Showing posts with label wild roses. Show all posts
Showing posts with label wild roses. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

~Sel Aladin Wild Roses~



السلام عليكم
pagi ahad yang mendung..


sekadar luahan hati di  pagi ahad..tibalah bulan september yang kukira agak mencabar kebiziannya..huhu..my stress level pun sedikit sebanyak akan naik dan naik dan naik..
 

moga Allah permudahkan urusanku, urusan keluargaku, urusan kerjaku dan segala jenis urusan yang dituntut di bulan september ini..




sedikit sebanyak PML ini mereda kekusutan di mindaku..


kalau dibuat ujian stress eg cortisol, norepinephrine, adrenaline bla bla...pasti semuanya mencanak2 naik..



Ya Allah.... permudahkanlah..jangan dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan...
Amin ya Rabbal A'lamin...



salam sayang,






Monday, 13 February 2012

~Wild Roses Gumukss Menggoda~



السلام عليكم
salam tengahari isnin..



lama tak update blog..mencuri-curi masa bermain dengan PML kesayangan..so arini ingin kukongsikan lagi satu set wild roses yang baru bertemu anak2nya..



setelah ibunya kesepian buat seketika..



gumbira bertemu anak2nya bermulut lebar..






tower of beautiful cups..




tona warna tidak serupa 100%..tapi dah cukup puas hati..




maka bersemadilah keluarga bahagia ini di yatt's precious..






anak2 ini boleh saja dijaga oleh ibu2nya yang lain..hehe



sampai bertemu lagi di lain ketika..

salam sayang,





Friday, 3 June 2011

~Puasa di Bulan Rejab~



السلام عليكم
salam jumaat..

sedar tak sedar kita dah di bulan rejab..sedikit tazkirah di pagi jumaat yang mulia..boleh baca dengan lebih lanjut {di sini}..semakin menginjak usia semakin amalan sunat ini kita tinggalkan..plus saya di zaman persekolahan dulu ramai "tukang peringat" kat rumah eg ayah & kakak..now semua atas inisiatif sendiri nak ingat..insyaAllah tahun ni saya cuba yang termampu..begitu juga dengan PML..nak banyakkan jugak berpuasa..hehehe..

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”



selamat beramal...

sampai bertemu lagi..

salam sayang,


Monday, 13 December 2010

~Lagi Pertemuan Geng Antik~




السلام عليكم
salam petang isnin..



ahad lepas lagi pertemuan dengan geng2 antik di amcorp mall fleamarket..bukan gathering..hanya berjanji dengan rakan2 antik yang ingin memberi & menerima barang2 jualan PML..

bertemu dengan kak rohas dari teratak rohas yang selama ini selalu bertegur sapa di ym..kak rohas datang dengan anak daranya & juga anak terunanya..semua pics ni dicilok dari kak rohas memandangkan ku terlupa utk membawa memory card..*sigh*..thanks yer sis..



dan juga pertemuan pertama dengan rizal ceker ayam @ old school yang selama ini hanya bertegur sapa di blog & juga sms..beliau ngan kakaknya, kak hanna sama2 berkongsi hobi..



inilah hasil rembatan semalam..4 ketui cawan wild roses..



diposing bersama2 yang lain untuk memeriahkan keadaan..


insyaAllah..kalau di lain masa bertemu lagi..

salam sayang,


Saturday, 14 August 2010

~Roses Galore~




السلام عليكم
salam 4 Ramadhan..


dah petang2 begini dah tak reti nak menggoreng ayat..dok terpkir nak goreng ayam & ikan jer nanti..hehe..layan ajer pics bunga roses seakan2 wild roses tapi dalam versi yang lebih kembang..kalau nak tengok wild roses boleh klik {di sini}..

teko bulat ada dua..
tetapi mempunyai orientasi bunga yang berlainan..


bunga yang menjalar ke atas..dari cik tasha..


bunga yang menjalar ke bawah..
dari kak ajmah yang menjual secara pakej dengan teko aladin..


teko aladin yang saya maksudkan di atas..
cun bukann??..


teko kotak dari pemborong teko kotak cik tasha..
pun rare..sebab tu saya sambar jugak..
saya juga penah beli teko kotak yang sama tapi kaler oren..
boleh klik {di sini}..


5 cawan cilik dari wan penang yang serasi bersama..


roses parade...



selamat bersilat di dapur
&
selamat berbuka..

salam sayang..




Friday, 2 October 2009

~Aidilfitri di Sedenak~




salam malam jumaat..

seperti yang dijanjikan..malam nie mari kita tengok apa yang saya dapat semasa berkunjung ke rumah cik mat aidilfitri ke4 yang lepas..setelah abis beraya di rumah sedara mara di batu pahat dan on the way ke rumah SIL di kota tinggi..kitorang singgah sebentar di sedenak.. sampai ke sedenak lebih kurang jam 6 petang....

dari tol sedenak ke rumah cik mat lebih kurang 15 minit..first time sampai ke area nie..sepanjang perjalanan hanya ada permandangan kelapa sawit yg menghijau..berpandukan sms cik mat, maka selamat sampai juga ke teratak indah cik mat..hehe..senang sungguh & tak sesat langsung..

kedatangan kitorang dijamu dengan bihun goreng seafood spesel air tangan cik mat yang sedap ..merasa juga ler masakan chef yang tersohor nie..jangan jeles..bukan setakat bihun, kuih-muih & kek lapis semua disediakan sendiri oleh tuan rumah..sedap wooo..

borak2 ngan mak ayah & abang mohamad yang peramah gak cam cik mat jugak..hehe..
sambil2 tu sempat snap apa yang patut..sampai ke dapur saya buat spotcheck..hehe..berkenan sangat tengok lemari antik kat dapurnya..tapi lupa pulak nak snap..dalam pukul 7 petang kitorang dah beransur..lagipun masih jauh perjalanan ke felda tunggal..

sekarang saya tunjukkan pulak tanda ingatan dari cik mat pula..macam program EG pulak kan cik mat?..hehe..

cuba uolss tengok pic kat bawah nie..dulu cik mat penah hadiahkan saya 2 ketui piring cawan..kali nie pula 2 ketui side plate yang sepadan..

maka jadilah 2 set trio old mill farm..
manakala coffee pot nie pula satu2nya mill farm OC keluaran baru yang saya beli di gudang claytan air itam..so kiranya takat nie saya ada serba 2..teko, set cawan & piring kuih..
(dari batu pahat tu..jalan jam teruk ke tol air itam..so kitorang masuk ke simpang pekan air itam untuk ke tol machap sebelum meneruskan perjalanan ke sedenak..bolehlah cuci mata & tangkap teko mill farm nie..sempat lagi tu kan..hahaha..)

nie pula teko mini wild roses..juga dari sedenak..suka sangat sebab saya pun belum ada teko saiz mini nie..

lastly, titipan istimewa cik mat..oval plate blue ice yang menggoda..saya cuma ada seketui piring cawan..kalau ada sesapa nak letgo teaset blue ice nie habaq kat saya noo..



that's all for tonite..
for cik mat..thanks for your hospitality during our visit..
kalau ada rezeki kita jumpa lagi..

~xoxo~