Sunday, 29 November 2015

~Almari Cermin dan Penyangkut Kot/Topi Antik ~




Assalamualaikum...
salam pagi ahad..



ceria sungguh pagi ahad yang tenang...saya ingin berkongsi kegembiraan mendapat almari kecil berukuran 2 kaki lebar yang mempunyai cermin dan yang menariknya beserta dengan jubin antik..gembira tidak terkata!!!


di atasnya terdapat besi penyangkut untuk diletakkan kot..katau rajin google..di Indonesia dipanggil kapstok kuno/antik ataupun juga lepas diterjemahkan juga melalui google translate sebagai penyangkut kot..hehehe..ia adalah simbol status dan keagungan pemilik kolonial yang menjajah..

juga dipanggil 'Antique Hall Stand'
  a tall piece of furniture with a mirror, several pegs or arms for hats and other articles of clothing (eg:coat), a rack for umbrellas, and a compartment for storage



bagi saya, almari cukup cantik dihiasi cermin hiasan berwarna hijau di kiri dan kanan cermin..ditambah pula dengan jubin yang senada..just perfect!..ditokok tambah pula dengan set Johnson Bros yang juga berwarna hijau..hehehe..



mengikut kata penjual ia merupakan milik seorang kerabat diraja Kedah..saat penjual meletakkan almari ini untuk dijual, terus saya pm..ternyata rezeki saya memiliki almari yang sungguh cantik ini..harga yang ditawarkan juga agak munasabah dengan kondisi almari ni..masih cantik dan terjaga..



saya pernah melihat almari seakan ini di rumah seorang kenalan dan dia mengatakan dia mendapatkannya dari sebuah kedai antik di Jonker Street dengan harga yang amat lumayan..sejak dari saat itu, saya menyimpan niat untuk mendapatkan almari ni..omputih kata by hook or by crook saya nak juga cari yang sama..hehe..alhamdulillah terlaksana..


ini adalah jubin/tiles antik pada cermin tersebut..gambar ini saya penah simpan sejak dari dulu untuk rujukan..hehe..bukan pic saya ye..dari hasil carian google.. 



lastly, terima kasih buat penjual yang bersusah payah menghantar ke rumah..jazakallah..






Saturday, 11 April 2015

~Set Aladin Ros Hitam Jambatan~




السلام عليكم

 coretan peminat pinggan mangkuk lama..


sang suami selalu bertanya...tak cukup ke dengan koleksi yang sedia ada sekarang..pml memenuhi ruang sana sini ternyata menyesakkannya..si isteri tidak menidakkan mahupun mengiyakan kenyataannya..tetapi bila minat si isteri mengatasi segalanya..akan tetap diusahakan tempat di mana sahaja waima hanya tersimpan kemas di dalam kotak..

masanya akan tiba wahai sang suami..


si isteri leka melihat kecantikan pml..


kecantikannya ternyata menjadi pengubat penat sang isteri yang penat pabila pulang dari mencari rezeki..


maka bersabarlah sang suami melayan minat si isteri



tinggal DUA (2)  sahaja lagi idaman hati..rayu si isteri..


mudah-mudahan si isteri akan menutup segala bab buku pml dengan segera..dan sang suami akan tersenyum gumbira...

I Love You Sang Suami




Saturday, 28 March 2015

~Set Aladin Two Tone Rose~





السلام عليكم


tinggal beberapa hari lagi menunggu saatnya GST dilaksanakan sepenuhnya di negara kita yang tercinta..nampak gayanya semua perbelanjaan harus diuruskan dengan bijak..termasuklah perbelanjaan yang berkenaan dengan hobi dan kesukaan kita..kalau di sini sudah tentunya berkenaan dengan PML..nasib baik hanya tinggal sebelah tangan sahaja barang idaman hati yang dicari..

dan pencarian set two tone juga turut dihentikan serta merta di saat saya bersetuju akad dan beli item terakhir two tone dengan sahabat PML di fb..





alhamdulillah syukur ya Allah di atas nikmat yang telah diberikan..





Thursday, 1 January 2015

~Set Aladin Kekwa Merah~




Salam Tahun Baru 2015M
Salam Maulidur Rasul 1436H




posting pertama di tahun baru..moga jadi pemangkin untuk terus mendapat apa yang dicita2kan..insya Allah


ungkapan yang selalu saya ulang..manisnya mengumpul PML..memupuk sifat sabar dalam diri..jangan mudah mengalah....





set antik kekwa merah yang sentiasa menjadi kegilaan saya..








  inilah yang sangat ditungu-tunggu...



finally..kekwa merah family potrait...