Sunday, 20 March 2011

~Fraser's Hill~


السلام عليكم

salam ahad..



cuti sekolah dah berakhir..tiada percutian istimewa pada kali ni..hanya membawa anak2 berjalan2 ke bukit fraser..dari KL ke bukit fraser mengambil masa hanya 2 jam perjalanan..hampir 9 tahun tak menjejakkan kaki ke sini..dulu datang berdua..sekarang dah berlima..hehehe..

dalam perjalanan ke bukit fraser..akan melalui empangan sungai selangor yang cantik..



di kaki bukit fraser sementara menunggu untuk naik..kitorang makan2 dulu, solat..sempat jugaklah 3 hero tu merembat belon ultraman..


so kalau nak ke sana, timing elok2 time nak naik or nak turun..


dari kaki bukit ke bukit fraser hanya mengambil masa 20 minit..



sampai ajer di atas terus bergambar di trademark bukit fraser..menara jam besar dan pejabat pos bukit fraser..cantik sekali kan..




my precious three..


golf course..


balai polis 1919..cantik dan sangat colonial..


sesungguhnya teringin nak bermalam di sini..the smokehouse..lain kali nak booking awal2..


di taman awam..bermain2 di playground sambil bermain bubble..



menghabiskan waktu yang terluang..
di sini ada aktiviti memanah dan menunggang kuda..


ke medan memanah..
papa menunjukkan skill..



mama pula menunggang kuda dengan fariq..mula2 fariq yang takut..pastu dia pulak yang terlebih excited..


farihin yang berani naik sorang2..abang faris pulak yang penakut..tetiba nak beli tiket abang faris kata..mama..malas ler nak naik.. (alasan ler tu..faris takut sebenarnya..hehehe..)


tak banyak aktiviti menarik di sini..hanya permandangan yang cantik dan tempat ni amat sesuai untuk sesiapa yang hendak berbulan madu..sejuk, nyaman, tenang dan aman..


tiada apa yang dibawa balik..hanya seketui mug tanda kenangan..


salam sayang,




6 comments:

  1. salam Yatt
    wahhhhhhhhhh best nyer g cuti2 mesia..
    sekali sekala..bawak family g jejelan ..mmg happening..tp fraser hill tak sesejuk dulu kan?tapi tempatnya mmg cunnn..kelasssss

    ReplyDelete
  2. salam yatt
    akak penah sampai BF lima tahun lepas rasanya.kenangan menakutkan.waktu dekat senja nak balilk penginapan,tersesat,dah le gelap,pastu terserempak dgn sorang lelaki cacat tgh2 hutan..pandang semacam je...malam tu anak akak jatuh dlm bilik air,berdarah kepala.turun ke pusat kesihatan,terpaksa jahit kepala tanpa injection penahan sakit,nasib baik 1-2 jahitan je.susah nak turun kalau malam.huhu..serik nak pegi lagi,bagi akak menyeramkan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatt...
    Bestnyer g Fraser Hill.Akak lum sampai g...teringin sgt nk g sana.Dari Taiping nie cm jauh je nak g kan....

    ReplyDelete
  4. wsalam kak chemp..
    sesekali jalan2 kann..kalau tak sibuk memanjang..saya pun cuma amik satu hari off..sian kat diorang kan..balik tu lalu batang kali, rawang teringat kat kc dan ks..nak singgah pun dah malam..kalau tak boleh tgk susunan baru rumah kc..hehehe..
    aritu pegi BF still sejuk, dingin & nyaman..hujan rintik2..sib baik tak lebat..sebab tu pakaikan budak2 sweater nak tutup kepala takut demam..

    ReplyDelete
  5. wsalam kak shas..
    adussss..meremang dengar citer akak tau..sebab akak ada pengalaman tak bape best sebab tu akak serik kan..saya 1st time pegi pun rasa seram jugak..sbb 1st time tu cuaca dia mendung, kabus penuh & nampak BF cam gothic pun yer gak..2nd time pegi ok ler jugak sbb dah ada taman awam..cuti sekolah sama sebab tu meriah ler skit..kalau tak seram gak ler kan..lagi2 kalau jalan2 sampai ke magrib..huhuhu..psttt..dok terbayang2 lelaki cacat tu..hmmmmm...

    ReplyDelete
  6. wsalam kak deeja..
    lamanya akak tak singgah sini kan..hehe..kalau dari taiping terasa jauh ler gak kan..baik ke cameron..lagi meriah..saya pun plan nak ke cameron pulak..suka ler tempat sejuk2..hehe..kalau taiping kan ada bukit maxwell/larut..akak penah naik tak?..saya pun teringin nak ke sana..thanks yer sudi masuk komen..jemput singgah lagi..

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..