Sunday 28 February 2010

~Ilham Dari Yang Lama~





salam semua..






bertemu lagi..sorry sebab lama tak post n3..penyakit "M" menyerang...nanti mood kembali saya post n3 yang lain ye..hari nie cuma nak berkongsi tureen japan & tiffin yang mempunyai motif yang agak sama..


tureen yang mempunyai motif daun anggur yang tersembunyi di balik tombolnya..boleh nampak kan..


bekas don't-know-what..
hadiah membeli tureen di atas dari seller yang baik hati..



inilah tiffin keluaran baru yang melestarikan corak lama untuk diabadikan..hasil barter dari kak ryana..amat cantik untuk dijadikan deco di rumah..


that's all for now..
tata..




Friday 26 February 2010

~Salam Maulidur Rasul~





Salam Maulidur Rasul 1431H


salah satu cara kita menunjukkan tanda cinta kita kepada baginda Rasulullah SAW adalah dengan memperbanyakkan salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW..selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam..

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".
(Surah Al-Ahzab: 56)


Sabda Nabi SAW :
“ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “
( Hadis Riwayat Thabarani )



Maksudnya:
"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


sekarang pulak saya menyusuri kenangan silam..
teringat lagu nasyid yang selalu dimainkan & dinyanyikan sewaktu kita sekolah rendah dulu..tahun 1980an..

Junjungan Mulia
(Al-Mizan)

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


semoga kita semua tergolong dalam umat yang mencintai Rasulullah SAW dan umat yang dicintai baginda..InsyaAllah..Selamat Bercuti!..







Tuesday 23 February 2010

~Koleksi Buluh Emas $$~




salam semua..

bertemu lagi kita dalam episod buluh emas..dah janji pada adik ezany..pelbagai sumber saya dapatkan buluh emas nie..malangnya..setiap satu tidak lengkap..kalau diizinkan..nak jugak merembat set buluh emas yang serba lengkap dan sama motif, kaler & asal buatannya..seperti mana yang kita tahu dari namanya..nak mendapatkan buluh emas yang lengkap memerlukan xtra $$..hehehe..


semua buluh emas dalam simpanan saya mempunyai motif yang asas..permandangan semulajadi jepun..wajib ada gunung fuji, pokok buluh betung..betung bermaksud sebangsa buluh yang besar..dan tak lupa unsur air samada lautan ataupun sungai...seperti biasa..dalam cawan, cik geisha oshin setia menemani korang di bawah pepohon buluh..hehehe..(malas nak snap..dah penah tengok kan..)


set yang pertama..
set buluh emas yang dilimpahi dengan kaler pink yang lebih feminine..amat sesuai untuk collector wanita..ada kapal layar di lautan..cuma ada seketui teko aladin dan sepasang cawan geisha..



set yang kedua..motif yang lebih kaya..ada tambahan pokok pine, japanese hut di tepian sungai & sebuah jambatan untuk menyeberangi sungai..cuma ada seketui teko aladin & 3 ketui cawan kecik jandas yang motifnya ada sikit kelainan berbanding aladin tu..



set yang ketiga..
ada pokok pine & japanese hut di tepian sungai yang mengalir..
tapi takde jambatan..maybe tak masuk dalam budget RMK?? kot..hehehe..
ada seketui teko, 2 sugar bowl, 1 creamer jug & 6 piring dudas berhias yang menunggu pasangan pada sesiapa yang sudi..hehehe..
please roger2 me ye.. ;)



set yang keempat
sama dengan set yang ketiga..tapi versi langsing..cuma ada satu teko langsing, 1 sugar bowl, 1 creamer jug dan 2 ketui cawan jandass..



last but not least..teko aladin langsing yang single-mingle..
yang nie pulak macam permandangan di muara sungai..
ada pokok pine, japanese hut & kapal layar..


kelima2 motif yang berlainan pada teko2ku..


that's all for my gold bamboo collection..
tata..






~Cucu Betong~






salam selasa..



dulu saya dah masukkan n3 buluh betung nie..boleh klik {DI SINI}..
selepas n3 dibuat..saya dapat panggilan dari mama heritage..beliau ingin menghadiahkan teko bulat buluh betung..kasihan katanya sebab set saya tak beribu..orang cakap rezeki jangan ditolak..so teko nie dah bertukar milik..buat mama heritage..jutaan terima ksih diucapkan..kalau ada lagi yang nak sedekah padaku yang baru nak bertatih2 nie.. jangan lupa khabar2kan ye..hehehe.. ;)




kemudian saya menambah lagi sebiji teko mini dari kak azzah..



dulu mug hanya seketui..sekarang dah berdua..hehehe..



cawan & pinggan nie hasil barter saya dengan kak shas dulu..



that's all for buluh betung..

coming up next..adik beradiknya>>>buluh emas...







Monday 22 February 2010

~J&G Meakin Sunshine~





salam isnin..



meakin kembali..teko gumukss sunshine yang saya gandingkan dengan escort2 sunshine yang berlainan motif..takyah citer panjang..jom kita layan keindahan meakin yang tiada tukar gantinya..


sugar creamer & platter 12"..
mempunyai motif bunga ros yang sungguh menawan..



that's all for today..
tata..





Saturday 20 February 2010

~Bercanda Di Pasiran Pantai~





salam sabtu semua..


hari nie nak berkongsi set kelapa..yang menemukan saya dengan mr.goh..buat kak chemp yang bertanya..alkisahnya saya terjumpa set kelapa yang hendak diletgo oleh mr.goh di mudah.com..tanpa berlengah terus saya sms..alhamdulillah set itu masih belum terjual..setelah kata dipersetujui..mr.goh & mrs.goh menjemput saya datang ke rumahnya di tropicana indah..seperti yang kuduga..sememangnya mr.goh adalah salah seorang antique collector yang koleksinya bukan calang2 bagi saya..semuanya set2 japan & england yang cukup lengkap dan tanpa cacat cela..pendek kata semuanya dalam keadaan yang tip top..

inilah dia set kelapa yang saya ceritakan..set yang telah lama diidam2kan oleh saya & kawan2 yang lain..


yang membuatkan saya bersungguh2 cari set kelapa & pantai bukan sahaja kerana ia amat susah nak jumpa lengkap tapi ada kisah yang tersendiri..saya boleh gelarkan diri saya budak pantai..sebab saya dibesarkan & bersekolah di bagan ajam yang terkenal dengan kawasan nelayan dari awal tahun 1980an sehingga saya meninggalkan rumah dan tinggal di KL kerana mengikut suami tercinta..oleh yang demikian kenangan pantai dan saya memang tak boleh dipisahkan..amat banyak memori indah di pantai..saya merasa zaman mencari remis, kerang2an dan membuat istana pasir..pantai bersih dahulu tak sama dengan pantai bersih sekarang..dulu saya boleh mandi-manda lagi..rasanya setiap hari tak penah miss ke pantai..habis mengaji quran di rumah tok nab terus ke pantai bersama kakak , abang & anak jiran yang merangkap teman sepermainan yang sungguh rapat..semua itu hanya menjadi kenangan terindah dalam hidup..


yang nie pula merata saya beli..5 ketui cawan & seketui piring tu jumpa di apekss..sompek sana sini..hanya sesuai dijadikan hiasan..creamer dari wan penang & teko kelapa poojaan ramai dari angah..sorry yea kakak2 & abang2 sekalian kerana mengecewakan kalian yang telah lama menunggu teko gumukss kelapa tu..tunggu next trip ye..saya memang berhasrat nak cari set yang lengkap untuk teko gumukss yang sepadan..tapi belum ada rezeki..buat masa sekarang sudah cukup berpuas hati dapat merembat teko gumukss kelapa yang dulu selalu dok skodeng kat blog kak shas..hehehe..

2 ketui piring kuih dari apekss..
permandangan pantai yang lebih cun..

that's all for kisah kelapa..
tata..





Friday 19 February 2010

~Sis Nannie's Giveaway~





salam semua..






mencuba nasib dalam giveaway kak nannie sempena ulangtahun pertama blog beliau..tahniah diucapkan pada kak nannie..cantik2 giveaways kak nannie..rugi kalau tak join.antara syarat penyertaan..

give away ni bermula dari 19 Febuari - 3 Mac 2010

terbuka untuk semua follower di malaysia -done
entry yang simple je tentang giveaway ni -done
link kan blog -done
sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni -done
tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini -done


that's all for kak nannie's giveaway

JOM JOM JOM..JOM JOIN!!!






~Ada Apa Di Balik Tureen?~




salam jumaat..



maaf sebab agak lama tak tinggalkan jejak pada n3 kawan3..internet agak slow sehari dua nie..nak upload piccas n3 nie pun berejam..kalau internet dah ok nanti saya ziarah ye..

dulu kak nor & kak zura ada bertanya..apa isi dalam tureen saya..
jawapannyaa..teko bulat jugak!!!..hehehe..

blog saya bukan blog untuk masak2..so maybe sekali setahun baru saya buat n3 masak2..hehehe..blog nie khusus untuk pinggan mangkuk teko cawan..so isi dalam tureen kali nie saya masukkan teko bulat dari rona yang sama dan seragam..hehehe..


close-up teko bulat..

teko bulat nie dah lama saya dapat..dah lama sungguh dia menjandas..akhirnya dapat dapat berkawan dengan mak segala pinggan..iaitu tureen..hehehe..

tureen nie adalah tureen terbaru saya..baru dapat semalam..mesti dah tau kan dari siapa..tak lain tak bukan dari kak ajmah..selalunya kan roses jer..sekali sekala bunga pelik2 mengancam jiwa jua..hehe..


FORGET-ME-NOT FLOWER



(source: google search)


close-up bunga

pandangan atas


that's all for now..
tata..