan eropah..menarik bukan?..so lepas nie boleh kita tanya pakar rujuk mukhriz yang telah lama berkecimpung dalam hobi mengumpul pinggan mangkuk lama nie sejak tahun 90an lagi....dah lama pegawai pemantau nie mengintai2 tanpa meninggalkan jejak di blog2 collector2 pinggan mangkuk teko cawan lama..hehehe..

saya ada dua teko kotak yang mempunyai ucapan selamat nie..dua2 dari sumber yang sama..cik tasha antik..penah jumpe teko bulat selamat minoem dari seller chinese di amcorp mall..tapi tak terbeli..hehehe..saya suka teko nie kerana bagi saya unik dan terserlah keantikkannya..

yang nie standard size..pandangan hadapan..
wording dia slamat minoem..

pandangan belakang..

close-up..

yang nie pulak satu2nya teko kotak mini dalam simpanan..
wording dia selamat minoem..

pandangan hadapan..bahagian belakang plain jer..
close-up..

that's all for now..
tata..







Wednesday, 13 January 2010

~Fitty's Pinky Rose Cottage Giveaway~






salam semua..



kali nie saya join giveaway from kak fitty yang terkenal dengan koleksi roses yang mengancam kalbu & menusuk hingga ke jantung hingga membawa signal ke otak untuk berfikir ligat untuk berusaha memperoleh koleksi yang setanding dengannya..hehehehe..

antara syarat2 penyertaan..
saya C&P from her giveaway entry..

1. for this giveaway, only my followers are eligible, so if you aren't one of them, become one now.. :-)
Yes Yes!!..I am your follower..hehe..

2. This giveaway is open to those who resides anywhere in Malaysia ONLY..
Damansara Perdana jer..by hand pun boleh..hehe..

3. Winners will be picked by using random generator and to increase your chances of winning, you can do any of the following:
- Leave a comment on this post ONLY = 1 entry
- Blog about it = 2 entries ( you have to come back here and inform me in this post ONLY, so that I can check and verify)
Tadaaaaa..dah siap n3 pun..


giveaway ends this coming 28th January 2010


apalagi kengkawan..jom join giveaway kak fitty..
nampak tak pic kat atas tu..itulah hadiahnya..hehe..







~Grapes from China~





salam pagi rabu..



dari england kita ke tanah besar china pulak..
sesi ulangtayang balik set grapes china mali..hehe...layannnn..

set pertama yang saya rembat dari otai di amcorp awal tahun lepas..
masa nie baru nak berkenal2an dengan otai.. ;)

ada satu teko bulat & 6 set cawan piring.
.

coffee pot dari tasha..


cofeepot nie yang padan dengan creamer yang saya beli dari otai..



as usual kalau saya jumpe mangkuk nasi mesti saya rembat serba dua..
cantikkan mangkuk grapes..



next jom kita tengok grapes children teaset..cute jer kan..
ramai dah ada set nie..semua dari sumber yang sama..hehehe..
kaler children teaset nie agak kebiruan..lain sikit dari set grapes di atas..


coffeepot


sugar creamer set..


set cawan..


keluarga grapesku..



that's all for today..
tata...





~Kempen Ribbon Blogger-We Care~




salam semua..


berat sama dipukul, ringan sama dijinjing...
boleh baca maklumat lanjut di blog mrsnor..
the least we can do to help unfortunate friends out there...






Sunday, 10 January 2010

~CASA dela ROSA~




salam pagi ahad..





Casa dela Rosa adalah salah sebuah hotel di Cameron Highlands..antara kenangan saya berbulan madu di sana 7 tahun lepas..hehe..Casa dela Rosa bermaksud House of Roses..hari nie bukan nak bercerita tentang fantasia bulan madu kitorang..tapi nak share ngan kawan2 koleksi J&G Meakin Rosa..yang indah "berbunga" di rumahku..hehehe..padaku set meakin rosa warnanya amat romantis..sesuai sekali untuk digunakan sambil menikmati bulan madu yang sungguh lovey-dovey ..

J&G meakin rosa actually ada ada jenis..rosa pink & rosa hitam..yang membezakannya adalah cop mohornya dan kelim karipap pada pada pinggan mangkuk rosa pink..sepertimana kita tahu, rosa pink lebih lemah gemalai & halus buatannya..walaupun polos tapi masih cantik berseni..si tasha antik menggelarkan rosa pink CINDERELLA..

~ROSA PINK~


cop mohor rosa pink yang berwarna "pink"

teko rosa pink memang menawan..saya ada 2 ketui..lagi seketui takde penutupnya..


creamer rosa pink dari wan penang..


6 ketui piring rosa pink..
cawannya ada 4 ketui yg padan dengan rosa black..


inilah keluarga rosa pink..



Photobucket

~ROSA BLACK~

cop mohor rosa black berwarna "black"

teko gebabss bulat nie saya ada 3 ketui..cuma seketui yang dapat elok dengan penutupnya dari kedai antik taliban, seketui dari tasha tanpa penutup & akhirnya saya berjaya dapatkan seketui teko rosa tanpa penutup di apekss!!..walaupun takde penutup, harusku rembat..mana dik non ooi nak cari teko meakin kat apekss!..hehehe..(yang dua teko tu saya pinjamkan dengan penutup bukan meakin..)


coffeepot gebabss tanpa tutup juga jumpa di apekss..adusss..sape tak gumbira bila melihat coffeepot rosa yang rare nie tergolek di apekss..hehehe..


ketiga2 bentuk rosa black..


yang depan tu teko mini rosa gebabss dari kak bonnie amcorp..cuba tengok tombol penutup juga lain sikit..suak sangat teko mini nie..comeyyy jer..lebih kurang saiz creamer tu jer kan..


saya cuma 3 set cawan rosa black..
lagi 3 ketui menjandass..


dua creamer jug rosa black..dua saiz yang berlainan..
rasanya dari kak bonnie kot..lupa pulak..


tureen rosa dari mrsnor..cereal bowl dari apekss..


pelbagai pinggan rosa yang hanya saya beli serba satu di apekss..
oval platter 14", dinnerplate 10", piring leper 9", 8", 7" & 6"



that's all for romantic sunday morning..



~Hugs & Kisses~