Sunday, 20 February 2011

~Nikmat Sihat~




السلام عليكم

salam semua..

seumur hidupku ini..ini kali kedua saya telah jatuh sakit dalam masa yang agak panjang..semua call, sms, komen tidak dibalas..kerana saya benar2 sakit..EL & MC dalam tempoh 2 minggu selepas anak2 saya campak..hari ni saya mula boleh menguruskan diri & anak2 dan juga rumah..doakan saya moga saya cepat sembuh..terima kasih pada teman2 yang bertanya khabar..

terbaca artikel yang sangat mengesankan ke lubuk hatiku....saya copy paste dari sumber {di sini}..sama2 kita ambil iktibar..

Apabila Allah ingin menarik sesuatu nikmat daripada kita, sekejap sahaja nikmat itu akan ditarik daripada kita, dan kita tidak lagi dapat lagi merasai dan menikmati apa yang telah Allah kurniakan sebagaimana sebelumnya. Dan di saat nikmat itu telah hilang, barulah kita mengakui betapa besarnya nikmat tersebut, yang mungkin selama ini tidak pernah kita sedari dan syukuri.


Tidak perlu pergi jauh-jauh, lihat dan renung sahaja nikmat kesihatan yang Allah berikan pada kita saat ini. Dengan adanya nikmat tersebut, kita boleh belajar, bekerja,makan, bersukan, dan melakukan semua perkara yang diingini. Kita mampu bergerak cergas ke mana sahaja tanpa halangan kesihatan.

Tetapi andai nikmat kesihatan ditarik, semua aktiviti lain akan turut terganggu. Kita hilang fokus pada pelajaran dan kerja, hilang selera makan, tidak boleh beribadah dengan sempurna, tidak mampu tidur nyenyak, lesu, pergerakan yang terbatas dan kita mungkin hanya mampu terlantar di atas katil. Malah, kita mungkin tidak mampu menguruskan diri sendiri dan perlu kepada bantuan orang lain.

Di saat ini, barulah disedari betapa bernilainya nikmat kesihatan yang telah Allah berikan kepada kita yang hanya dipandang remeh selama ini. Kita hanya mensyukuri nikmat yang terzahir di mata: wang, rumah, kereta, keluarga, syarikat, tanah, kebun, dan sebagainya tetapi melupakan nikmat yang satu ini; yang jika ditarik Allah, nikmat-nikmat lain tidak lagi akan memberi apa-apa erti buat diri kita.

Di saat ini, barulah disedari betapa lemahnya kita, seorang manusia. Walau siapa pun kita, sekuat dan sepandai mana pun kita, kita boleh ‘dilumpuhkan’ oleh makhluk-makhluk seni dan ‘senjata’ ciptaan Allah. Dengan segala vaksin, supplement dan ubat-ubatan yang ada sekarang, kita yakin tubuh badan kita mampu menangkis segala bentuk serangan penyakit. Tetapi kadang-kadang kita lupa siapa yang berkuasa di sebalik semua ini. Allah sahaja yang Maha Berkuasa mendatangkan penyakit, dan Dia juga yang Maha Berkuasa menyembuhkannya.

Di saat ini, barulah jiwa seorang hamba terasa ingin kembali kepada Penciptanya yang selama ini dilupakan dan diingkari. Barulah terbayang segala dosa yang telah dilakukan. Barulah perasan sedikitnya amalan soleh yang dibuat. Barulah terasa ingin beribadah dan memanjatkan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Tetapi apakan daya, di saat jiwa ingin kembali kepada-Nya, halangan kesihatan membantutkan hajat kita. Lalu terbit sesalan di hati,

“Kenapalah aku tak buat semua ni masa tengah sihat dulu..”

Sesungguhnya, pada setiap penyakit yang Allah datangkan kepada kita, ada peringatan yang Allah ingin sampaikan, ada hikmah yang Allah ingin kita ambil pengajaran, dan ada kebaikan dan pahala yang Allah ingin berikan kepada kita.

Dan selalulah memperingatkan diri bahawa sekelip mata sahaja nikmat sihat boleh ditarik daripada diri kita. Syukuri nikmat tersebut dengan menggunakannya pada jalan ibadah dan menghambakan diri kepada-Nya. Nabi SAW sendiri telah memperingatkan kita dalam sabda baginda,

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, yaitu kesihatan dan waktu lapang.”

(HR. Al-Bukhari no. 6412)

Sama-sama kita mengambil pengajarannya, insya Allah




6 comments:

  1. Salam Yatt, Semuga sudah mulai sembuh dari Penyakit2 yg Allah swt menduga kita utk dirasai kenikmatan hidup yg dilangkahi setiap hari.
    Shariff sendiri sudah pun dpt merasai ketidak muculan yatt di blog n FB akibat sesuatu perkara yg menghalang..harapan segala yg baik semuanya darinya & segalanya buruk drp kita sendiri..

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatt...
    Selamat kembali .. memang terasa bila Yatt menyepi dari FB dan blog. Gunalah masa ini untuk mendapatkan kembali semangat dan kekuatan diri. Moga Yatt sekeluarga cepat sembuh dan kembali sihat seperti selalu.

    ReplyDelete
  3. as-salam yatt, alhamdulillah yatt dah kembali beransur sihat. Agak sepi fb tanpa komen dari yatt. Selamat kembali ke fb dgn komen2 yg bernas.Doa akak untuk yatt dan keluarga moga sihat ceria seperti biasa yer.

    ReplyDelete
  4. assalamualikum kak yatt
    patut lah lama akak nyepi, sy call akak x angkat. x tau yg akak sakit...
    sy doakan akak cepat sembuh mcm biasa...terharu baca arktikel akak bg tu...penuh pengajaran...semoga akak cepat sembuh mcm sediakala ye..

    ReplyDelete
  5. Salam Yatt,
    semoga beransur sihat dan kembali menjalani kehidupan harian sebagai seorang muslimah, isteri, ibu, saudara dan kawan.... :)

    ReplyDelete
  6. Salam Yatt,
    patutlah lama tak nampak komen Yatt di FB dan juga lama tak update blog... tertanya-tanya juga, cuma akak tak mahu lah pula kacau Yatt...dalam hati berkata-kata mesti Yatt ada sesuatu yang menhalang berblogging dan berfbing..
    Semoga cepat sembuh..

    Kak Azzah8

    ReplyDelete

Dear friends..Thanks for visiting Yatt's Precious and I really welcome all your comments..Please leave your comment here..