Showing posts with label batik. Show all posts
Showing posts with label batik. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

~Johnson Bros Khyber~




السلام عليكم
 pagi ahad yang mendamaikan..


barang baik macamni jarang2 nak muncul..
sekali muncul baik kita grab..
tapi ini ajerlah yang ada..


tak sangka dapat tengok depan mata..
selalunya pinggan yang banyak..


ohhh my teko khyber hijau




salam sayang,






Saturday, 25 February 2012

~Teko Kopitiam Hijau~







السلام عليكم
salam sabtu..



lama tak bersiaran..letih mengatasi segala-galanya..
hobi pun diketepikan seketika..



di petang hari makan roti butter kaya peberet..



lalu kuabadikan pic di sini untuk tatapan bersama..



teko idaman dah di depan mata..




cantik tidak terkata..



jom minum sebelum malam melabuhkan sayapnya..









selamat bersolat magrib..

sampai berjumpa lagi..


salam sayang,




Tuesday, 14 December 2010

~Unbeliveable Khyber Johnson Bros~





السلام عليكم
salam petang selasa..




semalam dah saya dah tunjuk serba sedikit apa yang saya dapat di amcorp..kali ni pula nak kongsi my "ultimate catch" ahad lepas di amcorp..saya merembat 5 set cawan KHYBER JB di amcorp mall..hehehe..sampai sekarang masih tersenyum gumbira..yang paling menggumbirakan tentunya dapat dengan harga berbaloi2!!..inilah yang dinamakan rezeki tidak disangka2..alhamdulillah..tak sia2 rombongan budak2 sekolah (my heroes) ke sana..hehe..

cop pada piring cawannya..


istimewanya kejadian cawan JB ni bila melihat cop mohornya di"stamp" pada sisi pinggan/piring..seolah2 ingin mengkhabarkan pada semua bahawa it's JB!..hehehe..


emboss pada cawan..ENGLAND BY



adakah anda tidak tertarik??..
bermotifkan bunga kebangsaan kita..
berwarna biru kekelabuan/kelabu kebiruan..


cuba tengok piringnya..menarikkk kann..



pinggan makan leper pun dah lama beli dulu..juga di amcorp..


my precious JB..


pada sesiapa yang nak melihat cawan2 JB variasi lain,
boleh klik di link di bawah..

ezany~cawan ANEMONE JB
kak aida~KHYBER JB (HIJAU)

sampai bertemu lagi..
salam sayang,




Saturday, 3 July 2010

~Tureen Junker Ipoh Mali~




السلام عليكم

salam tengahari sabtu..



dulu kita dah tengok tureen JB coklatku..
sama kan jenisnya dengan tureen dalam n3 nie..
bezanya tureen nie berbentuk bulat dan bersaiz comeyy..
cuma diameter 7 inci..


pertama kali berurusan dengan Saudara Halim @ Junk Collector Ipoh..saya nampak linknya di blog casarina..kebetulan time tu halim baru letak n3 tureen JB nie..so talian hayat digunakan..hehehe..

perkhidmatan yang sungguh pantas & cergas..malamnya berurusan, esok pagi beliau dah pos..walaupun masa tu saya belum bayar..atas kesungguhannya terus saya bayar petang tu..terima kasih tak terhingga pada halim..packingnya pun meletopsss..dan keesokan harinya tureen nie dah berhijrah ke rumahku..sepanjang saya membeli secara online..nie adalah rekod yang paling pantas..cayalahh bro!..


kenapa saya rembat tureen nie?..
alkisahnya..
masa awal2 berkecimpung dalam hobi nie..saya mintak tolong abang saya carikan..kot2 ada kawan2nya sudi menjual pinggan mangkuk lama..tak lama lepas tu, abang saya dapat jumpa kawannnya yang sudi membantu..so dah dapat pun email pics pinggan mangkuk lama nie..saya pun dah berkenan satu mangkuk tureen khyber JB..malangnya setelah masuk meminang & hati dah tertawan, opahnya sayang nak melepaskannya..adussss sedih tak terkira namun kuredha...hukhuk..ini lah picnya..cantikkann????..


berkat kesabaran & penantian..menunggu penggantinya yang tak pernah padam dalam ingatan & dalam wish listku..alhamdulillah saya berjaya memiliki tureen JB nie..bentuk bulat sama dengan yang terlepas dulu..

bermotif buah & daun anggur..dan kalernya pekat sedikit..terima kasih buat halim yang merealisasikan impianku..


pandangan hadapan..


pandangan atas..


pemegang tombol tureen..


walaupun telah dimaklumkan oleh halim ada sedikit chips..
i don't care..i still want it badly!!..hehe..



kalau dipusing penutupnya di sebelah belakang tak nampak pun chipnya..


kakinya pun berlekuk2..



cop mohornya dah terpadam..
ada sesape tau apa namanya koleksi anggur nie?..
UPDATE:
yeahhhh..thanks to taj..memang pakar rujukku..
nama koleksi ni adalah:
GRAMA JOHNSON BROS
boleh klik {di sini} untuk melihat tureen yang sama tapi bersaiz lebih besar..bak kata taj, kak longnya..hehehe..


koleksi hijau batikku..


selamat berhujung minggu!

salam sayang..




Friday, 5 February 2010

~Brown Batik Collection~





salam jumaat semua..



betul kata orang.."beauty is in the eyes of the beholder"..biarpun koleksi batik coklat tak secantik koleksi pink yang lain..tapi ada keistimewaannya..di mataku koleksi yang berona coklat amat cantik biarpun warnanya yang agak kusam..

n3 kali nie nak tujukan pada taj & ezany..taj ada tureen JB yang sama bentuknya..ezany pulak baru dapat tureen batik dari rumah neneknya..juga istimewa buat kak nannie laling..tureen nie tak berada di sini kalau bukan dengan bantuan kak nannie ..

kak nannie..teman yang begitu prihatin, beliau sanggup belikan saya tureen batik yang dah lama saya inginkan..terima kasih tak terhingga pada kak nannie kerana mendahulukan duitnya untuk membeli tureen yang cantik nie..kak nannie sanggup call & siap mms lagi tunjuk kat saya tureen yang dibeli dari booth abang khairul amcorp mall..yang kelakarnya, kak nannie cakap masa tu ada lagi sorang brader dok usha2 tureen nie..terus kak nannie pegang tak lepass..hehe..jasamu amat dikenang sis..

jom kita tengok keindahan tureen buatan johnson bros ini..

berbentuk bujur dengan kaki dan rim mangkuk yang berlekuk2..
berukuran 9" mangkuk dan 10"penutup..
groovilicious +gorgeous!!!

cop mohor tureen



tak lupa koleksi pinggan2 batik dari pelbagai sumber..

2 ketui piring batik meakin 7" apekss..
2 ketui pinggan leper 10" JB dari abang khairul juga..


5 ketui piring batik japan 7" dari kak khaty
dititipkan sekali seketui japan 6" as a compliment..hehe..thanks sis..

8 ketui pinggan makan mungkum batik japan 9" dari ismail..


sekian koleksi batik coklatku..

nanti bila free saya share koleksi batik biru kekelabuan pula..
tata